Alhamdulillah..
2 hari lagi tanggal 31 Ogos..tarikh yang cukup bermakna buat negara kita, Malaysia. Dengan pengorbanan, susah senang, perit getir, suka duka, nenek moyang kita dahulu memperjuangkan kemerdekaan. Hasilnya sehingga kini masih kita kecapi. Janganlah kita sia-siakan. Hargailah kebebasan yang kita ada. Jauhkan segala sengketa..ayuh kita bersatu hati, berganding bahu menjaga keharmonian negara.
Malaysia sebuah negara yang unik. Kita hidup bersama dengan rasa hormat-menghormati. Setiap kaum bebas beragama dan juga mengamalkan budaya kaum masing-masing. Semoga kita akan terus hidup aman dan makmur selamanya...aamiin
Saya sayang Malaysia!
p.s Sambutan kali ni lebih menarik. Sempat mengira detik-detik ambang merdeka di Taman Tasik Titiwangsa. Terima kasih detik kasih sayang...sambil menyaksikan percikan bunga api.
Di Ambang Merdeka, 30 Ogos 2013 |
betul tu sis...kita patut bersyukur dengan keamanan yang kita ada ni :)
ReplyDelete:) ya kita sebagai generasi muda perlu kekalkan kesejahteraan serta keharmonian negara. Kitalah pemimpin masa hadapan. Setiap orang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kemerdekaan negara, agar kita terus bebas sebagai sebuah negara berdaulat.
ReplyDelete