"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, May 7, 2016

Teks MC - Karnival Sukan


MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM UPM 2014
ANJURAN BERSAMA
KURSUS BAKTI SISWA KUMPULAN 6
DAN
PUSAT SUKAN UPM
 
TARIKH    :  20 DISEMBER 2014
 MASA     :  7.00 PAGI
 TEMPAT :  STADIUM UPM
 
 
BIL/MASA 
PERKARA
TINDAKAN
1.
KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN
 
 
7.30 PG
 
 
KETIBAAN TETAMU-TETAMU JEMPUTAN
 
MOHON PERHATIAN, UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN ACARA SENAMROBIK AKAN DITERUSKAN SEJURUS KETIBAAN TETAMU KEHORMAT SEBENTAR LAGI. DIHARAP SEMUA DAPAT BERSIAP SEDIA.
 
 
2.
KETIBAAN TETAMU KEHORMAT
 
 
8.15 PG
 
ISYARAT KEPADA JURUACARA UNTUK MEMBUAT PENGUMUMAN APABILA TETAMU KEHORMAT MENGAMBIL TEMPAT .
 
PENGUMUMAN JURUACARA:
 
MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE, JURULATIH PASUKAN BOLASEPAK HARIMAU MUDA, DIIRINGI OLEH YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR. ABDUL RASID  JAMIAN,PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR. 
 
 
3.
SENAMROBIK
 
8.35 PG
 
HADIRIN SEKALIAN,
BAGI MENERUSKAN AGENDA PADA PAGI INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE UNTUK BERSAMA-SAMA MENYERTAI ACARA SENAMROBIK DI PADANG YANG AKAN DIKETUAI OLEH JURULATIH KITA PADA PAGI INI IAITU CIK HIDAYAH DARI PENGAJIAN PENDIDIKAN
(SELEPAS VVIP NAIK DAN DUDUK DI ATAS)
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE DAN PARA HADIRIN DI ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN ACARA SENAMROBIK SEBENTAR TADI.
 
MAJLIS MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE UNTUK KEMBALI KE PENTAS UTAMA BAGI MENERUSKAN AGENDA BERIKUTNYA. MAJLIS MEMPERSILAKAN.
 
 
4.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
 
 
8.35 PG
 
PARA HADIRIN DIMINTA BERDIRI BAGI BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU DAN PUTRA GEMILANG.
 
PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK
 
 
5.
BACAAN DOA
 
 
8.40 PG
 
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
 
BAGI MEMBERKATI MAJLIS, DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS  MENJEMPUT SAUDARA ZAHIDDIN HAKIMI BIN ZAKARIA UNTUK MEMBACAKAN DOA. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
 
AMIN YARABBAL ALAMIN.
 
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN  TERIMA KASIH DIATAS BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
 
 
6.
SOLUTATION (JURUACARA)
 
 
8.43 PG
 
INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
BERARAK DICELAH PEPOHON ARA,
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
 
YANG BERBAHAGIA
 
DATUK ONG KIM SWEE
JURULATIH PASUKAN BOLASEPAK HARIMAU MUDA
 
YANG BERBAHAGIA
 
PROF. DATO’ MADYA DR. ABDUL RASID B. JAMIAN
PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM
 
YANG BERUSAHA
 
ENCIK LUQMAN NURHAQQIM HASIM,
PENGARAH PROGRAM ,
KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM 2014,
 
PARA FASILLITATOR KOKURIKULUM DAN PESERTA-PESERTA PROGRAM SETERUSNYA PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.
 
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA, SALAM SATU MALAYSIA
 
HADIRIN SEKALIAN.
MAJLIS TERLEBIH DAHULU INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL KOKURIKULUM SUKAN UPM 2014.
MAJLIS TURUT INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE DAN SEMUA WARGA UPM SERTA HADIRIN SEKALIAN YANG DAPAT HADIR KE MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM 2014.
PAR HADIRIN,
TUJUAN KARNIVAL KOKURIKULUM SUKAN UPM 2014 INI DIADAKAN, UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR, BAGI MENGHUBUNGKAITKAN KEMAHIRAN INSANIAH DAN KEMAHIRAN TEKNIKAL, MELALUI PENGANJURAN PROGRAM SUKAN YANG BERSKALA BESAR, AGAR DAPAT MEMBERI PENGISIAN YANG BERGUNA, DAN HASIL YANG BERKESAN KEPADA PARA PELAJAR YANG TERLIBAT.
SELAIN ITU, PROGRAM INI JUGA, BERTUJUAN UNTUK MENGASAH BAKAT KEPIMPINAN, DAN POTENSI DALAM DIRI PELAJAR, BAGI MELAHIRKAN GRADUAN YANG BERKEPIMPINAN, BERKUALITI DAN BERDAYA SAING, SELARAS DENGAN MATLAMAT UPM YANG PERTAMA, IAITU MEMPERTINGKATKAN KUALITI DAN DAYA SAING GRADUAN. BUKAN ITU SAHAJA, PROGRAM SUKAN INI JUGA ADALAH UNTUK MENILAI DAN MENGUKUR PENGLIBATAN DAN KESAN TERHADAP PELAJAR SEPANJANG MENGIKUTI KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT KOMPONEN SUKAN SEPANJANG TEMPOH 14 MINGGU. 
 
7.
UCAPAN WAKIL PELAJAR DARI PENGARAH PROGRAM
 
 
HADIRIN SEKALIAN
 
MAJLIS AKAN DITERUSKAN, DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN, YANG BERUSAHA LUQMAN NURHAQQIM HASIM, PENGARAH PROGRAM KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM UPM 2014  UNTUK MENYAMPAIKAN KATA-KATA ALUAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
 
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KATA-KATA ALUAN SEBENTAR TADI .
 
 
8.
UCAPAN ALUAN YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR ABDUL RASID B. JAMIAN
 
 
9.00 PG
 
PARA HADIRIN
 
MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR ABDUL RASID B. JAMIAN, PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR UPM UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
 
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS UCAPAN ITU TADI.
 
 
9.
UCAPAN PERASMIAN DAN GIMIK PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE, JURULATIH PASUKAN BOLASEPAK HARIMAU MUDA
 
 
9.05 PG
 
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
 
SEBAGAI ACARA KEMUNCAK PADA HARI INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE, JURULATIH PASUKAN BOLASEPAK HARIMAU MUDA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MELANCARKAN SECARA RASMINYA “KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM UPM 2014”. MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
(YB AKAN BERUCAP DAN MERASMIKAN MAJLIS) 
YANG BERBAHAGIA DATUK DI POHON UNTUK TURUN KE PADANG BAGI MENYEMPURNAKAN GIMIK PERASMIAN KARNIVAL SUKAN UPM 2014 DENGAN DIIRINGI OLEH YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR . ABDUL RASID DAN SAUDARA PENGARAH PROGRAM. MAJLIS MEMPERSILAKAN. 
 
 
10.
PERASMIAN KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM UPM 2014
 
 
9.07 PG
 
(APABILA BELON-BELON TELAH DILEPASKAN KE UDARA SELAMA BEBERAPA SAAT, MC MAJLIS MULA MENGUMUMKAN PERASMIAN KARNIVAL)
 
HADIRIN SEKALIAN,
 
DENGAN SEMPURNANYA GIMIK PERASMIAN SEBENTAR TADI MAKA RASMILAH SUDAH KARNIVAL SUKAN KOKURIKULUM  UPM 2014.
 
DIJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATUK DIIRINGI OLEH YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR ABDUL RASID DAN PENGARAH PROGRAM UNTUK KEMBALI KE PENTAS BAGI MENERUSKAN AGENDA SETERUSNYA.
 
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE DI ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN SEBENTAR TADI.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
11.
PERSEMBAHAN CAPOIERA
 
 
9.13 PG
 
PARA HADIRIN
MENERUSKAN AGENDA PADA PAGI INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN CAPOIERA YANG DIBAWA KHAS DARIPADA ……….. .
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, CAPOEIRA MERUPAKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI YANG DIKATAKAN BERASAL DARIPADA GERAKAN RAHSIA YANG DIPRAKTIKKAN OLEH GOLONGAN HAMBA ABDI AFRIKA UNTUK MENENTANG KEKERASAN PENJAJAH DI BRAZIL SUATU KETIKA DAHULU.
 
FALSAFAH CAPOEIRA JUGA BUKAN SEKADAR MEMENTINGKAN KEKUATAN TETAPI TURUT MENERAP NILAI DISIPLIN, RENDAH DIRI DAN MENGHORMATI ORANG LAIN.

OLEH ITU, TANPA MEMBUANG MASA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
 
     PERSEMBAHAN CAPOEIRA DIPERSEMBAHKAN. 
 
‘’ MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN SILAT YANG DIKELOLAKN OLEH ……………. ........................................................ DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.’’
     PERSEMBAHAN SILAT.
 
‘’ MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS PERSEMBAHAN YANG CUKUP BERTENAGA DAN BERSEMANGAT KEPADA KEDUA-DUA KUMPULAN PERSEMBAHAN SEBENTAR TADI.
PIHAK MAJLIS DENGAN BERBESAR HATI MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE DIIRINGI OLEH PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR ABDUL RASID JAMIAN UNTUK TURUN KE PADANG DAN  BERSALAMAN BERSAMA KONTINJEN KOMPONEN SUKAN YANG TERLIBAT PADA KALI INI.
 
12.
PEMBERIAN CENDERAMATA
 
 
9.43 PG
 
HADIRIN SEKALIAN
 
SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. MADYA DR ABDUL RASID UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA  YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE. MAJLIS MEMPERSILAKAN.
     CENDERAMATA DIBERIKAN KEPADA YBHG OLEH YB PROF MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN
 
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF MADYA DR ABDUL RASID JAMIAN DIATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS SEBENTAR TADI.
 
 
13.
PENUTUP
 
 
9.50 PG
 
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN
 
DENGAN SEMPURNANYA PENYAMPAIAN CENDERAHATI SEBENTAR TADI MAKA BERAKHIR SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. BAGI PIHAK PENGANJUR, KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS SEGALA KEKURANGAN SEPANJANG KAMI MENGENDALIKAN MAJLIS INI.
 
SEBELUM MAJLIS MELABUHKAN TIRAI, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA DATUK ONG KIM SWEE DAN SEMUA TETAMU SERTA PARA HADIRIN SEKALIAN UNTUK MENIKMATI JAMUAN YANG TELAH DISEDIAKAN.
 
DARI KEDAH KE PEKAN SARI,
BELI SUASA DI KOTA TINGGI,
SELESAI SUDAH TUGAS DIBERI,
DI LAIN MASA BERSUA LAGI.
 
OLEH ITU SAYA SUDAHI MAJLIS INI DENGAN KALIMAH WABILAHITAUFIK WAL HIDAYAH WSLM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
 
 

 

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim