"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, April 18, 2013

Penangan Kopi & Kasih Sayang Si Ibu Kucing

Kopi..ya black coffee..

Gara-gara kopi kaw di 1 of the fast food outlet di Kinrara, membuatkan mata ini begitu degil melabuhkan tirainya. Namun terlelap juga.

Aik cam mana bleh bangun lak by 3.30 pagi. Pejam celik pejam celik then bangun juga ata 4.30 pagi. Gosok baju, buat sarapan. Masa baru kul 6.00 pagi. Perkara yang tak pernah Sha buat. Cuci kereta pada pukul 6.10 pagi.

:) Ada pulak ibu kucing dgn 2 ekor anaknya sibuk main-main atas jalan. Yang si ibu kucing ni dah gigit anaknya bawa ke tepi jalan. Nak juga si anak ni jalan perlahan-lahan nak duduk tengah jalan. Si ibu kucing ni tahu dan ada perasaan risau juga lihat anak dia lepak baik punya atas jalan. Sha tengok je la gelagat si anak kucing. Comel si ibu dan anak-anaknya. Kucing siam.

Sedang mengelap kereta, jiran-jiran kat hujung tu dah gerak kereta. S anak kucing masih elok lepak atas jalan. si ibu dah menepi bawah kereta. Cepat-cepat Sha ambil anak kucing. Elak berlakunya kemalangan ngeri. Lepas dua kereta jiran tu berlalu pergi, baru la Sha letak semula anak kucing tu. Si ibu kucing terus sahaja meluru ke arah anaknya. Risau agaknya dia melihat anak dia di tangan Sha tadi. 'Baby' sangat lagi anak kucing tu. 

Gambar Hiasan

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim