"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, August 20, 2020

Syukur Selalu

Begitu banyak nikmat yang dikecapi. Dilahirkan dalam Islam dengan mendapat taufik dan hidayah dariNya, rezeki, kehidupan, tubuh badan/pancaindera, akal, akhlak, kesihatan, kebebasan, keluarga yang bahagia, kesenangan hidup, harta dan banyak lagi yang dikurniakan olehNya. Tidak terhitung.

Adakala kita rasakan hidup kita susah, ada lebih ramai orang yang lebih susah dari kita. Ada ketika kita rasakan kita diuji dengan kesihatan yang kurang baik, rupanya ada yang diuji sakit terlantar di hospital.  Perasaan kita yang merasakan kita kekurangan sesuatu, namun jika dilihat dengan teliti, sungguh kita telah diberi yang terbaik olehNya. Persoalannya adakah kita bersyukur dengan pemberianNya?

Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud:

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu..."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kamu." (Riwayat Bukhari)

Nikmat yang tersembunyi atau yang kelihatan, semuanya adalah dari Allah SWT. Oleh itu, sentiasalah ingat kepadaNya. Dengan mengingatiNya, bermakna kita bersyukur kepadaNya. Atas dasar syukur itu, Allah berjanji untuk menambah kebaikan baginya. 

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim