"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, October 3, 2021

Buah-buahan Dalam Diet Harian

Ahamdulillah, negara kita kaya dengan sumber buah-buahan tempatan dan juga buah import. Pengambilan buah-buahan penting sebagai sumber vitamin, mineral dan serat untuk badan. Bagi anak-anak yang tidak suka makan sayur-sayuran, maka pengambilan buah-buahan perlu sebagai altenatif sumber vitamin, mineral dan serat. Pengambilan buah-buahan ini juga boleh meningkatkan sistem imun badan. 

Buah-buahan mudah dimakan begitu sahaja atau dikisar menjadi jus. Ada juga yang membuat puding buah-buahan, aiskrim, buah kering, jeruk dan lain-lain menu berasaskan buah-buahan mengikut kreativiti masing-masing.

Oleh itu, jom makan buah segar.

Sumber: Buah-buahan dan Sayur-sayuran, Kenapa Perlu?

#sisjualbuahsegar


No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim