"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tahun Baru 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Hari ini hari terakhir 2014. Sepanjang 2014, berbagai-bagai kenangan yang menghiasi diari Sha. Alhamdulillah 2014 juga memberikan rezeki yang baik untuk Sha. Syukur padaMU Ya Allah.

     Semoga tahun 2015 akan memberikan sesuatu yang lebih baik dan semua urusan dipermudahkan olehNYA, aamiin.

Saturday, November 15, 2014

Brand New!

     Masih lagi di bulan Muharam 1436H. Alhamdulillah tahun hijrah 1436 ini, Sha diberikan rezeki yang lebih baik olehNya. Syukur. Perubahan kerjaya.
 
     Berubah angin kata orang. Bertugas di tempat baharu dengan kawan-kawan baharu. Skop kerja baharu dengan cabaran baharu. Serba baharu di tahun baharu Muharam 1436. Pengalaman baharu membuatkan Sha teruja di tempat kerja baharu. Ada banyak perkara yang boleh Sha pelajari bukan sahaja daripada rakan sekerja tetapi juga semangat baharu apabila berurusan dengan para pelajar.
 
     Sha...tidak semua orang mempunyai peluang seperti mana yang diperolehi. Jadi hargai dan syukuri apa yang berada dalam gengaman.
 
     Good Luck Sunshine!
 
 

Friday, October 31, 2014

A Short True Story About Teamwork

Hello & Assalamualaikum Fellow Friends,
 
   Quite sometimes this blog is not been updated. Let me share a story about teamwork.
 
   This is a story about a family of 4 people: Every Body, Some Body, Any Body and No Body.
 
   There was an important job to be done, and Every Body was asked to do it. Every Body was sure Some Body would do it.
 
   Any Body could have done it, but No Body did it. Some Body got angry with that, because it was Every Body's job.
 
   Every Body thought Any Body could do it, but No Body realized that Every Body wouldn't do it.
 
   In the end, Every Body blamed Some Body when No Body did what Any Body could have done.
 
 
Moral of the story: To do a task, need contribution of many people. We cannot work alone. All, have the responsibilities to finish the task.
 
 
Source: anonymous

Monday, September 8, 2014

UPSR 2014



Hari ini peperiksaan UPSR bermula. Kepada semua pelajar selamat menduduki peperiksaan UPSR. Selamat menjawab peperiksaan dan semoga berjaya menperoleh 5A.

Hani dan Aina,
Good luck ya, Aunty Sha doakan awak berdua berjaya mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR ini, aamiin.

Monday, September 1, 2014

Lipat-melipat

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua,

   Bab lipat-melipat kain ni kadang-kadang tak terlipat. Kalau dah yang nak dilipat tu banyak sangat kan. Kalau ada mesin yang melipat kain alangkah bagusnya. Nak tau tak macam mana lipat baju dalam masa beberapa saat? 




     Jom saksikan video melipat kain dalam masa 5 saat...klik link di bawah.


   Sha sekadar masukan dua link yang berkaitan. Ada banyak lagi yang bleh dirujuk di youtube. Semoga informasi ini bermanfaat kepada semua, insya-Allah.



Saturday, August 9, 2014

Suatu Masa Dahulu...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
       Oh..bukan. Ni bukan nak cerita kisah Sang Kancil atau kisah hikayat. Ini kisah mengimbas kembali zaman kanak-kanak.
 
       Kisahnya, masa balik sambut Raya Aidilfitri baru-baru ini, Sha sempat bawa bapak pergi pasar beli barang-barang dapur, ikan, ayam, sayur dan lain-lain. Bapak pun bukan sihat sangat. Sakit lutut. Sakit yang biasa menyerang warga emas. Selalunya bapak pergi ke pasar naik motosikal. Bila tengok keadaan bapak tu, rasa risau juga. 
 
     Suatu masa dahulu, bapak ke pasar di Kamunting naik basikal je. As time goes by, upgrade ke motosikal sekitar tahun 1980. Waktu itu motosikal Boon Siew lampu bulat. Sampai sekarang moto tu masih ada. Elok lagi. Bapak seorang yang sangat cermat. Pandai jaga barang-barang dia. Sha masuk sekolah pada tahun 80-an. Jadi biasalah ikut bapak pergi pasar. Waktu itu bapak masih kuat. Sha jadi pembonceng. Sangat seronok ikut bapak pergi pasar. Kalau hari sekolah, bapak akan singgah ke pasar selepas ambil Sha sekitar pukul satu petang.
 
       Jadi bila lihat keadaan bapak tu, sayu rasa. Masa berlalu. Kita semakin tua. Semoga Sha dapat membuat bapak dan juga mak bahagia dan gembira sebelum mereka menutup mata, aamiin.
 
       Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara
1. Sihat sebelum sakit
2. Kaya sebelum miskin
3. Lapang sebelum sempit
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum mati
 
 

    

Tuesday, July 22, 2014

Doakan MH17

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
       Setiap kali berita mengenai tragedi yang berlaku kepada MH17, disiarkan di media massa,  pasti akan melintas rasa sayu di sanubari. Walau pun semua mangsa, bukanlah ahli keluarga mahu pun sahabat handai namun kesedihan tetap menyapa. Bagaikan mencubit paha kanan, paha kiri berasa sakit juga.
 
       Jika kita yang tiada pertalian darah dengan mangsa nahas MH17, tetap terkesan apatah lagi ahli keluarga mangsa, sahabat-sahabat mereka dan sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Pasti mereka lebih-lebih lagi menanggung rasa kehilangan.
 
       Pemergian semua mangsa di bulan Ramadan yang mulia ini, sungguh istimewa. Mudah-mudahan roh mereka berada di kalangan hambaNya yang beriman. Kesemua mangsa telah pergi menemui Yang Maha Pencipta. DariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Redakan pemergian mereka. Kita juga pasti akan menyusul mereka nanti. Cuma masanya sahaja yang belum kita ketahui.
 
Al-Fatihah

Tuesday, July 8, 2014

Demam Piala Dunia

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

       Sha bukanlah peminat fanatik bola. Sekadar melihat dan mengetahui keputusan. 

       Cuma pagi ini sambil sahur sempat melihat aksi di antara Jerman vs Brazil. Macam tidak percaya. Dalam tempoh 25 minit awal itu Jerman telah menyumbat 5 gol ke gawang Brazil. Setahu Sha Brazil adalah pasukan yang kuat dalam arena bola sepak ini. Namun hari ini ternyata Brazil tunduk kepada Jerman dengan 1 berbalas 7. Jauh sungguh ketinggalan. Adakah Brazil hanya mengharapkan 2 tonggak utamanya Nemar & Thiaga Silva. Nampaknya selepas ini Brazil pasti akan bangkit dan menyusun strategi untuk kembali menebus maruah empat tahun lagi.

       Melihat corak permainan Jerman yang tenang sahaja. Mereka ternyata bijak  mengatur strategi dalam membuat serangan dan mempertahankan gawang mereka. Penjaga gol Jerman, Neuer bijak membaca gerakan pemain Brazil di pintu gol.



       Buku manakah yang akan bertemu ruas? Argentina atau Belanda yang akan mara ke Piala Dunia untuk bertemu Jerman.

Wednesday, July 2, 2014

Ramadan 2014

     Alhamdulillah sempat berpuasa dan berbuka di kampung bersama kedua-dua orang tua. Bapak dan emak nampaknya sangat gembira bila anak-anak ada bersama di bulan Ramadan. Makan pun bertambah, berselera mereka.
 
     Sha dan adik-adik ambil cuti sebab nak sambut puasa di kampung. Memang itulah yang kami adik-beradik akan buat setiap tahun. Berpuasa di kampung lebih seronok. Yang pasti emak dan bapak akan sediakan menu makanan yang penuh dari hujung meja ke hujung meja. Meriah. Alhamdulillah rezeki yang diberikan olehNya.
 
   Paling seronok bila hari Sabtu tu sampai, kami tiga beradik menikmati durian. Puas makan. Esoknya tu puasa. Petang tu anak buah bapak bagi lagi durian. Syukur rezeki kami adik beradik dengan emak. Hihikk... bapak tak makan durian. Tapi yang best tu even bapak tak makan durian, tapi bapak sanggup belikan dan tolong kopek durian tu.
 
