Kehidupan yang kita lalui ada masanya sangat lancar dan ada kalanya berliku-liku. Ada saat bahagia, gembira, tenang, dihargai dan disayangi. Ada masanya kita berasa sedih, kita dimarah dan dihina, kehilangan insan tersayang, diuji dengan kesihatan diri atau ahli keluarga terdekat, dugaan dengan kemiskinan atau pun kekayaan. Semuanya adalah untuk melihat sejauh mana kita mampu mengawal diri dan emosi dalam menghadapi setiap nikmat dan ujian yang diberikan olehNya.
Perkara positif atau pun negatif yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau apa pun yang dihadapi, bersyukur dan kembali kepadaNya bukan hanya di waktu kita dalam keadaan susah sahaja. Di kala kita diberi ujian kesenangan, maka ketika itu rasa syukur haruslah lebih menebal kerana dilimpahi nikmatNya. Pada ketika itu jangan kita lupa padaNya. Dalam sekelip mata semua kesenangan mampu sahaja ditarik olehNya.