Itulah pertama kali Sha kena. Ya Allah sakitnya. Bergenang juga mata menahan sakit yang rasa seperti berdenyut kebas dan panas. Disengat di tiga tempat iaitu di jari kelinking, pipi dan lengan. Rupanya penyengat tu tinggakan 'penyengat'. Kalau tak cepat-cepat buang, bisa tu akan terus diinjet masuk ke dalam badan..huhu mana Sha tau.
Mujur juga Dr. Samsul ada bawa minyak panas. Terima kasih Kak Has yang bersusah-payah menyapu minyak panas. Sha tak rasa panas minyak tu sebab bisa sengatan tu dah panas.
Sha ingat lagi, Kak Has tanya, "Sha panas tak minyak tu? Tangan akak rasa panas." Sorry Kak Has, sebab Sha akak pulak yang terkena panasnya.
Kisahnya sebelum kena sengat tu, Sha berdiri sambil memegang DSLR untuk ambil gambar kumpulan B2. Dah cantik semua masuk frame, tetiba terasa jari kelinking sangat sakit. Nampak serangga macam lebah. Sha dah jerit kuat bila terasa pipi pulak disengat. Nyaris DSLR di tangan dicampak. Jika tidak apa Sha nak jawab pada Dr. Samsul. Mahal DSLR Canon tu. At last gambar kumpulan ke mana, ahli kumpulan dok sibuk layan Sha dengan Kak Syida yang juga menjadi mangsa penyengat. Hihikk..kesian Sha..
No comments:
Post a Comment