"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, December 27, 2020

Seedless ke?

25/12/2020

Hari ni pergi lagi beli buah. Beli buah longan & jumbo delima 😍

Sebelum tu nampak oren besar.

Sha: Oren ni dari mana?

Penjual: Dari Mesir

Sha: Manis ke?

Penjual: MANIS. Nak tau manis ke tak tengok bahagian bawah ni berlubang macam pusat, ha tu manis.

Sha: Seedless ke ni?

Penjual: Aah seedless..saya dah buang bijinya 😁 

Adeh..Sha dah gelak guling..

p.s. Hihi tanya beria, sudahnya idok ler membeli pun 🤣


#sismudahterhibur

Gurau Pagi


24/12/2020

Pagi ni hujan lebat. Alhamdulillah 😍

Kluar pergi beli buah tadi. Kisahnya beli buah limau bali 😁.

Sha: Tak nak yang kulit ada hitam-hitam tu ya..

Penjual: Akak nak makan isi ke nak makan kulit?

Adeh..Sha dah gelak guling 🤣..betul juga tu. Kulit limau bali memang tebal. Jadi kalau ada hitam-hitam sikit tu tak kena isinya.

Penjual: Akak bukan makan limau bali ni macam makan tomato kan? Sekali dengan kulit.

Aduhai..betul juga kan..ha ayat last penjual ni memang win. Sha dah gelak guling kat situ 🤣

Penjual: Kak, kalau isi buah rosak saya akan ganti, tapi klau kulit buah tu rosak, saya tak tau la nak buat apa 😊

#guraupagi

Kolestrol

5.5mmol/1 [<5.2]
Kolestrol 

Tingkatkan kolesterol BAIK anda dengan menambahkan makanan-makanan ini kepada diet anda:

✅ Bijian sempurna (contohnya, mil oat, bran oat dan hasil bijian sempurna)
✅ Kacang-kacang (contohnya, walnut, badam dan kacang Brazil)
✅ Makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 (contohnya, ikan , suplemen minyak ikan, biji rami dan minyak biji rami (flaxseeds))

#misiturunkankadarkolestrol


Hari Ini Kisah 11

3/12/2020

Banyak berjalan luas pemandangan dan pengalaman. Bila menjalankan perniagaan, pastinya Sha perlu banyak bergerak, mobile kata orang kampung Sha.

Hari ni ada satu lagi perkara baru yang dipelajari. Sha biasa top up kad Touch&Go di stesen minyak atau di booth toll itself. Tapi hari ni first time guna mesin. Bagus la ada mesin tu sebab dah banyak kali kad T&G Sha serius dah nyawa-nyawa ikan, boleh pula 'tiada tambah nilai di sini' kat booth toll yang ada orang jaga tu. Kesabaran sangat diperlukan ketika itu.

Berbalik kepada mesin tu, adui la tinggi pula untuk Sha jangkau. Sha dalam kereta tak sampai. Dah buka pintu kereta pun masih tak boleh touch button no 3 tu 🙈 dari 😢 jadi 😠...nak kluar macam teruk naw la pulak..then nampak ada staf yg duduk di tengah² tu sedang baca laporan kerja barang kali. Sangat kusyuk. 

Sha: Pakcik...Pakcik
menjerit rasa dah kuat dah, staf tu tak dengar. Mungkin sebab dalam suasana yang banyak kereta tu bising jadi suara Sha tu tak dengar la kan...tak ingat juga berapa kali terjerit-jerit kat situ.. akhirnya. Ha lega...

Pakcik B: Ya cik..

Sha: Pakcik, kenapa duit ni tak nak masuk?
sambil tunjuk duit kertas tak disedut masuk dalam mesin tu 😁

Pakcik B: Ooh.. ni sebab Cik tak tekan no 3 ni. 

Bila Sha dengar je kata-kata pakcik tu, terus Sha gelak guling. 'Eee teruk betul Sha ni. simple tu je pun.. tak boleh follow'.

Sha: Maaf Acik susahkan Acik ya..saya baru 1st time guna mesin ni. Selalu orang dalam kotak tu yang buatkan.

Pakcik B: Eh..tak apa ini kerja pakcik. 

Sambil bantu tekan butang yang berkaitan, Pakcik ni beri penerangan. Jadi mudah prosesnya.

Sha: Terima kasih Acik bantu saya.

Pakcik B: Sama-sama

"Mesin ni tak bayar gaji, kotak tu kena bayar gaji," seloroh Pakcik B bila Sha dah sudah touch panel kad T&G tu. 

Tergelak Sha dengar kata-kata pakcik tu. 'Betul juga kan..' Semoga Pakcik B diberi kesihatan yang baik dan segala urusannya dipermudahkan olehNya, aamiin

Hari ini Kisah 10

 2/12/2020

Kisah semalam sebenarnya..kasi tenang sikit baru masuk ke sini 😁

Semalam boleh pulak terlepas pisau di tangan. Alhamdulillah, pisau tercucuk jari kaki kiri sikit. Keluar darah, nampak macam pekat. Apa pun Sha tak expert, jadi tak pasti darah yang menitik tu pekat ke cair. Huhu dah la hari ni kena check darah di IJN. Jadi suspen juga. 

Dah settle ambil darah. Tengah tunggu result ni.

Hari Ini Kisah 9

 1/12/2020

Hihi..walaupun kisah ni berlaku pd bulan lepas, tapi bila tengok ciku memang gelak..

Sha: Elly ( Suhaili Hj Shafie )  macam mana nak buat ya, anak customer terkupas ciku belum masak. Macam mana nak peram ciku yang takde kulit?

Elly: Cuba balut dengan kertas.

Sha: Kertas? Ok ke? Boleh ke? Kertas surat khabar ke?

Elly: Kertas yang orang buat cake tu..

 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 Sha dah gelak dah time ni

Sha: Ha elok...lepas tu masukkan ciku tu dalam oven 🤣🤣🤣

Elly: Ha kita bako dia 😅 jadi ciku bakar...

Adui la....kisah tu tak abis kat situ...ada sambungannya. 

Sha: Elly, boleh tak kalau tampal balik kulit ciku tu? 🤣🤣🤣

Elly: Ha boleh..lepas tu ikat dengan getah ya. Macam buat kat durian tu 🤣🤣🤣

🤣🤣🤣 memang senget kan...adui la.. Shamsiah Yahaya kisah ni sebelum sy jawab aritu

Hari Ini Kisah 8

 25/11/2020

Alhamdulillah, hari ni ada appointment dengan IJN lagi. Seperti biasa awal pagi dah gerak ke KL. 

Selepas sesi ambil darah tunggu dlm dua jam lebih juga sebelum dapat result INR. Macam tunggu result SPM rasa. Takut & suspen je. Masa dipanggil masuk untuk berjumpa Educator Therapist tu dan soalan pertama yang Sha ajukan, "Okey ke?".

Buku INR tu diunjukkan kepada Sha. Alhamdulillah bacaannya 3. Serius macam dapat result exam ya...LULUS. Syukur sebab bacaan dalam range normal. Sha dah lega and happy tetapi doktor kurang happy sebab result tu fluctuate banyak sangat. Next week kena pergi lagi. 

Monitoring and follow-up still on-going. Close observation is needed. Agak mencabar juga untuk Sha control kepekatan/kecairan darah ni. It's all about my diet. Kena jaga pemakanan. Nampak simple jaga apa yang dimakan. Tapi once dah terganggu, agak mencabar nak back to normal. 

Allaahu Akbar. Insya Allah, everything will be fine. Keep smiling, be positive. You are a fighter!

Hari Ini Kisah 7

22/11/2020

Assalamuaikum
Hari ni, pagi-pagi dapat feedback baik dari seorang rakan niaga Sha. Mode happy.

Asbab menjual buah longan yang sedap, kata jiran & kawan-kawan suaminya, bukan Sha yang kata ya 😉 suaminya dah mula sokong minat si isteri. 

Sha tumpang happy dapat bekalkan buah dengan kualiti yang baik pada pembeli. Asbab jual buah yang sedap, memudahkan komunikasi suami dan isteri serta saling menyokong antara satu sama lain. 

Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah atas segala aturanMu.

Hari Ini Kisah 6

22/11/2020

Hari ni macam biasa lepas sarapan, siap-siapkan diri untuk pick-up stok buah dan balik rumah mula pack buah ikut tempahan ejen/pembeli. 

Hari ni ada buah:
1. Ciku
2. Jambu Madu
3. Longan
4. Betik
5. Mangga Susu 

Hari ni sambil COD buah, ada sesi berjumpa kawan-kawan yang juga ejen buah di Presint 14. Seronok betul duduk di ruang lapang depan rumah sambil minum dan makan kuih koci. 

Paling best sebab sahabat dari Sunway datang ke Putrajaya dan bawa Rendang Godok untuk kami rasa. Terima kasih sahabat. Sedap rendang awak masak. Sesuai dimakan dengan nasi, nasi impit, roti, ketupat & lemang of course la kan. Pastu keluar idea buat inti kuih karipap.. Adeh...kecur liur bila disebut bab makanan ni. 

Negara kita mewah dengan makanan. Alhamdulillah. Syukur makanan tak pernah putus. Sha pun tadi masa sampai di rumah sahabat di Putrajaya dijamu dengan mihun goreng, air tangan anak bujang tuan rumah. Sedap mihun goreng Wan 😍 (umur baru 14 tahun). Selepas tu ada kuih koci dan ada juga mee kari. Alhamdulillah rezeki masing-masing. Seronok sangat duduk berpayungkan langit biru yang cerah. Alhamdulillah cuaca cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa, tak hujan. Main layang-layang best time macam tu 😍.

Sebenarnya semasa dok bersantai bersama tiga orang sahabat tu Sha ada 1 lagi rumah nak pergi COD buah. Alhamdulillah Cik Marina Ienna Mmy sangat memahami. Sha janji nak ke rumah Cik Marina pukul 3 petang, end up pukul 6 petang baru sampai. Alhamdulillah Cik Marina masih sabar dan melayan Sha dengan baik walaupun Sha lewat tiga jam. Maaf ya.

Sebenarnya Cik Marina juga adalah rakan niaga Sha di frutis.my. Kini beliau diuji dengan  kesihatan diri. Jadi Sha berpeluang melawat beliau di rumah. Masa di wad Hospital Serdang, tak dibenarkan melawat. Alhamdulillah ni first time sha berjumpa dengannya. Sebelum ini kami berkomunikasi melalui phone call, whatsapp atau telegram sahaja. Nak balik tu, Sha dibekalkan dengan keropok lekor. Rezeki dariNya, alhamdulillah. 

Terima kasih Cik Marina. Semoga dirimu dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan olehNya, aamiin.

cc
Adi Nubli
Norzarita Samsudin
Shamsiah Yahaya

p.s. baru ada ruang nak update di sini 

Friday, November 20, 2020

Hari Ini Kisah 5

 19/11/2020

Hari ni lepas sarapan, bersiap untuk keluar hantar barang. Buka sliding door je terus  dengar bunyi anak kucing mengiau. Dekat je bunyinya

Kunci sliding door, then nak buka pintu pagar, betul-betul tepi pagar ada tiga ekor anak kucing  dalam bekas makanan yang warna putih tu. Elok je dalam pagar kawasan rumah Sha. Then dengar lagi bunyi suara anak kucing sebelah kanan Sha. Allahu Akbar! Seekor lagi anak kucing rupanya di kawasan berumput tu. Alahai kesian. Sha pun buka semula mangga dan kunci sliding door, ambil plastik sarung tangan dan kotak. Alas kotak dengan kertas surat khabar. Keluar semula angkat tiga ekor anak kucing tadi masukkan dalam kotak. Then nak angkat yang seekor lagi tak boleh. 'Eh! Kenapa!'

Rupa-rupanya anak kucing tu masih bertali pusat dan tali pusatnya dah melilit pada rumput. Dah macam rambut ikat tocang rumput tu. ' Arrghh macam mana ni? Okey Sha angkat dan kena leraikan simpulan tu.'

Serius takut. Tapi buat juga sebab fikirkan kesian anak kucing tu. Okey lepas tiga pusingan baru dapat angkat kucing tu. Masukkan dalam kotak. 'Maaf ya. Sha dah lewat nak keluar ni.'

Tinggalkan je anak kucing tu. Sha keluar pergi ke Serdang hantar murtabak frozen. Dalam perjalanan  rasa bersalah pula. Sha call Suhaili Hj Shafie.

Sha: Salam. Elly macam mana ni? Ada anak kucing yg masih bertali pusat kat rumah. Nak buat macam mana? Tadi saya rushing nak keluar. Agaknya okey ke anak kucing tu. Saya takut dia mati.

Elly: Insya Allah okey tu. Nanti awak potong dalam 1 inci dari pusat dia.

Sha: Potong macam tu je ke? Guna gunting ke? Eh! tak apa ke? Ni first time nak gunting...adui takutnya 😯

Elly: Mak dia ada tak? Kalau mak dia ada nanti mak dia akan gigit tu. Kalau tak, awak potong je.

Terima kasih Elly 😍 

Okey dah settle COD, balik rumah sampai je terus bergegas ke kotak tadi. Alhamdulillah semua anak kucing masih hidup. Cepat-cepat masuk dalam rumah capai sarung tangan plastik dan gunting. Tuang air panas dan celup gunting dalam air panas. Kasi steril.

Keluar semula. Angkat anak kucing yang bertali pusat tu. Serius takut tapi cekalkan hati. 'Bismillah.' Done. Alhamdulillah. Masa tengah nak potong tu, ibu kucing datang. Berbunyi dia perati Sha. Maaf yer, Sha nak tolong je.

Semua orang ada pengalaman melakukan sesuatu untuk pertama kali. Jadi mulakan langkah pertama dengan yakin. Kalau tak tau tanyalah pada orang yang biasa atau pernah melakukannya.

😁 lepas operasi tadi, masuk dalam rumah call Elly sekali lagi. Melaporkan 😅

Wednesday, November 18, 2020

Hari Ini Kisah 4

 18/11/2020

Hari ni selepas balik dari IJN, Sha singgah ke Pasar Borong Selangor. Proses pembelian sangat cepat sebab dah call dulu dan bila sampai barang dah siap pack. Terus buat bayaran. Senang kan.

Dah siap Sha pun drive ke kaunter untuk bayaran parking. Drive slow je, tiba-tiba.... jengg...jeng...

Ramai orang (lelaki) berlari-larian dari arah kiri  ke arah kanan. Ada yang bawa baldi. Mereka tak peduli kereta yang sedang bergerak. Tetap berlari. All drivers, I believed get shocked. Tetiba macam ada acara marathon pula kan tengah-tengah panas pukul 1 petang. Sha pun perati juga orang ramai yang berlari-larian tu. Confirm bukan acara marathon sebab semua berpakaian kasual. Hihi kelakar pun ada...hmm then kereta Sha pun menghampiri kaunter bayaran.

"Dik, apa hal yang berlari-larian tu semua?", ringan je mulut Sha tanya. 

Kalau tak tanya tak tau pulak kan apa kes tu. Kot la ada shooting film ke...atau ada explore race ke 🤣🤣🤣 

"Mungkin imigresen datang kot," respon staf yang dalam booth tu. Tetiba palang tu dah terangkat. Parking free sebab tak sampai 30 minit dalam kawasan parking, alhamdulillah.

Sha pun senyum je la. "Ooo ni kes takde permit atau takde pasport la kot."

Terjawab sudah soalan yang bermain di minda. 😅😅😅. Masa tu tak terfikir pulak kan nak ambil gambar atau rakam video. Sha macam terpaku jap tengok tiba-tiba je sgt ramai org meluru berlari keluar dari kawasan Pasar Borong Selangor tu.

Hari Ini Kisah 3

 18/11/2020

Hari ni pagi-pagi dah bersiap pergi ke IJN untuk check INR. Bacaan 4. Kategori darah cair.

The previous result pun 4. Hmm..it takes time to stabilize INR. Sabar je sebab Sha kena check INR every week selagi bacaan INR tak berada dalam range 2.5 - 3.5. Sangat bahaya darah cair ni. Kesannya boleh berlaku pendarahan dalaman yang Sha tak nampak. Badan mudah lebam. Tanda ada pendarahan. So I have to check myself and I need to control my diet too. Besides kena pastikan juga tak melukakan diri sendiri atau melanggar sesuatu atau dilanggar. Itu semua boleh jadi punca pendarahan. 

Hari ni proses dapatkan result cepat pulak. Orang pun tak ramai hari ni. By 12.30pm dah siap pergi kaunter farmasi. Alhamdulillah.

Hari Ini Kisah 2


16/11/2020 

Hari ini dalam tengah huru-hara packing buah, dengar suara orang bagi salam. Jenguk ke luar tak nampak orang. 'Ooo bukan rumah Sha.' Sambung pack buah. Then dengar lagi suara orang beri salam. Bangun pergi ke sliding door. 

Ada seorang lelaki atas motosikal. Dalam hati, 'Sha tak ada order Food Panda atau yang seangkatan dengannya. Orang tu hantar apa pulak tu?' Sha pelik sebab ada tong kat tempat duduk belakang motosikal tu. Okey lepas tu sarung tudung, bukak sliding door, lelaki tu tak cakap apa pun. Dalam hati, 'dia nak apa eih?'

Tak puas hati, buka sliding door, sarung kasut pergi ke pagar sambil tanya, "Ada apa ya?"

"Saya jual produk frozen. Ada .......," hahaaa Sha dah gelak sebab lelaki tu baca satu-satu list kuih frozen. Kesian pulak kan. Ada 16 jenis kuih dalam list tu. Okey gigih ke gigih?

Terus Sha potong, "Sekarang ni kuih apa yang ada?" Sekali lagi lelaki tu baca satu-satu jenis kuih yang ada. Adui kesian tengok dia baca list tu, so sekali lagi Sha potong, "Ooo semua kuih ada ya. Saya nak kuih Karipap Kentang dan Cucur Badak" (Kalau Sha akan cakap, "semua kuih ada.") 

"RM20. karipap kentang tu rm8 je sbb ada 10 pcs je."

Sha pun masuk ambil duit. So selesai kes beli kuih frozen.

Pernah dengar membeli dengan emosi? Sha tadi dah buat belian dengan emosi. 

