PENYAMPAIAN SIJIL
PARA HADIRIN SEKALIAN
SETERUSNYA KINI TIBALAH
KEPADA SESI PENYAMPAI SIJIL KEPADA PARA PEMENANG DI 8TH FOOD
SCIENCE & TECHNOLOGY SEMINAR 2013.
SEPERTI YANG TUAN/PUAN SEKALIAN SEDIA MAKLUM, KUMPULAN PELAJAR
FSTM TELAH MEMENANGI 3 PINGAT EMAS DARIPADA KESELURUHAN 6 PINGAT EMAS YANG
DITAWARKAN, 1 PINGAT PERAK DAN 2 PINGAT GANGSA DI SEMINAR TERSEBUT.
PIHAK FAKULTI TURUT
BERBANGA DI ATAS KEMENANGAN PELAJAR SEBANYAK TIGA KALI BERTURUT-TURUT DI
DALAM PERTANDINGAN INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN. SEBAGAI GANJARAN PIALA
PUSINGAN INOVASI PEMBANGUNAN PRODUK MAKANANTERSEBUT TELAH DIHADIAHKAN KEPADA
UPM SEBAGAI HAK MILIK KEKAL UPM
BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS, DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIJEMPUT YANG BERBAHAGIA PROFESSOR DR
MOHD YAZID ABDUL MANAP NAIK KE PENTAS DENGAN DIIRINGI OLEH YANG BERUSAHA TIMBALAN DEKAN AKADEMIK DAN HAL
EHWAL PELAJAR UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL.
BAGI KATEGORI ‘PRODUCT
DEVELOPMENT’, PEMENANG PINGAT EMAS TELAH DISANDANG OLEH KUMPULAN YANG
MENGHASILKAN PRODUK DODOL ICE-CREAM DOLICIOUS DAN DIIKUTI OLEH PRODUK
DUMPLING, IDZEE. MAJLIS MENJEMPUT CIK MAIZATUL AIDA MOHD JAMIL UNTUK MENERIMA
SIJIL BAGI PIHAK KEDUA-DUA KUMPULAN.
MAJLIS MEMPERSILAKAN
BAGI PEMBENTANGAN POSTER
SAINS MAKANAN KATEGORI SISWAZAH PESERTA FSTM TELAH MEMENANGI TEMPAT PERTAMA
YANG DIMENANGI OLEH CIK HAFEEZA ABDUL RAHMAN MANAKALA TEMPAT KETIGA DIMENANGI
OLEH ENCIK ASRAF BIN MOHD ZAINUDIN.
MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK HAFEEZA ABDUL RAHMAN NAIK KE PENTAS UNTUK
MENERIMA SIJIL.
DAN SETERUSNYA ENCIK
ASRAF BIN MOHD ZAINUDIN
BAGI PERTANDINGAN PIDATO KATEGORI PRASISWAZAH, PESERTA FSTM CIK
LEE WAN JUN TELAH MENDAPAT TEMPAT KETIGA
DIJEMPUT CIK LEE WAN JUN
NAIK KE PENTAS UNTUK MENERIMA SIJIL. DIPERSILAKAN
PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA
PELAJAR YANG TELAH MEMENANGI PINGAT DI MIFT 2013 YANG LALU.
MAKLUMAN
JUGA, KEPADA SEMUA PEMENANG, DIPOHON AGAR MENUNTUT CEK MASING-MASING DI KAUNTER
PENDAFTARAN SELEPAS MAJLIS INI SELESAI
YANG BERBAHAGIA DEKAN DIPOHON AGAR TERUS BERADA DI ATAS PENTAS
UNTUK ACARA SETERUSNYA.
SETERUSNYA, MAJLIS
MENJEMPUT YANG BERUSAHA DR. ANIS SHOBIRIN MEOR HUSSIN SELAKU WAKIL KEPADA
PENYELARAS MIFT 2013, DR. HAJJAH RABIHA HAJI SULAIMAN YANG TIDAK DAPAT HADIR
BERSAMA-SAMA KITA PADA PETANG INI UNTUK MENYAMPAIKAN PIALA PUSINGAN INOVASI
PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN KEPADA YANG BERBAHAGIA DEKAN FSTM
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA
DEKAN DI ATAS KESUDIAN MENYERAHKAN SIJIL KEPADA SEMUA PEMENANG SEBENTAR TADI.
MAJLIS JUGA MERAKAMKAN
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA DR. ANIS SHOBIRIN
|
No comments:
Post a Comment