   Seronok sungguh berada di bulan Ramadan. Bulan yang benuh keberkatan. Ya Allah berilah kesempatan kepadaku untuk bertemu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, aamiin.

Thursday, June 26, 2014

Ramadhan Yang Mubarak

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera Semua,

       Alhamdulillah dalam masa dua hari lagi Ramadhan akan tiba. Sudah setahun Ramadhan pergi dan kini datang kembali. Begitulah putaran masa. Terus berlalu tanpa menunggu sesiapa.

     Syukur masih punya usia yang diberikan olehNya. Mudah-mudahan sempat bersama-sama menyambut dan beramal di bulan Ramadhan ini. Banyak sungguh nikmat dariNya yang terkandung di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga amalan kita diterima olehNya dan mendapat keampunan dariNya.

         Marilah sama-sama kita bermaaf-maafan andai ada tersalah kata, tersalah laku,  yang sengaja atau tidak disengajakan. Sha juga mohon maaf zahir dan batin.

    



Friday, May 30, 2014

Etiket di Meja Makan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,
 
   Dah lama juga Sha tak kongsikan maklumat berkaitan etiket ni. Jika di awal-awal penulisan blog Sha dulu, ada banyak juga maklumat berkaitan etiket di meja makan serta peralatan yang terlibat di meja makan, terutamanya jika sajian makanan bertemakan makanan Barat.
 
   Jika kita dijemput ke majlis makan malam contohnya, Sha percaya ramai juga yang keliru akan kedudukan dan susunan peralatan serta menu yang disediakan untuk kita. Mana satu air dan roti yang patut kita ambil. Jangan kita tersalah ambil air orang lain atau roti orang lain pula. Jika kita tidak pasti, lebih baik kita jangan mulakan. Tunggu orang di sebelah atau orang di meja kita mulakan dahulu.
 
   Di sini Sha nak kongsikan tipsnya:
 
LEFT (empat abjad)
 
SIDE Plate - biasanya diletakkan roti dan butter.
FORK
 
RIGHT (lima abjad)
 
WATER
SPOON
KNIFE
 
CENTRE (enam abjad)

NAPKIN  
MAIN COURSE

Satu lagi tips yang mungkin boleh membantu kita ingat kedudukan air, menu dan peralatan yang digunakan di atas meja.
 
   Ingat BMW

Bread
Menu
Water


    Banyak lagi sebenarnya etiket semasa di meja makan ni. Insya-Allah Sha akan kongsikan lagi di lain kali.


p.s Terima kasih Puan Raihan yang berkongsi info ini.

Friday, April 25, 2014

ShaKirana

Membekal baju kurung siap, kain pasang dan

juga tudung secara online.

  
ShaKirana merupakan peruncit fesyen atas talian di Malaysia. Sebagai pembekal baju kurung siap (kurung pahang/ kurung moden/ kurung pesak), kain pasang/ kain ela, tudung dan lain-lain dengan reka bentuk yang pelbagai berdasarkan trend dan gaya terkini, semua produk di laman web ShaKirana adalah stok tersedia! Oleh itu, semua pesanan akan dipos serta-merta pada hari yang sama atau hari bekerja berikutnya apabila bayaran telah diterima. Tiada penghantaran pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum.

Jemput singgah. Untuk melihat pilihan yang tersedia boleh kunjungi di sini dan membuat tempahan : ShaKirana atau email: shahashim@yahoo.com
 
 Antara koleksi yang terdapat di sana:




Monday, April 7, 2014

Meow



   Hari ini hampr lewat ke tempat kerja..gara-gara si meow. Buka sahaja pintu sliding dah meluru si comel beramai-ramai masuk. Lapar ya..so Sha letak dulu cat food untuk si meow tu semua...elok Sha nak kunci sliding door, dah masuk pula 2 ekor si meow ni..nak kena keluarkan dulu. Tengok kat luar tak ada seekor. Rupanya si putih tu duduk kat tempat favourite dia, belakang rak kasut suka kat situ sebab ada langsir ya..

Dah berjaya keluarkan semua baru boleh pergi dengan aman. Buatnya terkunci kat dalam rumah..ha sudah..kalau pandai membuang di tandas tak apa... 

Aduhai si meow..

Photo: Mana sekor lagi...ooo datang lambat
Gambar terdahulu -Ahad 6/6/2014


Wednesday, March 12, 2014

Kehilangan MH370

   Sedih. Walaupun tiada ahli keluarga Sha yang terlbat namun tetap terasa. Bak kata pepatah, cubit paha kiri paha kanan turut terasa.
 
  Misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab. Pelbagai spekulasi atau andaian yang dibuat. Kita yang mendengar/ melihat terasa berat/ sedih, apatah lagi ahli keluarga penumpang dan krew penerbangan yang terlibat. Hanya doa yang mampu dikirim. Mudah-mudahan meringankan sedikit rasa kehilangan tersebut.
 
   Ya Allah selamatkanlah mereka semua. Jauhkanlah mereka daripada perkara-perkara kurang baik. Semoga mereka semua dalam rahmat dan lindunganMu sentiasa, aamiin.

Monday, March 10, 2014

Signal Left & Right

  Lampu isyarat, ya lampu isyarat kiri dan kanan. Apa pentingnya lampu isyarat ni? Memberitahu pengguna jalan raya yang lain ke mana arah tujuan kita. Susah sangat ke nak pasang lampu isyarat kiri dan kanan jika nak belok ke kiri atau ke kanan?
 
   "Kereta mahal tapi lampu isyarat kiri dan kanan rosak rupanya."
 
   Adakalanya nyaris berlanggar, gara-gara kereta atau motosikal beri isyarat mahu membelok ke kiri tapi dia belok kanan.
 
   "Kiri dan kanan pun tak boleh nak bezakan ker?"
 
  Bila berlaku hal seperti di atas, for sure Sha akan membebel dalam kenderaan. Membebel sendiri untuk menyedapkan hati. Geram tu tak usah cakap. Nak marah ada juga. Cuma kena sabar dan lebih berhati-hati. Itu sahaja caranya.
 
   Sha, be careful dear. Safety first.  

Friday, March 7, 2014

Berbelanja @ Menyimpan

   Kalau mengikut teori kewangan, (kursus yang pernah Sha ikuti) bila dapat gaji atau pendapatan, perkara pertama yang mesti dibuat ialah menabung sebanyak 10% daripada pendapatan. Bakinya bolehlah digunakan untuk perbelanjaan harian, bayar hutang/ pinjaman (jika ada).
 
   Sha punya corak perbelanjaan dan penyimpanan sedikit berbeza. Sha buat serentak. Macam mana tu? Okay Sha kongsikan di sini. Ilmu yang diperolehi dari satu kursus kewangan yang pernah Sha hadiri. Moga memberi manfaat, in sha Allah.
 
   Sha berbelanja seperti biasa. Makanan, bayar bil, petrol, perbelanjaan diri dan macam-macam lagi. Perangai Sha suka simpan RM5 dan RM1. Ya yang notes warna hijau dan biru masing-masing tu. Dapat je notes hijau atau biru, Sha masuk dalam tabung. Satu lagi, duit syiling pun simpan dalam tabung. Jadinya dalam purse tak ada notes RM5, RM1 dan syiling. Hujung bulan jumlahnya mencecah RM200 juga. Jadi semasa orang lain sibuk berbelanja, Sha pulak pegi ke bank simpan duit.
 
   Boleh ke tukar notes lain? Jawapan Sha: boleh. Kalau nak simpan RM10 (merah) dan RM20 (jingga) boleh saja. Depend pada individu.  
 
   Adakala bila waktu kecemasan, Sha ada notes hijau dan biru yang dapat membantu. So kawan-kawan jangan lupa menabung untuk masa hadapan. 
 
 
 

Sunday, March 2, 2014

Perjalanan

   2014 sudah sampai ke bulan Mac. Masa berputar tanpa henti. Perjalanan hidup kita juga seperti itu. Hidup kita diwarnai dengan pelbagai warna kehidupan. 

  Ada masanya berwarna warni bak pelangi. Di kala itu kita bersyukur, bergembira, senang hati, lega, hati berbunga-bunga, ceria sahaja dengan fikiran yang positif. Senyum bak mentari.

   Ada masanya warnanya suram, malap, kelam atau mungkin sahaja gelap gelita. Di saat itu kita mungkin sedang bersedih, dilanda masalah, kehilangan, kecewa, geram, sakit hati dan berfikiran negatif.

   Sha percaya untuk memiliki warna-warna pelangi sepanjang kehidupan kita adalah tidak mustahil. Namun sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada cabaran dan dugaan. Semua itu menjadikan kita lebih bersedia menghadapi hari-hari mendatang. Buat kita lebih bersemangat. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Itu yang terbaik.


"Gembira dan sedih ada di mana-mana. Pilihan di tangan kita sendiri. Maka pilihlah gembira."

Friday, February 28, 2014

Buat Saya Ketawa

   Bila ketawa maksudnya sukalah kan. Tak juga, ada kala kita boleh ketawa bila melihatkan sikap segelintir orang yang suka membawa berita tidak benar ni. Sikap orang cerdik yang tak berapa cerdik. Senang cerita sebarkan fitnahlah maksud Sha. Sah-sah berita tu tak benar. Tak tahu berita sebenar, tak nak tanya.
 
   Tak apalah kalau awak suka sangat membunuh silalah buat cerita. Sha tahu berita itu tak benar. Bila baca memang buat Sha gelak. Hai dari manalah dia dapat berita tu. Rasanya bahasa yang digunakan, Bahasa Melayu. Sha pun tak faham macam mana ada sesetengah orang boleh salah faham juga. Kalau tak faham atau tak jelas, cuba bertanya semula agar tiada salah faham. Haissh!
 

 
 
  
 

My Philosophy Day!

   Manusia cepat sekali membuat penilaian terhadap orang lain. Mereka tidak membaca between the line untuk menghakimi orang lain. Mereka hanya membuat penilaian berdasarkan emosi. Di sini akal fikiran ditolak ke tepi. Siapakah mereka yang mahu mengadili manusia lain?
 
   Adakalanya menjadi jujur dan ikhlas mengundang emosi menggelegak. Namun lebih baik menjadi jujur dan ikhlas. Yang peliknya, orang yang jauh dari sikap jujur dan ikhlas sentiasa dipandang baik. Benarlah menjadi baik bukan senang dan menjadi kurang baik bukanlah sukar. (Hari falsafah Sha).
 
   Berkata benar itu lebih pahit, tapi berkatalah benar walau sepahit mana pun.
 
 

Monday, February 24, 2014

Hal Yang Menarik

Guru

  • Kerjaya yang tak pernah Sha fikir akan buat
  • Since lepas SPM, Mak nak sangat Sha jadi guru. Pernah attended sekali ujian masuk maktab. Huhu dukacita.
  • Alhamdulillah, rezeki dariNya.

 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia baik untuk kamu (Al Baqarah 216)

Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak ( An Nisa 19)

    
  Namun adakalanya perkara yang kita tidak suka, perkara itulah yang akan hadir dalam hidup kita. Perkara yang kita suka, tidak  kita kecapi, pun ada juga kan. Yakinlah perancangan Allah itulah yang terbaik. Bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.

   Guru, menjadi seorang pendidik seronok sebenarnya. Apabila melihat kejayaan anak didik. Apabila melihat mereka berjaya dalam hidup mereka. Paling Sha suka semasa proses pembelajaran itu berlaku. Ketika itu kita belajar memahami karektor anak-anak didik. Ada yang masa pertama kali sangat pendiam, tapi kini sudah mampu berkongsi cerita yang berlaku pada dirinya di sekolah. Ada yang tak boleh berhenti bercakap. Ada yang sangat mendengar kata, mudah diajar.



Sunday, February 23, 2014

Aiskrim

 23 Februari 2014

   Dengan keadaan cuaca yang panas terik dapat makan aiskrim best sangat. Sha sebenarnya pantang makan aiskrim. Nanti sakit tekak. Lepas tu batuk. Aduk manja sangat tekak ni. Jadi untuk kebaikan sendiri, jangan makan aiskrim.

   Yang dilarang itu godaan, bak kata seorang kawan. Baru sahaja semalam berfikir-fikir nak makan aiskirim. Alhamdulillah, hari ini my younger sister datang rumah bawa aiskrim coklat. Terima kasih ya Allah.

Gambar hiasan. Terima kasih Encik Google


Sunday, February 16, 2014

Comel Sangat






Dua ekor ni namanya Tiger & Teddy. Yang putih tu Teddy :)

Thursday, February 13, 2014

Masa Oh Masa

   Putaran masa berlalu tiada terhenti mahu pun dapat ditahan. 2014 sudah pun berada di pertengahan Februari. Sha seperti mengabaikan blog ini kerana kesibukan semasa.

   Tahun ini masa sedikit terhad. Kerja hakiki ditambah dengan minat baru sebagai pengajar. Nampaknya impian bonda yang mahu melihat Sha sebagai pendidik tercapai juga walau pun bukanlah secara langsung Sha bergelar guru. Sha berdoa agar usaha Sha yang sedikit itu memberi manfaat kepada anak-anak didik yang mengharapkan bantuan. Kepada parents yang memberikan kepercayaan, terima kasih.

   Berbalik kepada kesibukan diri, nampaknya minat yang satu ini tertangguh seketika. Terpaksa mencuri-curi waktu yang ada untuk menulis. Karya Kasihmu masih tertangguh. Entah bilalah akan tiba noktah dan perkataan TAMAT dapat ditaip penuh lega. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. Aamiin...

Sedang menyiapkan manuskrip penuh. Doakan ya...

Masih lagi baharu...nantikan kisah seterusnya :)

Bagaimanakah kisah seterusnya? Masih dalam pembikinan..



Sunday, February 2, 2014

Perjalanan Lancar

   Alhamdulillah pagi ni perjalanan ke pejabat sangat lancar gara-gara hari ini gantian untuk cuti Hari Wilayah. 

   Dah nak sampai pejabat, rasa macam nak menjerit je tengok seekor kucing warna oren melintas. Hampir-hampir digilir dengan kereta di depan Sha. Rasanya macam hidung kucing tu kena kot tayar kereta. Mungkin sebab umur kucing tu panjang, kucing tu boleh patah balik. Bila Sha berselisih dengan kucing tu, nampak kucing tu macam trauma, dipandang je kereta Sha lalu. Mesti jantung kucing tu kerja keras pagi ni. Ya Allah Engkau jauhkanlah kucing oren tadi dari perkara-perkara buruk, aamiin.

   Lebih kurang macam ni la warna kucing tu. Comel kan.
Gambar Hiasan  



Saturday, January 18, 2014

Januari 2014

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan olehNya menghirup udara dan menikmati anugerahNya yang tak terhingga banyaknya. Syukur sepanjang tahun ini semuanya seperti mudah sahaja.
 
2014 yang baru sahaja menjengah, sudah 18 hari berlalu. Semoga hari-hari yang akan datang penuh dengan perkara yang terbaik, aamin.
 
Mudah-mudahan tahun 2014 lebih baik daripada tahun 2013, in sha Allah.
 
 

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H



Salam Maulidur Rasul 1435H/2014M. Tema tahun ini Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.
 

 


Alhamdulillah cuti umum. Sha ada kelas. Lepas kelas terus ke komuter Serdang menghala ke Bank Negara. Tujuan utama nak ke kedai buku. Alhamdulillah buku yang dicari tu separuh je jumpa. Ada lagi yang belum keluar. Kata pemilik kedai tu, lepas Chinese New Year baru keluar. Ok lah gitu. Sabar ya Sha.

Adeh semalam adalah Commuter Day! Mana taknya boleh pulak tercicir kunci kereta di stesyen komuter Bank Negara. Masa sedar tu dah sampai ke stesyen Kuala Lumpur. So nak tak nak Sha balik ke stesen Serdang beli lagi satu tiket ke Bank Negara. Nasib baik la ada orang jumpa kunci tu dan serahkan pada penjaga kat situ. Alhamdulillah.

Hari ni baru terfikir. Kenapa Sha tak turun je di stesyen KL dan patah balik ke stesyen Bank Negara. At least tak ambil masa lama and tak bazirkan RM..hihikk takut punya pasal la sebabnya Sha sanggup turun di Stesyen Serdang dan patah balik ke Stesyen Bank Negara. Adeh bikin pusing saja.

Moral of the story: Keep your keys safely.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim