Pasti ada sebabnya bila sesuatu perkara itu berlaku. Sama ada kerana kesilapan diri sendiri, kekhilafan orang lain atau itu satu cara Allah ingin menunjukkan hikmah yang berlaku di suatu masa nanti.
Hari ini agak terkilan bercampur sedih. Mr. Blackie mengalami kecelakaan. Walau tidak cedera, namun bila berlaku kecederaan pada Cik Myvi rasa sedih juga.
Sha: Maaf saya ingat awak nak jalan tadi. Lagi pun kereta tu jauh lagi.
Cik Myvi: Saya takut nak lintas. Saya sebenarnya mengantuk sebab kerja shif malam.
(Dengan muka blur)
Sha: Oh awak kerja di mana?
(Memerhati Cik Myvi yang berpakaian seragam jururawat)
Cik Myvi: Hospital Serdang
Sha: Tak apa lah. Awak hantar bengkel. Lepas tu nanti claim dari saya semula. Jab saya ambil hp.
(Malas mau kecoh. Kalau ini salah Sha, tak perlu la nak bising-bising kan. Bertanggungjawablah atas apa yang berlaku.)
Selepas ambil no hp semua, baru Sha tengok kat mana Mr Blackie cedera. Alhamdulillah calar sikit je. Tiga nombor plat tanggal. Hihikk W, J & 4. Hmm nanti ganti la.
*******
Petang lepas balik kerja, Cik Myvi call. Katanya kos repair dalam RM500.00. Malas mau cakap banyak, Sha setuju saja walau pun rasa kecederaan Myvi tu sikit saja.
Walau apa pun Sha bersyukur, alhamdulillah tiada kerosakan teruk pada Mr. Blackie.
No comments:
Post a Comment