"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, December 19, 2013

Bantuan Yang Diminta



19 Disember 2013

Pernah tak kawan-kawan jadi buntu, atau berada di jalan raya yang tiba-tiba cam sesat. Tak tau nak ke mana. Berpusing-pusing di satu tempat tak jumpa jalan keluar. 

Kisah balik dari tengok perlawanan hoki di Bukit Jalil dan hantar kawan di Putrajaya.

Masuk ke Putrajaya sekali dah salah lorong keluar dari Putrajaya terus menghala ke Cyberjaya. Dari situ Sha dah hilang punca. Nampak signboard KL/Puchong, bila masuk jalan tu menghala ke arah yang Sha tak tahu ke mana dan tak ada tanda-tanda jalan tu seperti menghala ke KL/Puchong. Hati dah takut. Dah macam nak menangis pun ada. Hati tak berhenti berdoa agar Allah menunjukkan jalan keluar. Jam dah pun pukul 12 malam masa tu. Masih berpusing di sekitar Cyberjaya. Sekali sampai satu jalan tu nampak kereta MyVi putih keluar dari kawasan pejabat. Jadi Sha beranggapan pasti kereta tu akan menghala ke arah KL atau Putrajaya. Jadi Sha ikut kereta tu. Bila kereta tu buat u-turn Sha ikut je. Sampai di traffic light Sha masuk ke kiri sedangkan kereta tadi berhenti di lampu merah untuk jalan terus. Ya Allah, Sha masih masuk ke laluan yang sama tadi. Bila dah macam tu Sha buat u-turn dan ikut semula laluan kereta tadi dengan masuk ke kiri. Alhamdulillah itu sahaja yang mampu Sha ucapkan. Laluan tersebut seperti biasa Sha lalu. Bila nampak je signboard Pulau Meranti , ya Allah syukur sangat.  

Sha jadi lebih haru-biru bila minyak tinggal 1 bar. Dalam keadaan sesat camtu (tak sesat sebenarnya, just salah jalan), Sha jadi takut. Sampai rumah pukul 12.15 malam. Cepat-cepat masuk. Bersihkan diri sebelum masuk tidur. Sungguh hari yang penat.

Sha yakin Allah memberi bantuan melalui kereta MyVi putih tu dan hati Sha pun ikut sahaja. Semasa memandu tu lagu-lagu dari Hafiz Hamidun menemani. Buat Sha tenang sedikit.

Saturday, December 7, 2013

Kebersihan

Selesa rasanya bila suasana sekitar kita bersih kan. Tambah-tambah pula kalau tempat tu digunapakai oleh ramai orang.
 
Kali ni Sha nak sentuh pasal kebersihan tandas di tempat awam. Ramai yang menggunakan tandas tu. Jadi sudah tentu macam-macam perangai kita boleh nampak.
 
Situasi/Keadaannya macam ni;
1. Tisu bersepah atas singki atau di lantai
2. Tali paip tu dibiarkan di atas lantai walaupun ada penyangkutnya
3. Tak flush air lepas digunakan
 
Sha pun tak faham kenapa ya adakalanya ada individu yang mengabaikan isu kebersihan ni. Kalau di rumah boleh pula jaga kebersihan tandas ni. Memang betul ada orang yang akan bersihkan- Akak/ Makcik Cleaner akan bersihkan. Cubalah jadi individu yang bertimbang rasa. Memudahkan kerja mereka.
 
Harapnya bukan hanya di rumah tetapi di tempat awam juga, sikap menjaga kebersihan ini dikekalkan demi untuk keselesaan bersama.

Kata-kata Syeikh Muhammad Abduh:

Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!

Nak tahu apa maksud kata-kata ni boleh singgah ke sini.
 

Sunday, November 24, 2013

Bukan Semua Lelaki Sanggup Menitiskan Air Mata Hanya Untuk Seorang Perempuan

Ya benar. Lelaki tak akan senang-senang menangis kerana seorang perempuan. Lelaki boleh menangis hanya jika perempuan itu sangat dicintai dan disayangi olehnya. Hargailah lelaki yang mampu mengalirkan air mata keranamu. Lihatlah betapa dia benar-benar ikhlas menyayangimu.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta, dia akan sentiasa melindungi kamu, dia akan sentiasa mengambil berat akan dirimu, dia akan sentiasa cuba ambil tahu kesukaanmu atau perkara yang kamu tidak suka, dia ingin tahu apa yang kamu lakukan, dia akan sentiasa ada di sisimu mendengar setiap luahanmu, berkongsi rasa dan dia akan menerima baik buruk dirimu...hargailah lelaki itu dan terima dirinya seadanya. Dialah lelaki terbaik buatmu.

Jadilah dirimu yang sebenar, hormati dirinya dan belajarlah meminati apa yang disukai olehnya, in shaa Allah lelaki itu akan menyayangimu sepenuh hatinya.

22 November 2013 @ 5.00 petang
23 November 2013 @ 2.45 pagi
25 November 2013 @ 5.15 petang 

Jom baca di sini lebih banyak info menarik.

Awak

Terima kasih awak..14 November 2013 akan menjadi satu tarikh terindah. 
 
Kenangan Ogos 2013 akan sentiasa dalam ingatan.


 

Sunday, November 17, 2013

Bila Perempuan Menangis...

Perempuan dan air mata sering dikaitkan. Mengapa perempuan mengalirkan air mata? Sha kongsikan di sini beberapa artikel dari blog yang Sha rasakan menarik..jom baca

Bila Perempuan Menangis...

Kenapa Perempuan Mudah Menangis

Kebaikan Menangis



Saturday, November 9, 2013

Surprise!

Alhamdulillah...

Sha dijemput oleh Kak Aida, mama kepada Hani student Sha. Ada Majlis Hari Jadi Hani. Majlis tu dalam pukul 4.00 - 5.00 petang. Sha lewat sikit sampai. Tengok banyak kasut kat depan pintu masuk. Dalam hati cakap ok la ada ramai lagi orang.

Sebaik sahaja Sha tekan loceng, Hani menjenggah. Dia dah menjerit, "Teacher Sha." Sha pun jadi teruja. Sebaik kunci grill dibuka, hadiah di tangan Sha hulurkan pada Hani. Bila masuk dalam rumah tengok semua kawan-kawan Hani dan Dina (adik Hani). Segan juga. Then Hani turun dengan satu paper bag. Memula Sha fikir tu untuk tetamu yang datang. Sekali nampak tag "Happy Birthday Teacher Sha." Ya Allah ni surprise yang memang Sha tak jangka. Then Kak Aida cakap, "Memang tak jemput orang dewasa. Akak jemput Sha sebab nak bagi hadiah tu." Alahai terharu rasa.

2 Parfums, Shower Gel & Body Lotion



Friday, November 1, 2013

Makan-makan

Minggu lepas sembang-sembang dengan officemate. Terkeluarlah cerita pasal lempeng pisang..time tu hujan...Ya Allah terasa nak makan la la tu juga. Petang tu balik dari kerja singgah la kat kedai area rumah tu. Aduh...
 
"Maaf dik. Kelapa tak ada. Susah nak dapat bekalan," kata kakak owner kedai runcit tu.
 
Kukecewa...malas dah nak keluar pegi kedai lebih jauh. So esoknya tu baru la dapat makan lempeng. Yang best siap buat kari ikan. Cari ikan kayu tak ada la pulak. Hmm last-last ikan sardin je. Hmm sedap pula. Ok la kan still ikan. Ni kes hari Khamis baru dapat makan lempeng kelapa. Sorry la tak dan dah nak snap picture bagai. Hihikk...
 
Hari yang sama beli kelapa tu beli jagung sekali. Sebab petang tu sebelum balik kerja member ofis cerita pulak cucuq jagung. Adeh...dah la Sha puasa hari tu...hmmm sungguh menggoda.
 
Tapi since nak makan lempeng lebih berkobar-kobar, jagung tu simpan dulu. Yeeaaa hari ni (Sabtu) baru buat cucuq jagung. Makan time breakfast. Hmm puas hati.
 
 
 
 

Friday, October 25, 2013

Orkid Oh Orkid

Masih ingatkah satu iklan yang dijayakan oleh Ako Mustapha dan seorang kanak-kanak kecil.
 
"Bunga, bunga, bunga."
 
"Orkid la."
 
"Pandainyer..."
 
Ha macam tulah lebih kurang dialognya. Sha bukan nak discuss pasal iklan tu. SHa nak cite pasal orkid la.
 
Kisahnya gini, khamis lepas Sha pegi ke tapak Ekspo Konvo ke 37 di UPM. Pergi dengan bos lepas habis satu meeting. Rupanya bos Sha ni peminat orkid. Jadi SHa pun ikut la dia tengok. Ya Allah, cantiknya. Patutlah peminat orkid jadi uling mata bila berdepan dengan bunga orkid ni. Cantik, masya Allah. Sha baru tahu orkid juga ada yang berbau harum. Setahu Sha orkid ni spesis yang tak mengeluarkan bau, oh Sha silap rupanya. Selepas dah tawaf satu tapak orkid tu, at last my bos dah beli 3 pokok orkid, dekat seratus lebih juga la harganya. Itulah penangan orkid.

Thursday, October 24, 2013

Hargai

Kisah kali ni, Sha ke Watson petang semalam. Puas memusing dalam Watson cari floss gigi..hmm @ last Sha minta bantuan seorang staf Watson. Handsome orangnya. Sha cakap la Sha cari floss gigi.. tapi adik tu tak boleh cakap rupanya. Seperti orang sengau dia menyebut floss. Laju sahaja dia pegi ke bahagian ubat-ubat gigi, berus gigi. Dalam hati Sha cakap, "dah pegi bahagian ni tapi tak jumpa pun." Lama adik ni perhatikan bahagian floss tu. Then baru Sha perasan floss tu memang ada kat bahagian paling hujung. "Kenapa tadi Sha tak nampak?". Sha tengok adik tu sangat happy dapat bantu Sha cari floss gigi tu. Alhamdulillah..

Kesimpulannya, walaupun mereka insan istimewa, mereka wajar dihormati dan dihargai.

Monday, October 21, 2013

Balik Kampung 14 Oktober 2013

Baru nak updates di blog. Hmm ni perjalanan balik kampung pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ni 14 Oktober 2013. Biasalah ...Taiping/Kamunting kawasan tadahan hujan tertinggi di malaysia..

Ni gambar masa balik hari tu..hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan...alhamdulillah masa ni dah sampai ke area Tesco Taiping...

Yang warna kelabu tu awan..sangat tebal





Sunday, October 20, 2013

Alhamdulillah...jumpa pun

Syukur jumpa pun fail yang Sha cari... dah berbulan-bulan kot...rupanya my mistake, misplaced. Alhamdulillah dah jumpa. So pesanan kepada diri sendiri: Be careful next time ya. Fail tu penting. Pastikan tak hilang atau salah tempat lagi.

Leganya dah jumpa...syukur

Saturday, October 19, 2013

Cempedak Goreng

Hmm best bila sarapan pagi ini dengan cempedak goreng. Cempedak ni Sha beli petang semalam. Sekilo RM5. Better beli sebiji gitu dari beli yang dah siap goreng. Banyak ulas, puas makan. Ada officemate cakap anak dia beli cempedak goreng sampai RM20, 2 ulas RM1. Means RM20 = 40 ulas cempedak yang siap digoreng. Hmm RM20 tu Sha boleh beli 4 biji cempedak dan goreng di rumah.
 
 

Mee Incredible Hulk

Mee tengah marah ke ni? Sampai bertukar jadi incredible hulk...Bila sebut incredible hulk mesti akan terbayang kisah fiksyen superhero Bruce Banner yang boleh bertukar menjadi makhluk perkasa berwarna hijau.
Mee incredible hulk! Apa kes?? Hihikk... gini, alkisahnya hari ni terasa nak makan mee rebus. So petang tadi Sha pun pegi beli bahan-bahan seperti taugeh, tauhu, fish ball, fish cake dan yang best tu keledek merah/purple. Adeh boleh sha lupa nak beli daging atau ayam. Nasib la ada ayam cincang. Hmm boleh la. Nak keluar semula dah malas. Kat luar petang tadi hujan.
Sha dah gelak tengok kuahnya warna purple skit. selalunya nak buat kuah mee rebus guna keledek warna putih tapi tengok keledek putih tu tak cantik pula. So keledek merah pun boleh la. Tu pasal kuah jadi purple skit. Lepas siap kuah, siap celur taugeh, sawi, dan mee, goreng tauhu Sha pun excited nak makan. Dah lapar. Letak la mee dengan assesorinya.
Lepas letak kuah, 'Ya Allah mee sudah tukar ke warna hijau. Apa sudah jadi??'
Adakah sebab UNGU + KUNING = HIJAU
Excited sangat makan mee hijau lupa nak snap picture. Nantilah kalau ada lagi Sha snap pictures ya..
Itu la kisah mee incredible hulk...hihikkk

Ni 2nd round makan

Wednesday, October 16, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Alhamdulillah raya sudah berlalu..

Apa yang Sha pelajari? Sesungguhnya pada raya kali ini, rasa syukur itu yang terkesan di hati. Alhamdulillah. Negara kita dalam keadaan yang aman makmur. Rezeki melimpah-ruah. Ada ketikanya Sha terbayangkan saudara-saudara kita di negara yang kurang bernasib baik, sentiasa bergolak, dilanda bencana alam dan pelbagai lagi ujian dan dugaan dariNya...mudah-mudahan mereka sentiasa di dalam peliharaanNya..aamiin.

Rezeki yang diberi olehNya, tidak putus-putus. Alhamdulillah.

Bersyukur sangat sebagai warganegara Malaysia.


Tuesday, October 1, 2013

Selera Italiano

Petang tadi balik dari kerja singgah beli bahan untuk masak spagetti...hmm quite sometimes gak tak makan spagetti...since my sister ada kat rumah, so Sha masak spagetti for dinner. Senang and cepat serta ringkas. Yummy....
 
Simple je tapi kenyang...alhamdulillah
 
~Gambar Hiasan~
 
 

Friday, September 20, 2013

Perpustakaan Hypermedia MPSJ Seri Kembangan

20 September 2013
 
First time masuk, rasa selesa. Environment sangat selesa. Library kan...masuk pun senang je. Hmm lepas ni library tu bakal jadi tempat Sha lepak. I love books!
 
Sha ke sana sebab 2 orang students Sha tunggu kat situ. Kelas Maths for SPM. Sebelum ni pergi tutoring di rumah mereka di Bandar Kinrara twice a week. Tapi on Friday mereka ada kelas tenis so lebih dekat dari situ. Lepas kelas mereka akan gerak ke Jalan Duta. Sesi latihan kat sana.

Cupcakes In D'House

17 September 2013

Petang tadi lepas balik kerja, lepas siap mandi-manda, usai solat bermulalah misi membakar kek cawan. Ni third try. Better from the previous one...
 
Tengok kek cawan naik cantik dah teruja...then time rasa...hmm sedap (hihikk sendiri puji ok!) sebab kat dalam  kek tu ada chocolate chips..melting je bila makan kan...hmm yummmyy...
 
 
 
p.s dah 2-3 hari Sha nak upload pictures, masih tak berjaya. Nanti Sha cuba lagi ya..


  
 

 
 
 


 

Monday, September 2, 2013

Back To School

Pagi ni Sha ada majlis taklimat pelajar baharu..so bila tengok slaid pembentangan Timbalan Dekan Akademik & HEP ish Sha terasa cam nak sambung belajar la..cam best je..zaman belajar best je..

Insya Allah ada rezeki & masa Sha nak sambung belajar...


Sunday, September 1, 2013

::: Kisah Seekor Anak Kucing :::


Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu: “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya. Saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis dan bongkak.


Anak kucing yang kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Lalu dia mendengar seekor lembu di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab tuan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh dan bangga.


Teriak seekor keldai : “Hoi lembu! Kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu mengenai anak kucing kecil itu, sememangnya kamu memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”


Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan dan peranan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur. Semua binatang sepakat kalau si anak kucing yang kecil itu adalah mahluk yang tidak berguna sama sekali & tidak mampu memberikan apapun sumbangan kepada keluarga itu.


Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anak kucing yang kecil itu pergi ke tempat sepi & mulai menangis meratapi nasibnya. Sedih rasanya. Sudahlah yatim piatu, dianggap tidak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi..


Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anak kucing yang kecil mungil itu. “Saya tidak dapat memberikan layanan kepada keluarga di sini dan sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini.”


Kata anjing tua itu : “Memang benar bahawa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan dan kebahagiaan.”


Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan tampak amat lelah kerana perjalanan jauh di panas terik matahari. Anak kucing yang kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke dalam pelukan tuannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anak kucing yang kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria. Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengusap-usap kepalanya, serta berkata :


“Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sinar an indah bila kau menyambutku semesra ini. Kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil-kecil kamu telah mengerti ertinya kasih..”


*******

Jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya..


Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan & orang yang rendah hati akan ditinggikan.


Sumber:  Kisah Tauladan



Thursday, August 29, 2013

Hari Kemerdekaan Ke-56

Alhamdulillah..

2 hari lagi tanggal 31 Ogos..tarikh yang cukup bermakna buat negara kita, Malaysia. Dengan pengorbanan, susah senang, perit getir, suka duka, nenek moyang kita dahulu memperjuangkan kemerdekaan. Hasilnya sehingga kini masih kita kecapi. Janganlah kita sia-siakan. Hargailah kebebasan yang kita ada. Jauhkan segala sengketa..ayuh kita bersatu hati, berganding bahu menjaga keharmonian negara.

Malaysia sebuah negara yang unik. Kita hidup bersama dengan rasa hormat-menghormati. Setiap kaum bebas beragama dan juga mengamalkan budaya kaum masing-masing. Semoga kita akan terus hidup aman dan makmur selamanya...aamiin

Saya sayang Malaysia!


p.s Sambutan kali ni lebih menarik. Sempat mengira detik-detik ambang merdeka di Taman Tasik Titiwangsa. Terima kasih detik kasih sayang...sambil menyaksikan percikan bunga api.

Di Ambang Merdeka, 30 Ogos 2013

Tuesday, August 27, 2013

Rezeki

Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.


Hari ni Sha nak sebut pasal rezeki makanan. Alhamdulillah... di bulan Syawal ini, rezeki tak putus. Maklumlah masa ini ramai kawan-kawan yang buat rumah terbuka. Ada juga yang buat majlis kenduri.Tak kurang juga kawan-kawan yang berbuat sedekah jariah. Masak makanan dan bawa ke pejabat untuk dijamu pada kawan-kawan. Alhamdulillah. Sha dooakan kalian beroleh rezeki yang melimpah ruah..aamiin.






Thursday, August 22, 2013

Sambutan Raya UPM 2013

Majlis 21 Ogos yang lepas..baru nak updates kat sini..sibukkan diri dengan hal-hal lain..sha letak gambar je ya..Pictures speak thousand words :)

Persiapan Gerai








Majlis bermula...






 



Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin


My First Try - Chocolate Muffin

Percaya ke tak...tiba-tiba Sha terasa nak buat muffin. Hmm ni first time try. Sha tak pernah buat pun selama ni...dengan bersemangat balik kampung..esok harinya iaitu hari ni la (6/8/2013) yang pergi membeli-belah bahan-bahan nak buat muffin. Memula pegi Tesco Taiping..hmm tak semua bahan ada kat sana. On the way balik Mak, Ijan & Sha singgah The Store Kamunting...alhamdulillah semua bahan berjaya dicari.
 
Sha kongsikan gambar muffin coklat Sha,
 
Dalam oven lagi ni

Ni muffin second round masuk ke dalam oven
 

 
Separuh dah Sha makan, sedap la..moist & melting


Percubaan pertama, appearance tak cantik sangat,
tapi rasa sedap..serius
 
Ni resepi yang sha guna untuk buat muffin coklat...
 
Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 200g coklat masakan
  • 70g mentega
  • 2 biji telur
  • 50g gula halus
  • 60g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Cara1
    Antara bahan-bahan yang diperlukan
  2. Cara2
    Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
  3. Cara3
    Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
  4. Cara4
    Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
  5. Cara5
    Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
  6. Cara7
    Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
  7. Cara8
    Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.
  8. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.
Sumber:
 
p.s walaupun dalam resepi cakap adunan ni untuk 10 biji, sha dapat 12 biji sebab cup yang sha guna tu kecil sikit
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim