Guru
- Kerjaya yang tak pernah Sha fikir akan buat
- Since lepas SPM, Mak nak sangat Sha jadi guru. Pernah attended sekali ujian masuk maktab. Huhu dukacita.
- Alhamdulillah, rezeki dariNya.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu (Al Baqarah 216)
Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak ( An Nisa 19)
Namun adakalanya perkara yang kita tidak suka, perkara itulah yang akan hadir dalam hidup kita. Perkara yang kita suka, tidak kita kecapi, pun ada juga kan. Yakinlah perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.
Guru, menjadi seorang pendidik seronok sebenarnya. Apabila melihat kejayaan anak didik. Apabila melihat mereka berjaya dalam hidup mereka. Paling Sha suka semasa proses pembelajaran itu berlaku. Ketika itu kita belajar memahami karektor anak-anak didik. Ada yang masa pertama kali sangat pendiam, tapi kini sudah mampu berkongsi cerita yang berlaku pada dirinya di sekolah. Ada yang tak boleh berhenti bercakap. Ada yang sangat mendengar kata, mudah diajar.
No comments:
Post a Comment