Kepada kawan-kawan yang mungkin tiba-tiba diberi tanggungjawab sebagai MC untuk majlis perpisahan, boleh la rujuk kepada teks yang Sha gunakan sebelum ini. Dan teks ini sha rujuk dari Contoh Teks MC
Ada ruang yang Sha putihkan, jadi masukkan nama-nama yang berkenaan ya. Semoga ini membantu ya..
@}-;--- @}-;---
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA…
YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF, DEKAN FSTM
YANG BERBAHAGIA TIMBALAN-TIMBALAN DEKAN, KETUA-KETUA JABATAN
YANG DIKASIHI, CIK SITI IMA MUNIRAH, RAKAN YANG DIRAIKAN.
YANG DIHORMATI
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIRAHMATI ALLAH SENTIASA
BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE JAMUAN PERPISAHAN DAN PERPINDAHAN CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD YANG DITUKARKAN KE PEJABAT PENDAFTAR BERKUATKUASA PADA 22 APRIL 2013 BARU-BARU INI.
..ALHAMDULILLAH DAPAT KITA BERTEMU LAGI PADA MAJLIS YANG CUKUP BERMAKNA.
KUNING EMAS MASAKNYA PADI
MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH ENCIK RUZAINI TAMIN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN
AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA ENCIK RUZAINI TAMIN ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
UCAPAN DEKAN
BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA
SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN. MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR. MOHD YAZID ABDUL MANAF
UCAPAN CIK IMA, (YANG DIRAIKAN)
SUDAH BIASA KITA DENGARI
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI
NAMUN TAK SAMA DENGAN YANG INI
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.
SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA CIK SITI IMA ATAS UCAPAN ITU TADI.
BANYAK DURI PERKARA DURI
TIDAK SAMA DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI PERKARA BUDI
TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG
MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.
MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA PROF. DR MOHD YAZID ABDUL MANAF UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA BUAT KENANG-KENANGAN KEPADA CIK SITI IMA. DIPERSILAKAN
KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN
DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN
TAK TERBALAS BUDIMU TUAN
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK CIK SITI IMA MUNIRAH AHMAD.
PASTINYA KAMI WARGA FSTM TIDAK AKAN LUPA DENGAN CIK IMA. BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA DAN SEMANGAT KERJA SERTA KOMITMEN YANG CEMERLANG SEPANJANG BERADA DI SINI..
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA PROF. DR. MOHD YAZID ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ITU TADI.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DI HATI
MAAF ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.
PADA CIK IMA YANG AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA DI FSTM
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT YANG BARU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS PADA PAGI INI
DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI
UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
JAMUAN MAKAN
KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.
UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.
SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…