Thursday, December 30, 2021
365 Hari
Sunday, December 5, 2021
26 Days To Go!
Wednesday, October 20, 2021
Warna-warni Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Sunday, October 3, 2021
Buah-buahan Dalam Diet Harian
Ahamdulillah, negara kita kaya dengan sumber buah-buahan tempatan dan juga buah import. Pengambilan buah-buahan penting sebagai sumber vitamin, mineral dan serat untuk badan. Bagi anak-anak yang tidak suka makan sayur-sayuran, maka pengambilan buah-buahan perlu sebagai altenatif sumber vitamin, mineral dan serat. Pengambilan buah-buahan ini juga boleh meningkatkan sistem imun badan.
Buah-buahan mudah dimakan begitu sahaja atau dikisar menjadi jus. Ada juga yang membuat puding buah-buahan, aiskrim, buah kering, jeruk dan lain-lain menu berasaskan buah-buahan mengikut kreativiti masing-masing.
Oleh itu, jom makan buah segar.
Sumber: Buah-buahan dan Sayur-sayuran, Kenapa Perlu?
#sisjualbuahsegar
Monday, September 20, 2021
Jual Buah Segar
Hari ini 20 September 2021, hari pertama memulakan kembali bisnes jual buah segar. Alhamdulillah, sokongan kawan-kawan sangat Sha hargai. Syukur juga padaNya kerana menyusun rezeki sedemikian rupa untuk hambaMu ini.
Bermula Jun 2021 berhenti sekejap berniaga buah segar dek kerana PKP yang dilaksanakan. Tiga bulan juga tempohnya Sha berehat di rumah. Bukan tidak boleh mohon surat MITI atau mohon kebenaran PDRM untuk rentas daerah bagi tujuan menghantar buah kepada pembeli, tetapi disebabkan oleh peningkatan kes saban hari. Rasa takut juga. Jadi itulah puncanya Sha berehat sebentar.
Friday, September 17, 2021
Kerja Kayu
Thursday, September 16, 2021
Monday, September 6, 2021
Ikan Keli
Sunday, September 5, 2021
Hobi
Setiap orang pasti mempunyai hobi yang tersendiri. Apabila disebut hobi, perkara yang melintas di kotak minda adalah aktiviti yang kita suka dan dilakukan pada masa lapang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hobi ialah kegemaran yg diamalkan pd waktu lapang dan bukan pekerjaan yg utama seperti mengumpul setem, bermain alat muzik, dan lain-lain.
Kini, hobi bukan sahaja dapat mengisi masa lapang malah hobi ini boleh menjana sumber pendapatan. Contohnya seorang pekebun. Minat bercucuk tanam sama ada pokok buah-buahan, sayur-sayuran atau pun menanam pokok bonsai boleh dijalankan di rumah dan menghasilkan sumber pendapatan.
Bagaimana caranya? Pernah lihat penjual biji benih sayur-sayuran atau penjual anak pokok? Pernah lihat peminat pokok bonsai mengiklankan pokok bonsai untuk dijual? Ya itulah caranya sumber pendapatan dijana daripada hobi yang dilakukan hanya di rumah.
Jom fikirkan hobi yang mampu memberi sumber pendapatan kepada kita. Selamat maju jaya.
Wednesday, January 13, 2021
Throwback 25/12/2020
Pagi tadi beli longan 18kg. Dah sampai rumah bukak plastik longan tu..bahagian atas ada daun..ya daun pokok longan tu 😁
'Daun ni untuk lembabkan buah longan kot. So buah tak cepat kering.'
So Sha pun keluarkan daun tu semua dan letak sebelah. Kiranya nak buang la tu. Lepas tu Sha mula la timbang longan tu sekilo-sekilo dan masukkan dalam plastik. Gambar yang sebelah kiri tu 😁. Lepas timbang semua, dapat 18kg lebih sikit dalam 200gram. Okey la tu 😍.
Rasa happy and syukur dapat buah longan yang cantik dan tak rosak. Share di group whatsapp. Sekali ada seller lain tanya, "Yg ada daun tu da takde ke?" Sha pun bagi tau dah keluarkan dan buang daun tu. Then seller tu kata, "Ooo..daun tu penyeri..lepas timbang baru cantum balik daun tu😅."
Hah! Serius ke.. tu fungsi daun yang supplier bagi percuma tu. Sha tak terfikir pasal 'penyeri' ni.
Seller: Cuba tgk ni...menarik bukaaaannnn?(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3912302562122794&id=100000292672356 😅)
Sha: ooo itu ke gunanya daun yg diletak sekali dalam bakul tu...aiseyyy sy dah pun buang daunnya.. ala...
Tokey Buah: Ni la function dia. (share picture sama dengan seller)
Seller: Aah..daun tu penyeri...ala2 petik belakang umah gitewww...tp timbang dulu siap2 baru letak susuk tu..eh daun😂
Ala...daun tu Sha dah buang, acanner tu? 🙊🙈