Sha dapat kata-kata di atas daripada Ustazah Asni semasa prmo program Al-Hidayah. Ya Sha setuju dengan kat-kata Ustazah Asni tu.
Pada pandangan Sha, bila menerima teguran, nasihat atau komen dari orang lain maksudnya orang itu mengambil berat akan diri kita serta sayangkan kita. Ianya sebagai satu cara untuk menyedarkan kita jika ada kekhilafan diri.

Kalau orang tak sayang kita dan tak peduli pada kita, lantak pi lah apa kita nak buat. Malas la nak tegur. Betapa ruginya kita bila orang sudah berpaling dari kita. Tiada lagi teguran yang mengiringi kita saban hari.
Apa pun ucaplah alhamdulillah bila ada kawan-kawan memberi teguran atau nasihat. Hargai kata-kata mereka. Ambil kata-kata mereka sebagai panduan (jika berkaitan). Berfikir secara positif. Sila ketepikan rasa curiga, was-was atau buruk sangka pada kata-kata yang diberikan.
Alangkah beruntungnya kita bila mempunyai kawan-kawan yang akan mengatakan sesuatu yang benar walau pun pahit kita terima. Kawan yang baik akan sentiasa berusaha mengingatkan kawan-kawan yang lain ke arah yang lebih baik.
Wallahualam. Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik tu adalah dari kelemahan diri Sha sendiri. Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita.
No comments:
Post a Comment