1. Kesian tengok lelaki tu baca 16 jenis kuih tengah-tengah panas pukul 3pm. 

2. Kagum sebab lelaki tu boleh pergi satu-satu rumah untuk jual kuih frozen. Katanya tadi dia COD kuih area berdekatan, jadi singgah taman Sha ni. Tak semua orang ada keberanian atau keyakinan seperti itu. Sha sendiri pun belum tentu cukup berani nak pergi ketuk satu-satu rumah untuk berniaga.

3. Sha memang suka kalau kat rumah ada kuih frozen ni, walaupun diri sendiri pun jual produk/kuih frozen. 

4. Sha dapat kenal supplier baru yang Sha tau kuih dia sedap.

Serius, berniaga ni seronok.

p.s klau nak order contact je no yang Sha attach di picture di bawah.

abaikan potong terbalik tu, tak menyabar nak goreng, janji potong plastik.

hihi 😁 kuih yg dah goreng tadi, tak dan ambil gambar, tak teringat pun nak ambil gambar. Kes tak menyabar la juga tu 🙊


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3803948359624882&id=100000292672356

Hari Ini Kisah 1

16/11/2020 

Alhamdulillah, hari ni agak huru-hara. Syukur sbb bila huru-hara, busy kata orang kampung Sha😁 means rezeki masuk, alhamdulillah.

Pagi dalam pukul 11 lebih stok buah Mangga Chokanan (MC)  & Jambu Madu (JM) sampai. So pack by kilo;
MC 20kg
JM 17kg

Ambil masa juga nak pack. Then by 12.30pm keluar pegi hantar MC ke UPM sebab by 2pm, staf tersebut ada urusan lain. Bawa sekali 5kg JM untuk delivery ke Hospital Serdang. (Alhamdulillah senang dapat parking walau pun parking double line 🙊.)

Sebelum tu singgah ke kedai stationary beli woven beg untuk letak JM. Ini untuk pembelian penghargaan kepada jururawat bertugas. Alhamdulillah,semoga dilimpahi rezeki untuk Marina aamiin. Done 2 task. Balik rumah sambung pack MC. Hihikk tugas belum selesai 😁🙈

Done pack, Sha ke Putrajaya pula. Ada 2 order. Satu Presint 9 & 1 lagi Presint 12. Alhamdulillah settle lagi 2 task. Ada 1 task pending ke esok sbb ketika Sha di Putrajaya ada order 6kg MC dari pembeli di Seri Kembangan. Sha tak sempat nak balik Puchong & keluar semula. Jadi Sha contact pembeli dan berunding jika boleh hantar esok. Alhamdulillah pembeli setuju. Esok ada 3 order 1 di UPM, 1 di Seri Kembangan & 1 di INFRA. Alhamdulillah 😍 

Semoga esok urusan Sha lancar dan dipermudahkan olehNya, aamiin.

Serius, seronok berniaga buah. 

#sissuka

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3803670152986036&id=100000292672356

Wednesday, October 28, 2020

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal| 29 Oktober 2020

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam yang disambut pada 12 Rabiulawal 1442H bersamaan 29 Oktober 2020 dengan tema Ummah Rabbani, Negara Harmoni.

Tarikh 12 Rabiulawal merupakan tarikh istimewa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia kerana pada tarikh keramat ini lahirnya Nabi Besar junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Lahirnya Baginda membawa rahmat kepada seluruh alam. 


Sama-samalah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda serta kaum keluarga Baginda sebagai tanda kecintaan  kita terhadap Baginda Rasulullah SAW. Semoga kita beroleh syafaat Baginda di Padang Mahsyar nanti. Selain itu, marilah juga kita menghidupkan sunnah Baginda agar kehidupan kita lebih diberkati olehNya. 


Thursday, October 22, 2020

Senaman 21 Minit

 
 

 


Hari ini hari keenam Sha melakukan aktiviti senaman di waktu pagi. Senaman sebelum sarapan pagi. Sebelum ni ada je kan alasan tak sempat buat senaman.

Bukan mudah juga untuk kekal konsisten setiap hari membuat aktiviti senaman ni. Jika kita sayang diri sendiri, cuba cari masa untuk bersenam sambil mengeluarkan peluh. Ya tujuan asal Sha bersenam adalah untuk keluarkan peluh. Badan pun rasa sihat. Rasa ringan dan rasa segar.

Kawan-kawan,
Jika baru nak mula buat senaman jangan terus buat aktiviti berat. Mulakan dengan aktiviti senaman yang lebih ringan dan santai seperti berjalan laju atau mulakan dengan aktiviti regangan dahulu. Sedikit demi sedikit barulah badan dapat sesuaikan dengan aktiviti yang lebih berat seperti senamrobik atau zumba. 

Rujukan:
https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kehidupan-yang-sihat/senaman




Saturday, October 17, 2020

#kitajagakita

Wabak #Covid19 dah merata

Apa yang kita mampu buat adalah jauhi 3S
✅ Sesak   : Tempat yang sesak
✅ Sempit : Tempat yang sempit yang tertutup
✅ Sembang dekat : Bersembang secara dekat-dekat

Sama-sama kita ingat memperingati supplement, hand sanitizer & face mask wajib ya!!!
Sama-sama kita mengamalkan kawalan kendiri dalam memaruhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selari dengan pembudayaan norma baharu.

#kitajagakita
#staysafe
#stayhealthy



Saturday, September 19, 2020

Hamper Buah-buahan

 





   



 




  

Visual beberapa jenis buah-buahan terpilih dengan kombinasi buah yang berbeza warna dan rasa serta disusun kemas lalu diletakkan di dalam raga atau kotak yang cantik akan melintas depan mata. Hamper buah-buahan ini sangat sinonim dengan sesi ziarah saudara-mara, kawan-kawan atau kenalan yang sakit sama ada di rumah atau yang terlantar di hospital. Pastinya antara buah yang menjadi pilihan adalah seperti buah oren, anggur, pisang, pear dan epal.

Kini pemberian hamper buah-buahan bukan sahaja ketika melawat orang sakit, namun pemberian hamper telah pun meluas diberi ketika hari keluarga, majlis pertunangan atau dibawa sebagai hantaran perkahwinan. Oleh itu gaya persembahan hamper menjadi semakin kreatif dan begitu cantik dipandang.

Selain mudah didapati, buah-buahan juga sangat baik untuk kesihatan. Kandungan vitamin dan garam galian di dalam buah-buahan adalah diperlukan oleh badan. Jadi eloklah dijadikan amalan pemberian hamper buah-buahan sebagai hadiah yang terbaik.



Tuesday, September 15, 2020

Selamat Hari Malaysia16 September 2020

 Alhamdulillah, negaraku harmoni.



Sunday, August 30, 2020

Nikmat dan Ujian

Kehidupan yang kita lalui ada masanya sangat lancar dan ada kalanya berliku-liku. Ada saat bahagia, gembira, tenang, dihargai dan disayangi. Ada masanya kita berasa sedih, kita dimarah dan dihina, kehilangan insan tersayang, diuji dengan kesihatan diri atau ahli keluarga terdekat, dugaan dengan kemiskinan atau pun kekayaan. Semuanya adalah untuk melihat sejauh mana kita mampu mengawal diri dan emosi dalam menghadapi setiap nikmat dan ujian yang diberikan olehNya. 

Perkara positif atau pun negatif yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau apa pun yang dihadapi, bersyukur dan kembali kepadaNya bukan hanya di waktu kita dalam keadaan susah sahaja. Di kala kita diberi ujian kesenangan, maka ketika itu rasa syukur haruslah lebih menebal kerana dilimpahi nikmatNya. Pada ketika itu jangan kita lupa padaNya. Dalam sekelip mata semua kesenangan mampu sahaja ditarik olehNya. 




Memberi Manfaat


 

Selamat Hari Merdeka Ke-63 Tahun


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-63 Tahun
Malaysia Prihatin.

Alhamdulillhah syukur padaNya. Negara menikmati kemerdekaan, rakyat hidup dalam suasana aman dan tenteram. Berbilang kaum, berlainan agama dan ideologi, berbeza pendapat, kaum dan bangsa serta warna kulit juga berbeza. Rakyat Malaysia hidup bersama dalam suasana harmoni, alhamdulillah. 

Meskipun begitu, haruslah kita merdekakan diri dan negara dari ancaman Covid19. Sama-sama kita prihatin dan kita sayang kita. Semoga kita berjaya memutuskan rangkaian Covid19. Ayuh sama-sama kita merdekakan negara kita, semoga dipermudahkan olehNya, aamiin.


Thursday, August 20, 2020

Nasihat

Dua hari lepas, Sha singgah ke kedai buah. Sha sedang cari pembekal buah sebenarnya. Di kedai buah tu, sempat sembang dengan bos kedai buah tu. Pada masa tu sembang pasal buah naga yang agak cerewet untuk disimpan. Buah naga ni sensitif. Kalau panas sangat, kulitnya akan melecit. Jadi buah tu nampak tak elok. Di kedai tersebut ada buah naga yang diletakkan dalam chiller dan ada yang diletak di rak pada suhu bilik. Buah yang di dalam chiller tu tidak dijual kerana buahnya sudah banyak hari dipetik. Kualitinya kurang sedikit daripada buah yang dipamerkan di rak. Namun ada juga pembeli yang mahu membelinya, kerana harganya lebih murah.

Katanya, "Kalau buah tu kita tau tak elok atau tak boleh jual, jangan jual. Kita tak mau pembeli beli dan makan buah yang tak sedap." 

Sha setuju dengan kata-kata bos kedai buah tersebut. Kita mahu berniaga lama dan menjaga reputasi sebagai penjual buah. Oleh itu kita mestilah bersikap jujur dengan pembeli.


Syukur Selalu

Begitu banyak nikmat yang dikecapi. Dilahirkan dalam Islam dengan mendapat taufik dan hidayah dariNya, rezeki, kehidupan, tubuh badan/pancaindera, akal, akhlak, kesihatan, kebebasan, keluarga yang bahagia, kesenangan hidup, harta dan banyak lagi yang dikurniakan olehNya. Tidak terhitung.

Adakala kita rasakan hidup kita susah, ada lebih ramai orang yang lebih susah dari kita. Ada ketika kita rasakan kita diuji dengan kesihatan yang kurang baik, rupanya ada yang diuji sakit terlantar di hospital.  Perasaan kita yang merasakan kita kekurangan sesuatu, namun jika dilihat dengan teliti, sungguh kita telah diberi yang terbaik olehNya. Persoalannya adakah kita bersyukur dengan pemberianNya?

Allah SWT berfirman dalam Surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud:

"...Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu..."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu kerana yang demikian itu lebih patut bagi kamu supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada kamu." (Riwayat Bukhari)

Nikmat yang tersembunyi atau yang kelihatan, semuanya adalah dari Allah SWT. Oleh itu, sentiasalah ingat kepadaNya. Dengan mengingatiNya, bermakna kita bersyukur kepadaNya. Atas dasar syukur itu, Allah berjanji untuk menambah kebaikan baginya. 

Monday, August 17, 2020

Jangan Tutup Periuk Nasi Sendiri (*bukan sebarang periuk nasi ya)

Kisah 2:

Hari sebelumnya urusniaga belian buah cherry telah dipersetujui di rumah Pemborong A. Peniaga B akan pickup di rumah Pemborong A sekitar waktu tengahari.

Esoknya...

Pemborong A: Puan maaf ya urusan saya di coldroom belum selesai. Saya tak sempat balik rumah.

Peniaga B: Pukul berapa puan jangka akan sampai ke rumah?

Pemborong A: Mungkin lewat..dalam pukul 3 petang.

Peniaga B: Lewat sangat tu. Sy janji nak hantar pada customer sy pukul 2 petang & sebelum office tutup.

10 min kemudian..

Pemborong A: Puan boleh share location dan alamat, saya nak hantar buah cherry

Peniaga B: Boleh 

Pemborong A: Okay puan, saya dah check dengan Lalamove mereka boleh hantar. So nnti puan bank in pada saya total order

Selepas pemandu Lalamove menghantar buah cherry kepada Peniaga B, dimaklumkan servis penghantaran telah dibayar. Peniaga B pun membuat transaksi online banking ke akaun Pemborong A.

Pemborong A: Eh..kenapa rmxxx sahaja. Puan kos delivery Lalamove tu saya dah bayarkan dulu. Boleh tak puan buat bayaran rmxx untuk cas penghantaran Lalamove

Peniaga B: Description: 😲(Kenapa saya kena bear the cost sedangkan awak yang tak dapat tepati janji)

Moral of the story: Tepati janji semasa berurusniaga. Usah menukar keputusan yang dipersetujui last minute. Pembeli yang mendapati penjual memudahkan urusniaga akan lebih lama menjalankan urusniaga pada masa akan datang. Mereka akan repeat order berkali-kali. Namun jika penjual kurang bijak menguruskan urusan niaga, maka cukuplah sekali 

https://www.facebook.com/sha.hashim.7/posts/3477312658955122


Jangan Tutup Periuk Nasi Sendiri (*bukan sebarang periuk nasi ya)

Pemborong A: Sorry la anggur tu saiz besar jadi akak pack 450gram? 

Peniaga B:  Saya dah iklankan 1 pack 500gram. Macam mana ni.. kalau 450gram means 1 katon 4.5kg. Yang sebelum ni 5kg 1 katon kan..Kalau macam tu 1 katon boleh dapat 11 pack tak?

Pemborong A: Boleh. Harga pun lain. Harga sebelum ni rm68 1 katon dah jadi rm78 1 katon.

Peniaga B:  Jap ya kak saya check dengan customer yang dah order dengan saya, okey ke dengan packaging baru & harga baru.

Pemborong A: Okey

10 minit kemudian...

Peniaga B: Kak maaf la customer saya tak jadi ambil. Mereka cancel order. So 2 katon anggur yg saya order dengan akak tu pun cancel ya.

Pemborong A:  

Moral of the story: Kita tak tau apa kesulitan orang. Boleh jadi modal yang dia ada cukup untuk harga yang dipersetujui pada awal urusniaga. Bila last minit tukar packaging, naikkan harga sudah pasti akan ada rasa tidak puas hati. Daripada orang nak membeli dengan kita, terus orang tak jadi membeli dengan kita. Bila kita mudahkan urusan orang lain, insya Allah urusan kita juga dipermudahkan olehNya.


Kongsi Rezeki

Peniaga A ada 30kg buah naga untuk dijual. Mulanya rasa ragu juga boleh ke jual ni. Ada ke yang nak beli?

Teringat kawannya suka makan buah naga. Whatsapp kawan, alhamdulillah kawan order rm20 buah naga. Then bermulalah episod whatsapp kawan-kawan yg berpotensi nak beli. Alhamdulillah, ada yang order 6 biji, 2 biji, 4 biji. Masa hantar tu baki buah naga masih ada. Tanpa putus asa, Peniaga A call seorang rakan yang bekerja di bangunan yang sama.

"Kak G nak buah naga tak? Sebiji rm5 saiz XL?"

"Kak G nak 2 biji."

Masa Kak G turun di lobby, ada Peniaga B yang bawa nenas & sayuran jual kat situ. Peniaga B nampak buah naga, "Berapa sebiji?"

Peniaga A: Sebiji rm5 puan.

Peniaga B: Saya nak la 2 biji.

Begitulah keadaannya malah Peniaga B siap maklumkan kepada pembeli yang beli sayur & buah nenas darinya untuk beli buah naga dari Peniaga A.

Akhirnya 30kg buah naga Peniaga A habis. Peniaga B malah tawarkan kepada Peniaga A untuk supply buah naga di tempat niaganya.

Moral of the story: Allah dah susun rezeki hambaNya dengan cantik. Asalkan kita berusaha dan tidak putus asa, bantuan Allah tiba tepat pada masanya. Syukuri segala nikmatNya.



 https://www.facebook.com/sha.hashim.7/posts/3476463045706750


Friday, August 14, 2020

Selamat Berhujung Minggu

Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan Allah swt. Dipermudahkan segala urusan dan perjalanan. Diteguhkan silaturahim sesama kita. Dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dariNya, aamiin

#syukurselalu

#happyweekend



Wednesday, August 12, 2020

Bukan Senang Hendak Senang

Pelbagai usaha dan tindakan perlu dilakukan untuk berjaya. Bak kata pepatah, 

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Begitu juga dengan menjalankan  perniagaan. Memulakan perniagaan itu mudah namun untuk mengekalkan sesuatu perniagaan bukanlah perkara mudah. 

1. Pemasaran secara konsisten

2. Jaga pelanggan sedia ada

3. Asingkan duit bisnes dan duit peribadi

4. Letak sasaran dan buat jadual gerak kerja

5. Ambil risiko yang mampu diserap

Mulakan tindakan bagi memastikan bisnes yang dimulakan dengan susah payah mampu bertahan dan memberikan pulangan yang memberansangkan, insya Allah.


Sunday, August 9, 2020

Berniaga Buah

Sekitar tahun 2014 dah ada niat berniaga buah. Ketika itu masih berkhidmat di sektor awam. Niat tu timbul bila seorang pelajar kepada bos Sha datang dan hantar buah mangga harum manis. Katanya buah dari kebun milik ayahnya. Sha teruja sebab bayangkan bila tiba musim mangga harum manis, sudah pasti rezeki yang masuk melimpah-ruah disebabkan permintaan buah tersebut tinggi. Dalam hati tu siap berkata-kata, "Bagusnya kalau Sha ada kebun buah. Seronoknya dapat berniaga buah."

Setakat itu sahaja kerana pada ketika itu, Sha sedang berkhidmat dan mempunyai tugasan hakiki yang dibayar secara bulanan. Komitmen itu membataskan Sha untuk bergerak aktif dalam bidang perniagaan. 

Dua bulan selepas Sha bersara pilihan, siapa sangka pada tahun 2020 Sha bertemu dengan syarikat Frutis.my yang produk utamanya adalah buah. Pada ketika itu Frutis.my baru sahaja ditubuhkan pada 9 Mac 2020, hari pertama Frutis.my beroperasi dan Sha juga bermula pada tarikh yang sama. Sha berminat menyertai Frutis.my kerana syarikat ini adalah satu-satunya syarikat yang menjual buah menggunakan Sistem Agen. Bermula dengan All About Fruits dan tagline terkini Fresh & Healthy Fruits membawa Frutis.my berkembang sehingga kini. Bermacam-macam perkara baik, kesukaran dan cabaran yang dilalui. Pengalaman yang sangat menarik. Alhamdulillah 😍



This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim