"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, February 28, 2014

Buat Saya Ketawa

   Bila ketawa maksudnya sukalah kan. Tak juga, ada kala kita boleh ketawa bila melihatkan sikap segelintir orang yang suka membawa berita tidak benar ni. Sikap orang cerdik yang tak berapa cerdik. Senang cerita sebarkan fitnahlah maksud Sha. Sah-sah berita tu tak benar. Tak tahu berita sebenar, tak nak tanya.
 
   Tak apalah kalau awak suka sangat membunuh silalah buat cerita. Sha tahu berita itu tak benar. Bila baca memang buat Sha gelak. Hai dari manalah dia dapat berita tu. Rasanya bahasa yang digunakan, Bahasa Melayu. Sha pun tak faham macam mana ada sesetengah orang boleh salah faham juga. Kalau tak faham atau tak jelas, cuba bertanya semula agar tiada salah faham. Haissh!
 

 
 
  
 

My Philosophy Day!

   Manusia cepat sekali membuat penilaian terhadap orang lain. Mereka tidak membaca between the line untuk menghakimi orang lain. Mereka hanya membuat penilaian berdasarkan emosi. Di sini akal fikiran ditolak ke tepi. Siapakah mereka yang mahu mengadili manusia lain?
 
   Adakalanya menjadi jujur dan ikhlas mengundang emosi menggelegak. Namun lebih baik menjadi jujur dan ikhlas. Yang peliknya, orang yang jauh dari sikap jujur dan ikhlas sentiasa dipandang baik. Benarlah menjadi baik bukan senang dan menjadi kurang baik bukanlah sukar. (Hari falsafah Sha).
 
   Berkata benar itu lebih pahit, tapi berkatalah benar walau sepahit mana pun.
 
 

Monday, February 24, 2014

Hal Yang Menarik

Guru

  • Kerjaya yang tak pernah Sha fikir akan buat
  • Since lepas SPM, Mak nak sangat Sha jadi guru. Pernah attended sekali ujian masuk maktab. Huhu dukacita.
  • Alhamdulillah, rezeki dariNya.

 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu (Al Baqarah 216)

Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak ( An Nisa 19)

    
  Namun adakalanya perkara yang kita tidak suka, perkara itulah yang akan hadir dalam hidup kita. Perkara yang kita suka, tidak  kita kecapi, pun ada juga kan. Yakinlah perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.

   Guru, menjadi seorang pendidik seronok sebenarnya. Apabila melihat kejayaan anak didik. Apabila melihat mereka berjaya dalam hidup mereka. Paling Sha suka semasa proses pembelajaran itu berlaku. Ketika itu kita belajar memahami karektor anak-anak didik. Ada yang masa pertama kali sangat pendiam, tapi kini sudah mampu berkongsi cerita yang berlaku pada dirinya di sekolah. Ada yang tak boleh berhenti bercakap. Ada yang sangat mendengar kata, mudah diajar.



Sunday, February 23, 2014

Aiskrim

 23 Februari 2014

   Dengan keadaan cuaca yang panas terik dapat makan aiskrim best sangat. Sha sebenarnya pantang makan aiskrim. Nanti sakit tekak. Lepas tu batuk. Aduk manja sangat tekak ni. Jadi untuk kebaikan sendiri, jangan makan aiskrim.

   Yang dilarang itu godaan, bak kata seorang kawan. Baru sahaja semalam berfikir-fikir nak makan aiskirim. Alhamdulillah, hari ini my younger sister datang rumah bawa aiskrim coklat. Terima kasih ya Allah.

Gambar hiasan. Terima kasih Encik Google


Sunday, February 16, 2014

Comel Sangat






Dua ekor ni namanya Tiger & Teddy. Yang putih tu Teddy :)

Thursday, February 13, 2014

Masa Oh Masa

   Putaran masa berlalu tiada terhenti mahu pun dapat ditahan. 2014 sudah pun berada di pertengahan Februari. Sha seperti mengabaikan blog ini kerana kesibukan semasa.

   Tahun ini masa sedikit terhad. Kerja hakiki ditambah dengan minat baru sebagai pengajar. Nampaknya impian bonda yang mahu melihat Sha sebagai pendidik tercapai juga walau pun bukanlah secara langsung Sha bergelar guru. Sha berdoa agar usaha Sha yang sedikit itu memberi manfaat kepada anak-anak didik yang mengharapkan bantuan. Kepada parents yang memberikan kepercayaan, terima kasih.

   Berbalik kepada kesibukan diri, nampaknya minat yang satu ini tertangguh seketika. Terpaksa mencuri-curi waktu yang ada untuk menulis. Karya Kasihmu masih tertangguh. Entah bilalah akan tiba noktah dan perkataan TAMAT dapat ditaip penuh lega. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Aamiin...

Sedang menyiapkan manuskrip penuh. Doakan ya...

Masih lagi baharu...nantikan kisah seterusnya :)

Bagaimanakah kisah seterusnya? Masih dalam pembikinan..



Sunday, February 2, 2014

Perjalanan Lancar

   Alhamdulillah pagi ni perjalanan ke pejabat sangat lancar gara-gara hari ini gantian untuk cuti Hari Wilayah. 

   Dah nak sampai pejabat, rasa macam nak menjerit je tengok seekor kucing warna oren melintas. Hampir-hampir digilir dengan kereta di depan Sha. Rasanya macam hidung kucing tu kena kot tayar kereta. Mungkin sebab umur kucing tu panjang, kucing tu boleh patah balik. Bila Sha berselisih dengan kucing tu, nampak kucing tu macam trauma, dipandang je kereta Sha lalu. Mesti jantung kucing tu kerja keras pagi ni. Ya Allah Engkau jauhkanlah kucing oren tadi dari perkara-perkara buruk, aamiin.

   Lebih kurang macam ni la warna kucing tu. Comel kan.
Gambar Hiasan  



This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim