Manusia cepat sekali membuat penilaian terhadap orang lain. Mereka tidak membaca between the line untuk menghakimi orang lain. Mereka hanya membuat penilaian berdasarkan emosi. Di sini akal fikiran ditolak ke tepi. Siapakah mereka yang mahu mengadili manusia lain?
Adakalanya menjadi jujur dan ikhlas mengundang emosi menggelegak. Namun lebih baik menjadi jujur dan ikhlas. Yang peliknya, orang yang jauh dari sikap jujur dan ikhlas sentiasa dipandang baik. Benarlah menjadi baik bukan senang dan menjadi kurang baik bukanlah sukar. (Hari falsafah Sha).
Berkata benar itu lebih pahit, tapi berkatalah benar walau sepahit mana pun.
errr..btul sgt2 sha..kalau kita sampaikan benda yg brmanfaat kan bagus
ReplyDeleteSepatutnya begitulah Athiqi.
ReplyDeleteAda segelintir sahaja yang begitu cepat membuat konklusi dan menyebarkan berita tidak benar. Orang lain yang tidak tahu hal sebenar turut menambah rencah ke dalam berita tidak benar itu..itu yang tak sedap didengar/dibaca.
Sepatutnya berita yang diterima diselidik sebelum membuat apa-apa tindakan. Bercakap/ bertindak melalui akal, jangan ikut emosi.
Wah panjang pula Sha membebel di sini..