Kepada kawan-kawan yang mungkin tiba-tiba diberi tanggungjawab sebagai MC untuk majlis perpisahan, boleh la rujuk kepada teks yang Sha gunakan sebelum ini. Dan teks ini sha rujuk dari Contoh Teks MC
Ada ruang yang Sha putihkan, jadi masukkan nama-nama yang berkenaan ya. Semoga ini membantu ya..
@}-;--- @}-;---
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…
YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF, DEKAN FSTM
YANG BERBAHAGIA TIMBALAN-TIMBALAN DEKAN, KETUA-KETUA JABATAN
YANG DIKASIHI, CIK SITI IMA MUNIRAH, RAKAN YANG DIRAIKAN.
YANG DIHORMATI
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SENTIASA
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE JAMUAN PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD YANG DITUKARKAN KE PEJABAT PENDAFTAR BERKUATKUASA PADA 22 APRIL 2013 BARU-BARU INI.
..ALHAMDULILLAH DAPAT KITA BERTEMU LAGI PADA MAJLIS YANG CUKUP BERMAKNA.
KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH ENCIK RUZAINI TAMIN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK RUZAINI TAMIN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
UCAPAN DEKAN
BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA
SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN. MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF
UCAPAN CIK IMA, (YANG DIRAIKAN)
SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA CIK SITI IMA ATAS UCAPAN ITU TADI.
BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.
MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA BUAT KENANG-KENANGAN KEPADA CIK SITI IMA. DIPERSILAKAN
KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD.
PASTINYA KAMI WARGA FSTM TIDAK AKAN LUPA DENGAN CIK IMA. BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA DAN SEMANGAT KERJA SERTA KOMITMEN YANG CEMERLANG SEPANJANG BERADA DI SINI..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD YAZID ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI
MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.
PADA CIK IMA YANG AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA DI FSTM
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT YANG BARU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PAGI INI
DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI
UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
JAMUAN MAKAN
KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.
UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
huhu.... xsuka jadi MC.. nebess sikit.. lama2 jadi ok.. heheh.. >.< nebes3..~~
ReplyDelete:) mula2 memang neves..tapi lepas dah baca 4-5 lines dah ok.
ReplyDeletenext time bila jadi MC lagi neves lagi hihikk sha macam tu..acanner tu..
Xtahan.... ketaq lutut lieza cm ni xD nasib ketaq lutut suara leh clear gax.. ngee... >.< *thanks tegur lieza tadi.. lieza suka kalau ada y tegur... :) akan baiki diri ke arah kebaikan.. :D *
ReplyDeletejadi MC kena kuat semangat.. mental kena kuat..Sha suka jadi MC cuma ada masanya akan rasa sedih juga bila melibatkan MC untuk majlis perpisahan.
ReplyDeleteYang best bila orang cuma dengar suara tapi tak nampak tuan empunya suara.. misteri di situ.. :)
sama-sama liza..teruskan berkarya k :)
ReplyDeletekalau dgr suara je ok.. x ketaq lutut.. ahhaa.. y kena berckp dpn umum tu.. perghh!!
ReplyDelete:)hiikk yg bercakap depan umum tu paling challenging nyer..kalau suara je yg keluar ok kan lieza..next time nk guna mask la bila jadik MC..bleh gitu?
ReplyDeleteThanks for your sharing! The best la you!!!
ReplyDeleteyou're welcome
DeleteTq=)
ReplyDeleteyou're welcome..
DeleteTerIma kasih Kerana menjadikan blog Catalan Jamari anak pantai sebagai rujukan
ReplyDeleteTerima kasih kembali. Teks ni banyak membantu...
DeleteTQ SIS. REALLY HELP
ReplyDeleteYou're welcome. I'm happy this short text help you.
DeleteThank you.. esok kite kene jadi MC.. copy pastaaaa yeaa,. ;)
ReplyDeleteYou're welcome. Boleh..silakan..semoga semuanya berjalan lancar ya, aamiin.
Deletethanks ya kirana... for sharing...moga Allah membalasnya
ReplyDeleteyou're welcome..aamiin.
Deleteterima kasih kembali singgah di sini.
TQ. banyak membantu. smoga Allah sentiasa merahmati kamu. Insha Allah..
ReplyDelete- K.Z -
terima kasih kembali...
Deleteaamiin.
banyak membantu , terima kasih..
ReplyDeletesama-sama.
Deletealhamdulillah.. felt happy teks ini membantu tuan.
Salam... nak mintak izin tuan tanah untuk guna teks ni d majlis perpisahan kami... saya ni dah banyak kali dh tolak dari mnjadi MC, ada skali tu smpi buat alasan tak hadir majlis, tapi dah buatkan teks utk bidan terjun... tp la ni tak dapat lari dah.. ngeee takpelah, khidmat d akhir tahun sblm cuti panjang... apa pn, makasih utk teks ni.. sgt membantu... tggal lg nak tongkat kaki je spy xketaq... hehee makasih skali lg.. wsslm.
ReplyDeleteElly Syamsy:
ReplyDeleteWaalaikumsalam, boleh... ambillah. Sha doakan Elly dpt jadi MC dengan jayanya,
insya Allah.
Hihikk tergelak Sha baca komen Elly ni...Mula-mula memang ketaq..tapi once dah dpt mic tu dah hilang dah gigil tu...insya Allah Elly boleh punya.
mohon share
ReplyDeleteYa silakan
Deletesalam. saya mohon share ye. thanks a lot
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteYa silakan. You're welcome.
salam. saya mohon share ye. thanks a lot
ReplyDeletenak minta izin teks uapan sha diatas...GPK2 ni cam x de org lain nak jadi MC..tp tetap bersyukur tentu ada rahmatnya. moga segala usahaku mendapat pahala untuk ku sedekahkan kepada kedua ibu bapa yang telah menemui Ilahi....
ReplyDeleteBoleh..silakan..semoga ianya membantu.
DeleteAamin
tak lupa pada sha, kakak doakan semoga mendapat pahala berganda daripada Allah swt..
ReplyDeletesha ...
Klu ada teks atau kata pujangga yang membantu dalam penyediaan teks boleh kongsi di sini...
maklum lah kakak2 ni dah tua x leh fikir...he..he
Jazakillah khairan kathira kak..wa iyyaka
DeleteInsya Allah Sha kongsikan teks yang pernah Sha gunakan untuk beberapa majlis di sini. Boleh ambil dan editlah mengikut kesesuaian majlis akak ya.
as salam sha.. mohon share ye. tqvm
ReplyDeleteWaalaikumsalam Fiqa,
DeleteSilakan. You're welcome.
Terima kasih kerana menyebarkan ilmu..mohon copy
ReplyDeleteSilakan.
DeleteTerima kasih juga kerana singgah ke blog sha.
Silakan.
DeleteTerima kasih juga kerana singgah ke blog sha.
mohon share
ReplyDeleteSilakan share untuk kegunaan semua. Terima kasih singgah keblog Sha
DeleteSilakan share untuk kegunaan semua. Terima kasih singgah keblog Sha
DeleteTeks yang sangat baik.
ReplyDeleteizinkan sy copy utk majlis di sekolah saya.
good blog
Sha berbesar hati kepada semua yang berkongsi teks di atas. Semoga sedikit sebanyak membantu pengacara majlis, insya Allah.
ReplyDeleteterima kasih banyak
ReplyDeleteSama-sama
DeleteSabtu saya jd mc. saya copy n paste ye. mohon dihalalkan. nebes ni walaupun dh biasa jd mc.
ReplyDeleteTerima kasih merujuk artikel ini.
DeleteEsok sy 1st time seumur hidup jd mc. Izinkan sy copy teks ni ya. Moga tuan dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan kerana mempermudahkan kmi. Amin
ReplyDeleteAamiin ya Allah ya Mujib
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Semoga memberkatimu selalu.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteAamiin ya Allah ya Mujib
Terima kasih - semoga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteAamiin ya Allah ya Mujib
Izin share ye, Terima kasih.
ReplyDeleteSama-sama.
Deleteassalam puan, t.kasih atas perkongsian. sy copy paste ye ^_^
ReplyDeleteWaalaikumussalam,
Deletesama². semoga ianya memberi manfaat kepada tuan/puan
Assalamualaikum Cik Sha,
ReplyDeletesy mohon izin nak guna teks ni untuk majlis perpisahan di sekolah kami. terima kasih ye
Assalamualaikum Cik Sha,
ReplyDeletesy mohon izin untuk gunakan teks ni ya untuk majlis esok.br dpt tau ptg td kena jd emcee..terima kasih ya