"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, September 30, 2012

Bertemu Jua Akhirnya

Sudah beberapa kali Sha bertemu dengan seorang staf yang kemas orangnya, gaya rambut yang menarik, berkaca mata, tinggi lampai serta ada aura/karisma yang membuatkan Sha suka perhatikan dia. Biasanya akan terjumpa dia di kursus/latihan. Sebelum ni dah dapat nama dia. Cuma tak pernah terfikir untuk mencari siapa dia.

Hari ini sewaktu keluar dari bilik rawatan pergigian, Sha tersenyum sendiri. Rupanya dia yang Sha cari berada di pusat rawatan gigi. Dia merupakan salah seorang doctor gigi di sini.

Karakter biasa yang terdapat pada seorang doctor ialah percakapan yang sopan, penggunaan bahasa yang baik, sikap yang tenang serta pandai menenangkan pesakit.

Hari ini Sha tersenyum sendiri.

Kinokuniya

Pernah dengar kan..di KLCC.

Hari ni seorang rakan maklumkan beliau ke Kinokuniya..sebaik berada di sana beliau teringatkan Sha. Eh kenapa pulak??

Katanya Sha yang memperkenalkan Kinokuniya. Terharu jadinya. Apa pun alhamdulillah semoga usaha Sha tu mendapat kebaikan dan memberi manfaat kepada beliau. Lebih terharu bila beliau mengatakan sebelum ini beliau tidak suka membaca. Minat membaca mula bercambah bila di kalangan kawan-kawan beliau tidak mampu mengeluarkan hujah. Jadi setiap kali berkumpul dengan kawan-kawan, beliau banyak berdiam diri.

Membaca jambatan ilmu..teruskan membaca untuk meperolehi maklumat berguna.

Saturday, September 29, 2012

OK Ke??

Dr. dah advice tuk buat minor surgery buang gigi tu..hmm ngeri je bunyi surgery tu..
 
Baru bercakap dengan kawan yang adiknya pernah buat operation tu...katanya patient memang tak sedar langsung. Bila sedar jadi loya kesan ubat bius yang digunakan. Dr. beri MC 2 minggu...serius ngeri..
 
Sha have u make up you mind?

Hadapi Dengan Senyuman

Hari ke-2 dilanda sakit gigi, gara-gara gigi bongsu yang tumbuh tidak mengikut susunan. Masa makan pun sakit bila gigi berlaga. Apapun Sha bersyukur diberi sakit yang sedikit ini.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).
 
Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).
 
Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).
 
Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif. Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. InsyaAllah, kita pasti cepat sembuh.
 
 

Friday, September 28, 2012

Spy Mode!

Watching Bourne Ultimatum..

..quite sometimes I left this interesting habit..being a spy by watching an action spy movies..

what happen?? bz with what??

life is full of fantastic colours..living with what you enjoy the most!

McGyver things..aha..

Thursday, September 27, 2012

Cinta Itu...?

seperti apa ya..ada macam-macam tafsiran cinta..lebih mudah jika digambarkan seperti di bawah:






















































































nak lebih banyak design yang cantik sila layari http://imfieyzan.blogspot.com/

Tuesday, September 25, 2012

Benarkah?

Satu jam saja ku telah bisa
Cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Perlu waktuku seumur hidup

Satu jam saja ku telah bisa
Sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu
Perlu waktuku seumur hidup

Petikan: Saat Terakhir - ST12

I'm With Everyone..

But You!

Meaning?

i'm looking everywhere for you.....yet I can't find you anywhere

Memori Indah

Hari ni ditugaskan untuk menjaga meja pendaftaran bagi aktiviti pencalonan majlis MPP.. senang citer student election.
 
Macam-macam ragam, lagak, kerenah, gaya, dressing..rindu semua tu...waktu itu mode: penyiasat
 
Mahu jadi student semula..tengahari tadi baru je cakap dengan ofismate..planning mau sambung master..bilakah agaknya..

Sunday, September 23, 2012

Roti Arab Homemade

Tetiba ari ni terasa nak makan roti arab..hmm buat sendiri ya..homemade gitu.

Adunan dah pun siap tadi..so nak perap selama 1 jam..by 6.30 nanti kita tengok apa hasilnya. Jadi ke tak jadi.. :)
 
Tadaaaa....ni hasilnya..rasa pun sedap. Sha makan gitu je, tak sempat nak cicah kari ke apa..resepi  ni boleh juga kalau nak buat cam donut..mandikan dalam serbuk gula..jadi la donut..buat burger malaysia pun boleh gak resepi ni..



Di sini Sha berikan resipinya..senang je..

Roti Arab ( Sumber resepi dari Kak Fiza @ Myresepi.com)

Bahan A
  1. 5gm yis kering
  2. 1/2 sudu besar gula
  3. 1/4 cawan air
Bahan B
  1. 250gm tepung gandum
  2. 1/2 sudu besar gula
  3. 1/2 sudu kecil garam
  4. 1 sudu margerin/butter
  5. 100 ml susu cair/ aku guna susu segar
  6. Minyak untuk menggoreng(deep fry)
Cara Menyediakannya
  • Bancuh bahan A dalam sebuah mangkuk- ketepikan (10-15 min) biarkan yis kembang
  • Gaul tepung, gula,garam dan butter hingga sebati, masukkan bancuhan yis (bahan A)..gaul rata.
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan boleh diuli...jika adunan melekit, jangan tambah tepung...biarkan sahaja. Perap selama 1 jam atau hingga adunan mengembang.
  • Bila adunan sudah kembang, tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap. bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.
  • Canai kesemuanya anggaran setebal lebih kurang 1/4 cm. Susun di atas tray yang telah ditaburkan tepung.
  • Goreng dengan minyak yang banyak...ketika menggoreng simbah-simbahkan bahagian atas roti dengan minyak panas untuk mengelembungkannya...angkat roti arab bila dah kekuning-kuningan...

Saturday, September 22, 2012

Syukuri Apa Yang Ada


Asal Usul Melayu

Baru-baru ini semasa Sha berbual dengan seorang rakan yang berbincang isu asal usul keturunan. Sha mengatakan Sha keturunan melayu asli & nyata rakan Sha kurang bersetuju. Katanya tiada melayu asli. Sebaliknya Melayu telah pun bercampur dengan pelbagai keturunan sehingga menjadi melayu seperti hari ini.
 
Sha masih ingat arwah nenek & arwah makcik bila berbicara sering kali menggunakan loghat Pattani. Mak juga ada sikit-sikit loghat Pattani. Sha jadi tertarik untuk mengetahui lebih banyak berkaitan asal usul melayu, Pattani dan Sha terjumpa beberapa artikel menarik. Boleh layari di link yang Sha masukkan di bawah. Silakan membaca..sama ada ianya mitos @ lagenda..ianya masih boleh memperkayakan ilmu pengetahuan kan..
 
Sumber:

Otak vs Hati

Di saat melayari maklumat secara maya, Sha came across to an interesting analogy.
Otak tu nampak macam tak berapa menarik. Yelah, rupanya pun macam kobis bunga kering berwarna kelabu yang terapung-apung dalam kepala kamu. Cuba fikir. Walaupun ia tak secantik hati merah yang berdegup, otak kamu sebenarnya menghantar signal ke badan kamu membuatkan kamu merasa perasaan teruja dan pahit manis dilambung cinta
Untuk membaca kisahnya, sila klik pada link yang Sha berikan di bawah.
Sumber: http://papankekunci.com/2012/03/cinta-pandang-pertama/

Friday, September 21, 2012

Mahram Seorang Perempuan


Living Life To The Fullest"

Maksudnya?? Memilih untuk hidup yang penuh makna. 
 
Bagaimana?? Tetapkan matlamat..dengan adanya matlamat hidup, ia akan dapat menjadi panduan meneruskan hidup ke arah yang lebih baik. Matlamat membantu kita mengemudi aktiviti harian kita untuk mencapai apa yg kita impikan.
 
Dreams!
 
 

Sha sediakan 1 jadual yang boleh ditulis target untuk tempoh masa 10 tahun.. apa yang ingin dicapai..

                                                           Target 10 Tahun
      Tahun               Matlamat Personal
        Matlamat Kerjaya
 1    
 2    
 3    
  4    
 5    
 6    
 7    
 8    
 9    
 10    

Tuesday, September 18, 2012

Kasihmu 11 (samb)

Sampai di bilik, “Terima kasih Tuti,” ucap Afzan dan Shaheen serentak.

Sama-sama Mbak. Kalo mahu apa-apa, bilang sama Tuti.”

“Baik Tuti,”balas Shaheen senyum memandang Tuti.

Tuti lantas menutup pintu bilik. Dia turun semula ke dapur meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi.

Shaheen memerhati dekorasi keseluruhan bilik. Baru dia sedar perabot-perabot di dalam bilik itu diperbuat daripada kayu jati. Di ruang tamu juga sama. Shaheen menyentuh kerusi di hadapannya. ‘Halus buatannya.’ Urat kayu yang lurus menandakan kayu jati itu adalah yang berkualiti baik.

“Ijan, cuba kau tengok ni. Cantiknya,” panggil Shaheen. Dia membelek-belek kotak tisu di atas meja. Juga diperbuat daripada kayu jati. Reka bentuk yang dihiasi dengan corak ukiran bunga-bungaan itu sangat halus buatannya. ‘Dah tidur rupanya,’ getus Shaheen di saat dia berpaling ke arah Afzan yang langsung tidak memberi respon pada kata-katanya tadi. ‘Patut la diam je. Penat sangat la tu,’ ngomel Shaheen sendirian.

Shaheen mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan ingin melihat sekitar rumah Haji Halim. Dia menuruni tangga dengan hati-hati. Sampai di hujung tangga, Shaheen terdengar suara Bu Kartika berbual dengan Tuti. Langkah dibawa ke dapur.

“Sha ngapa in kamu di sini. Mau minum,” tanya Bu Kartika apabila menyedari kehadiran Shaheen.

“Bukan Bu,” jawab Shaheen. Matanya melihat Tuti yang sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakan tengahari. “Ada yang boleh saya bantu,” Shaheen menawarkan bantuan. Dia menghampiri meja tempat Tuti sedang mengopek bawang.

“Ngga usah Mbak. Aku bisa beres in semuanya. Mbak istirehat dulu kok. Pasti capek, iya kan,” larang Tuti bersungguh-sungguh.

“Ya bener lho,”sokong Bu Kartika.

“Mau masak apa ni Bu,” soal Shaheen ingin tahu.

“Tante mau bikin sambal ijo sama ayam goreng. Juga sayur sop,” jawab Bu Kartika. Tangannya lincah menyediakan bumbu ayam goreng. “Tuti ini udah siap. Bentar lagi goreng ayam sama ini,” arah Bu Kartika menunjukkan bumbu ayam goreng yang telah disiapkannya. “Tuti hantarkan minuman buat Ibu sama Mbak ke depan ya.”

Tuti mengangguk pantas, “Baik Bu.”

“Ayuh Sha. Tante mau tunjuk bungaan favourite Tante,” ajak Bu Kartika sambil memegang tangan Shaheen.

Shaheen mengikut sahaja langkah yang dibawa oleh Bu Kartika. Akhirnya Bu Kartika berhenti di satu sudut di luar rumah. Bibirnya menguntum senyum. Matanya memerhati satu persatu koleksi pokok orkid yang ditanamnya.

Shaheen terpegun melihat dekorasi laman orkid milik Bu Kartika. Shaheen turut memerhati keseluruhan laman orkid tersebut. Dia menghampiri rumah teduhan yang menempatkan banyak spesis orkid dengan pelbagai warna. Bentuk rumah teduhan seperti cendawan yang dibuat daripada kayu. Bumbungnya dilapisi dengan jaring teduhan berwarna hitam. Tambah menarik bila diselitkan dengan beberapa ekor itik hiasan di sekitar kawasan itu. Matanya ralit memerhati. Kolam ikan koi bersebelahan laman orkid mendamaikan mata yang memandang. Ditambah dengan ikan koi yang meliuk lintuk di dalam kolam berlari ke sana sini menarik perhatian Shaheen.

Shaheen memuji cara Bu Kartika menggunakan ruang yang terhad untuk menanam gabungan tumbuhan makanan dan hiasan. Selain menjimatkan ruang, cara ini meringankan belanja dapur. Antara tumbuhan makanan di laman comel milik Bu Kartika adalah daun kari, cili api, bayam, sawi, pegaga, selom, pudina, ulam raja, kangkung, kacang panjang, halia, kunyit, limau purut, limau kasturi dan bendi.

“Cantik,” sepatah kata meletus keluar dari bibir Shaheen. “Rajinnya Tante berkebun, bela ikan,” puji Shaheen sambil memandang Bu Kartika.

“Tante senang sekali. Tiap hari Tante pasti di sini,” akui Bu Kartika. Kolam ikan dan laman orkid dipandang tanpa jemu. “Yang ini paling Tante suka,” tunjuk Bu Kartika pada sepohon orkid yang mempunyai tangkai bunga yang sungguh banyak dalam satu pasu. Tangannya sudah memegang setangkai bunga. Menarik sungguh disebabkan bunganya mempunyai empat warna iaitu merah jambu, ungu, putih dan kuning.

“Ini orkid dari jenis Spathoglottis atau dipanggil orang orkid pinang Sha. Namanya seperti itu barangkali kerna daunnya,” jelas Bu Kartika.

“Tante pokoknya seperti gubahan bunga plastik jika dilihat dari jauh. Bunganya menarik dan menyegarkan,” puji Shaheen. “Patut la Tante sangat ceria. Nampak muda. Jadi ini ubatnya ya,” usik Shaheen.

“Iya iya lah Sha,” balas Bu Kartika senang hati. “Ayuh ke sana,” ajak Bu Kartika lalu duduk di sebuah kerusi kayu berdekatan pergola orkid. Shaheen turut melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Bu Kartika. Di atas meja telah tersedia air teh panas dan sepiring oatmeal chocolate chip cookies.

"Silahkan minum," jemput Bu Kartika sambil tangannya menuang air ke dalam cawan. Cawan berisi air teh itu dihulur kepada Shaheen.

“Terima kasih,” ucap Shaheen menyambut cawan dari tangan Bu Kartika. Matanya masih memerhati bunga-bunga orkid milik Bu Kartika. Ada bermacam-macam jenis dan warna. Langsung ingatannya terbang ke Malaysia. Umminya juga peminat orkid. Bunga orkid pertama dari jenis Cattleya putih bersih umminya dibeli ketika Pesta Flora di Putrajaya 2 tahun yang lalu. Sejak itu minat uminya terhadap orkid membuak-buak. Serta-merta rasa rindu bertamu di hati. Walhal tak sampai sehari dia berjauhan dari umminya.

"Sha asyik sekali kamu. Sedang mikirin apa?" tanya Bu Kertika yang sedar fikiran Shaheen sedang melayang jauh.

“Oh maaf Tante. Sha teringat ummi. Dia juga sangat suka orkid,”lamunan Shaheen terhenti akibat teguran Bu Kartika.

“Oh ya. Pasti kamu kangan sama ibu kamu ya. Baru di sini lantas kamu bisa ingat sama dia. Bagus ya punya anak perempuan. Tante hanya ada Luq saorang. Dia lagi sibuk setiap hari. Kali ini pulangnya agak lama,” luah Bu Kartika.

“Jadi anak Tante tidak tinggal di sini,” tanya Shaheen.

“Ngga la Sha. Luq itu urus in business kami di Malaysia. Jadi Tante jarang ketemu sama dia. Ini pulangnya mau ke Jepara sama kamu besok Sha. Mau lihat lattest furniture katanya,” balas Bu Kartika.

“Oh jadi Haji Luqman tinggal di Malaysia ya Tante?” tanya Shaheen ingin kepastian. Bu Kartika hanya menganggukkan kepala.

“Sha panggil aja Luq. Usah Haji segala,” tegur Bu Kartika. Shaheen tersenyum mendengar permintaan Bu Kartika.

“Tante jadi sunyi lho sendirian. Om Halim juga sibuk di kantor. Orkid ini jadi teman Tante. Mujur juga ada kolam ikan ini. Dapat juga Tante berlibur sendirian di rumah. Lebih tenang gitu,” ucap Bu Kartika. “Sha kalau kamu ke Jakarta, datang yuk ke rumah Tante. Tante punya teman berbual kok.”

“InsyaAllah Tante. Ini pun Sha diminta oleh Abi untuk ke mari. Abi ada urusan lain di sana. Kalau bukan permintaan Abi, pasti kita tidak bertemu di sini Tante.”

Shaheen senang sekali dengan wanita di hadapannya. Orangnya ramah. Walau pun baru pertama kali berjumpa, Shaheen terasa seperti telah lama kenal dengan Bu Kartika. Layanan yang diberi seperti keluarga.

“Sejak bila Tante mula menanam orkid ni?” tanya Shaheen mengubah topik perbualan mereka.

“Ini baru aja Tante usahakan. Sekitar 4 atau 5 tahun kebelakangan ini Sha,” kata Bu Kartika.

“Ini banyak sekali orkidnya. Bagaimana Tante berminat menanam orkid?”

“Mulanya Tante lihat di rumah teman Tante. Bunganya cantik sekali. Kata teman bunganya senang mau dijaga. Jadi dia kasi sama Tante satu keratan orkid. Dia bilang bisa aja tanam atas tanah atau di dalam pasu. Sekitar empat bulan kemudian, bunganya muncul. Cantik bangat,” Bu Kartika teringat kembali detik pertama dia menanam orkid.

“Yang mana satu pokok yang pertama itu Tante.”

“Ke sini Sha. Tante tunjuk in bunganya,” ajak Bu Kartika.

Bu Kartika menghampiri sepohon orkid monopodial yang hidup di atas tanah. Pokoknya mengeluarkan tangkai bunga yang bercabang-cabang dengan bunga yang sangat lebat.

“Ini Sha first orkid Tante. Bunganya merah. Ini dari genusRenanthere atau nama singkatannya Ren. Selain merah ada juga warnanya light yellow atau orange. Udah hampir lima tahun bunga ini di sini. Alhamdulillah panjang umurnya sama Tante,” Bu Kartika menceritakan kisah bunga pertama yang ditanamnya.

“Ayuh Sha kita masuk. Udah panas ni,” ajak Bu Kartika. “Sebentar lagi kita makan siang.”

Shaheen bangun lantas meletakkan cawan dan piring serta teko ke dalam dulang. Sebaik sahaja dia mengangkat dulang tersebut, Bu Kartika menegur Shaheen. “Eh biar in aja di situ Sha. Sebentar lagi Tuti pasti akan beres in semuanya. Ayuh masuk,”ajak Bu Kartika.

“Oh tak apa Tante. Sha biasa buat ni semua. Senang je,” balas Shaheen dengan senyuman. Terserlah kedua-dua lesung pipit Shaheen. Bu Kartika terpempan. Lantas dia teringatkan seseorang yang sangat dekat dengannya suatu masa dahulu. Bu Kartika memerhati Shaheen yang melangkah ke dapur. ‘Oh anak itu mirip sekali,’ kata hati Bu Kartika.

“Sha di kamar ya,” beritahu Shaheen sebelum melangkah menaiki tangga ke bilik. Dia ingin mengejutkan Afzan yang tertidur tadi.

Sebaik pintu bilik dibuka, Afzan yang sedang mengeringkan rambut menyapa, “Kau tak ajak pun aku tengok-tengok rumah ni.”

Shaheen tersenyum memerhati mimik muka Afzan yang seperti merajuk.“Macam mana aku nak ajak, cepat sangat terlelap. Bosan la tengok kau tidur. Tu yang aku turun bawah. Tante Kartika tunjukkan laman orkid dia. Lagi kolam ikan dia. Hmm cantik tau.”

“Seronok berbual aku tengok. Apa yang korang borak kat bawah tu?”

Shaheen melangkah ke tepi tingkap. Dia menjengguk ke bawah. Dilihatnya pandangan dari atas kolam ikan dan laman orkid serta kerusi kayu yang didudukinya tadi. ‘Patut la dia tau aku borak dengan Tante Kartika tadi.’

“Borak pasal koleksi bunga orkid je Ijan,” jawab Shaheen ringkas.“Tau-tau dah panas. Tu yang kami masuk.”

“Takde ke kau risik pasal anak dia? Hensem la. Ada iras Dude Harlino la.”

“Hah Dude Harlino! Saper tu?”

“Ala pelakon dalam citer Aqso dan Madina, Nikita dan Dia Jantung Hatiku tu sinetron terkini lakonan Dude di TV3 kau tak tengok ke Sha?”

“Eh mana la aku tau. Aku tak tengok sinetron ok.”

“Rugi kau tak tengok Sha. Best tau.”

“Dah cepat siap. Sempat kau mandi ya. Hmm jab lagi boleh kita makan tengahari. Dah pukul 12.00 ni.”

“Malu la. Lepas bangun tidur tu aku mandi la.”

“Jadi baru bangun la ye, sakan tidur.”

Sedang asyik berbual, pintu bilik diketuk. Tuti memanggil mereka untuk sama-sama menikmati makan tengahari. Afzan cepat-cepat mengenakan tudung ke kepala. Mereka berdua turun ke ruang makan. Pakcik Halim, Bu Kartika dan Luqman telah pun menunggu di meja makan.

“Silahkan Sha, Afzan. Jemput duduk,” ramah sekali Bu Kartika memanggil mereka.

“Maaf buat semua menunggu kami,” ucap Shaheen.

“Oh tak apa. Mari duduk,” panggl Haji Halim.

Sebaik mereka duduk, Luqman memulakan bacaan doa makan. Shaheen duduk di sebelah Afzan dan berhadapan dengan Luqman. Usai mengaminkan doa, Haji Halim menghulurkan pinggan berisi buah mangga dan watermelonkepada Bu Kartika dan pinggan buah-buahan bergerak kepada semua di meja makan. Shaheen senyum melihat tindakan Haji Halim. Lantas teringat dia pada Abinya yang juga mengajar dia untuk mulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan utama. Mereka makan hidangan yang disediakan. Sekali lagi Shaheen teringatkan Abi dan Umminya. ‘Apa yang mereka buat sekarang ni ya.” Jika di Indonesia pukul 12 tengahari, di Malaysia sudah pun melangkau ke pukul 1 petang. Ini disebabkan perbezaan waktu GTM, jam harus diputar 1 jam ke belakang.

Afzan dan Shaheen melihat kemesraan dan betapa rapatnya keluarga Haji Halim. Bu Kartika menceduk sup sayur ke dalam mangkuk dan menghulurkan kepada suaminya. Mangkuk yang kedua diisi dengan sup dihulur kepada Luqman pula. Ayam goreng di depan Haji Halim dihulur kepada Afzan yang duduk di sebelahnya.

“Kena rasa ayam goreng isteri pakcik ni. Sedap hingga menjilat jari tau. KFC pun kalah ni,” kata-kata Haji Halim mengundang tawa semua. Bu Kartika tersipu malu dipuji suaminya.

“Ini apa?” tanya Afzan pada hidangan seperti sambal goreng di depan pinggannya.

“Itu sambal ijo, rasa la,” balas Bu Kartika. Afzan menceduk sesudu sambal ijo ke dalam pinggannya.

“Afzan, Shaheen ni semua masakan padang. Ayam goreng ni masakan Padang juga. Ni rencah semua Tante yang sediakan. Kena rasa. Kalau tak rugi tau.” Haji Halim mengambil seketul ayam goreng lalu dimasukkan ke dalam pinggan Bu Kartika.

Luqman makan tanpa banyak bicara. Namun matanya sesekali menjeling Shaheen. Luqman mengambil mangkuk kecil lalu diceduk sup sayur dan dihulur kepada Shaheen. Lambat-lambat Shaheen menyambut mangkuk tersebut. Shaheen menghulurkan mangkuk tersebut kepada Afzan.

“Akim jangan tak tau Sha ni anti sayur. Tak makan sayur ini orang,” getus Afzan sambil memandang Shaheen di sisi.

“Sayang sekali kok. Harus dicoba sayur sop ini. Enak bangat. Silahkan dicoba,” pujuk Luqman lantas menghulurkan semangkuk kecil sup sayur kepada Shaheen.

“Iya Sha. Coba dikit aja,”pujuk Bu Kartika pula.


Shaheen lantas mengambil sudu sup di tepi pinggannya. Kuah sup diceduk lalu dibawa ke mulut. Kuah sup dicicip perlahan. Terasa rencah sup beraroma harum itu di dalam mulut. Manis sayur juga terasa. ‘Sedap juga.’ Sudu berisi sup sayur disua ke mulut buat kali kedua.

“Ah gitu dong. Gimana, enak ngga?” tanya Luqman ceria. Shaheen mengangguk sambil tersenyum. Luqman terpana melihat senyuman Shaheen. Baru dia tersedar sesuatu. Barangkali itu la persamaan yang dilihat oleh Luqman sejak pertama kali bertemu Shaheen di lapangan terbang pagi tadi.

Bu Kartika nampak perubahan air muka Luqman. Cepat-cepat dia mengambil ayam goreng lalu diletakkan di dalam pinggan anaknya.

“Luq ini ayam gorengnya. Mama bikin paling enak buat anak mama.”

Selepas itu masing-masing makan dengan berselera. Afzan sangat suka sambal ijo. Makanan pedas menjadi kesukaannya. Walaupun malu, dua kali juga Afzan menambah nasi ke pinggannya. Bu Kartika gembira sekali bila tetamu yang datang menikmati hidangan yang disediakan.

Selesai makan seperti biasa Shaheen mengemas meja makan bersama Afzan. Walaupun dilarang oleh Bu Kartika, Shaheen dan Afzan dengan rela hati mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta gelas yang digunakan. Bu Kartika akhirnya duduk di ruang makan menemani Afzan dan Shaheen sehingga mereka selesai mengemas.

“Yuk ke mari. Bentar lagi Tuti beres in semuanya,” panggil Bu Kartika mengajak Afzan dan Shaheen ke ruang tamu. “Tante senang sekali kalo punya anak perempuan kayak kamu.”

Afzan dan Shaheen tidak berkata apa-apa. Mereka mengekori Bu Kartika ke ruang tamu. Di situ Haji Halim dan Luqman duduk santai. Bu Kartika mengambil tempat di sebelah Haji Halim.

“Sore in mau jalan-jalan?” tanya Luqman pada Afzan dan Shaheen.

“Boleh juga,” pantas sekali Afzan menjawab. Luqman senyum.

“Baik Mbak, siap. Saya supirnya Pak Luqman bisa bawa Mbak berdua jalan-jalan di kota.”

Afzan sudah ketawa. Shaheen membulatkan mata memandang Luqman. Luqman turut ketawa. Matanya yang sedia sepet bertambah kecil.

Haji Halim dan Bu Kartika memandang Luqman silih berganti. Perubahan yang berlaku di depan mata sudah lama mereka impikan. Sejak kejadian 3 tahun lalu, Luqman Hakim berubah menjadi seorang yang pendiam. Emosinya juga cepat berubah. Sehinggakan Luqman membawa diri ke Malaysia. Selama itu Bu Kartika sentiasa berdoa agar Allah mengembalikan Luqman menjadi seperti sebelumnya. Bu Kartika rindukan anaknya yang periang, mudah bergaul, penyayang dan suka bergurau.

“Ayuh Mama ikutan ya,” ajak Luqman. “Papa juga.”

Haji Halim dan Bu Kartika hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Luqman. Petang itu mereka semua keluar bersama-sama.

Mum's Checklist

So sweet..senarai semak ni bleh digunakan..


Monday, September 17, 2012

Monday Blues di Hari Selasa??

Eih camne bleh jadi camtu? Sebab ari isnin cuti..hihik bleh lak pindah ke ari Selasa ya Sha..hmm apa pun selamat bertugas ya...last week dah happy-happy kan..so this week keje-keje ya Sha..

Take care Sha..have a great day!

Sunday, September 16, 2012

Wordpress

Sha sedang membiasakan diri dengan Wordpress sebagai backup Blogger. Terasa Blogger lebih user-friendly. Have to update time to time, in case ada posting problem dengan Blogger..atau tetiba je Blogger yang dibangunkan bertahun-tahun kena banned.
 

Saturday, September 15, 2012

Kesan Zikir Terhadap Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Marilah sama-sama kita cuba amalkannya. Insyallah.

Thursday, September 13, 2012

Hujan yang turun bagaikan mutiara..

Angin sangat kuat..bunyi kat luar kuat..bukak sliding tengok pokok bergoyang kiri kanan..melentuk kiri kanan..

Then baru hujan turun...sangat lebat..suka sangat dengan anugerah Ilahi ini. Di saat hujan lebat, doa kita mudah dimakbulkan..marilah sama-sama kita memanjatkan doa kepadaNya..

Eh! Camner Bleh Jadi Cam Tu??

Sha pun tak tau..adeh agak-agak ada orang nampak ker?
 
Kisahnyer pagi tadi ada interview kat Bangunan Pentadbiran. Parking situ penuh, jadi parking kat Bangunan Pengurusan Aset. Alhamdulillah sangat, Ya Allah Engkau permudahkan urusanku.. masuk je memang tempat parking depan mata..masa tu baru pukul 9.10 pagi.
 
Pukul 11.30 Sha keluar dari Bangunan Pentadbiran, baru abis interview. Dok teringat detik-tetik dalam bilik interview yang sangat santai, siap gelak-gelak bagai panel penemuduga. Yang penting Sha tak la takut dan stres sangat kan.
 
Ha ni baru citer yang Sha nak sampaikan. Tadi tu intronyer...
 
Dari jauh dah nampak kereta Sha. Ok..sampai tepi pintu Sha tekan remote kereta.
 
'Aik naper tak bleh bukak ni?' Sha tekan lagi sekali. Jadi mode lock. Then Sha unlock dengan tekan remote sekali lagi.
 
'Eh tak boleh juga. Naper ni?' Dalam hati dah cuak. Then nampak button lock dalam kereta tak bergerak pun. You know what?? Sha salah kereta rupanya. Dah terlepas sebuah kereta dari kereta Sha. Camner bleh jadi camtu eih? Adeh Sha pun tak pasti...hihik warna kereta sama..
 
Lepas tu cepat-cepat masuk dalam kereta. Tersenyum sendiri dengan kesilapan yang terjadi..
 
'Agak-agak ader orang nampak tak?'
 
'Nasib baik tak ada orang dalam kereta tu. Kalau tak malu tak ingat..mana mau sorok diri time tu'

Tuesday, September 11, 2012

Temuduga N27 13/9/2012

Temuduga. Selamat berjaya Sha..

Updates:

Baru-baru ni (Mac 2013) terima surat dari Pejabat Pendaftar. Huhu belum rezeki Sha nampaknya. Sha sekadar calon simpanan untuk jawatan tu dan tempoh sah laku surat tersebut sehingga 30 Jun 2013.

Regards,
Sha
9/3/2013

Sunday, September 9, 2012

Sakit Leher :((

Nak teleng kepala pun tak boleh. Sakit. Bukan luka. Tapi sakit urat. Urat bersimpul ke? angin ke?, Petang semalam dah terasa sakit. Dah urut tapi still sakit. 
Nak pusing ke kanan sakit sikit. Masa tidur pun kepala teleng ke kiri. Kalau teleng ke kanan, rasa macam urat tengkuk tu tegang. 
Apa pun syukur Sha masih boleh buat kerja seperti biasa. Just tak boleh toleh kanan.

Ada petua yang boleh hilangkan sakit leher ni?

Sha search info then terjumpa petua ni..mujarab pada Sha. Ok Sha dok buat exercise ni... 
A doctor advises his patients to exercise their neck by just reading this message.

In the end, all patients go home happily without asking the doctor for any medications

'It is very effective,' said doctor.

'All my patients never come back to me again.'

Sumber: http://kaylizard.blogspot.com/2011/09/senaman-untuk-sakit-leher.html

Homemade Cheezy Wedges

Hmm yummy..homemade cheezy wedges..x yah pegi kepci..jemput makan semua..بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa Mandarin Asas

Sha pernah belajar Bahasa Mandarin. Sangat menarik...

Asas-asas penuturan Bahasa Mandarin
Wo –saya
Ni - kamu
Ni hao ma? – kamu apa khabar?
Wo hen hao – saya dalam keadaan sangat baik
Xiexie –terima kasih
Bu yong xie (bu keqi) – sama-sama
Zaoshang hao – selamat pagi
Wanshang hao –selamat petang
Zaijian – selamat tinggal
Mingtian Jian – esok jumpa lagi
Wang taitai, xiexie ni ! – madam (puan/cik), terima kasih ye.
Ni lei ma? – adakah kamu penat?
Wo bu lei – saya xpenat
Hoa...wo lei ji le –benar, saya penat betul
Xue – belajar
Zhong wen – Bahasa cina
Wo zheng zai xue zhong wen- saya sedang belajar bahasa cina

 Sumber: http://syeikhsifu.blogspot.com

الحمد لله

Alhamdulillah..
 
Petang ni hujan..nikmat ini menyejukkan alam..Sha bersyukur juga sebab elok-elok sudah angkat kain di jemuran, hujan turun. Nasib baik tergerak nak angkat kain yang dah pun kering di ampaian. Alhamdulillah..
 
 
 

Saturday, September 8, 2012

Indahnya..

Andai Sha punyai sebuah rumah seperti ini...insyaAllah.


Carcosa Seri Negara yang terletak di sebelah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur

Sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

Friday, September 7, 2012

Jalan-jalan @ Taman Tasik Titiwangsa

6.40 pagi gerak dari Pulau Meranti. Lebih kurang 7.30 sampai. Waktu tu dah ramai orang kat sana. Jogging, jalan, berbasikal, memancing dan buat senaman. Sha pilih untuk jalan-jalan. Rasanya 3 pusingan juga..
 
Cuaca tak panas. Selesa dengan suasana yang hijau. Sampai awal pagi dapat menghirup udara segar. Aktiviti ni elok dibuat selalu. Sambil jalan-jalan keluarkan peluh, seronok tengok macam-macam ragam orang ramai di sana. Penuh warna-warni.
 
 

Wednesday, September 5, 2012

Sambutan Raya UPM 2012

Meriah..later Sha update pictures ya..

Best sgt..jumpa old friends from PTJ lama..

Fakulti dapat hadiah booth tercantik. Menunya air soya perisa bandung, cincau & soya pure, ada tempe goreng cicah sambal kicap.






Sunday, September 2, 2012

Kasihmu 11


11

“Aida petang ni saya tak masuk pejabat.”
“Baik. Cik Sha dah ambil tiket flight yang saya letak atas meja tadi.”
Shaheen membuka beg tangannya. “Ermm dah . Thanks Aida.”
“Selamat pergi dan selamat kembali. Saya doakan Cik Sha bertemu jodoh di sana.”
Bulat mata Shaheen memandang Aida. “Eh ke situ pula. Saya ke sana atas urusan kerja la Aida.”
Aida ketawa kecil. “Mana tau Cik Sha. Jodoh ni rahsia Allah. Kalau dah sampai waktunya, Cik Sha tentu akan bertemu si dia. Mungkin di sana.”
Shaheen senyum. Dia berserah pada Ilahi. Namun usai solat, dia sentiasa memanjatkan doa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang beragama, yang beriman, yang berakhlak mulia, yang dapat membimbing dia ke arah yang diredhaiNya serta dapat menerima dirinya dengan apa adanya. Dia juga berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang sesuai dengannya dan terbaik buatnya.
“Amin Aida,” balas Shaheen tidak mahu memanjangkan isu jodoh yang diutarakan oleh Aida. “Oh ya Aida sepanjang saya tak ada ni, saya benarkan awak balik awal. Please update saya jika ada perkara yang urgent ya Aida,” pesan Shaheen.  “Saya pergi dulu ya.”
Sebelum pulang, Shaheen singgah ke bilik kerja Afzan. Sahabatnya itu sedang mengemas meja. Akhir sekali Afzan menutup suis komputernya.
“Jom balik,” ajak Shaheen.
“Ok.”
“Esok pagi aku datang ambil kau ya. Jadi tak payah la kau drive ke KLIA.”
“Thanks Sha.”
*******
Shaheen tiba di rumah saat Puan Asyiqin sedang menyusun pinggan di atas meja makan.
“Assalamualaikum Ummi,” sapa Shaheen lantas memeluk Umminya erat. “Ummi masak apa hari ni?”
“Masak lomak daging salai.”
“Hmm favourite Abi tu. Mesti Abi makan bertambah jab lagi kan Ummi.”
Encik Suffian yang mendengar namanya disebut, masuk ke ruang makan. “Sebut-sebut Abi ni, ada apa-apa ke?”
Shaheen tersenyum sambil memandang Umminya.
“Abang mari makan. Qin dah siapkan hidangan makan tengahari.”
Encik Suffian, Puan Asyiqin mengambil tempat duduk. Encik Suffian mulakan dengan bacaan doa makan.
“Hmm my favourite fruit,” Encik Suffian mengambil sepotong buah betik lalu disua ke mulut. “Manisnya.”
Puan Asyiqin dan Shaheen juga mengambil buah betik sebagai pembuka selera. Encik Suffian mengajar keluarganya untuk makan buah-buahan segar dahulu sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain atau buah bertemu makanan lain dalam perut, maka buah akan terperangkap, bercampur dalam perut. Ini akan menyebabkan fermentasi iaitu proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen.
Hasil pembacaan Shaheen mengetahui bahawa proses fermentasi buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses ini akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan enzim pencernaan maka keseluruhan makan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.
Shaheen memahami rational makan buah-buahan hasil pembacaannya daripada satu laman web. Dia juga maklum bahawa amalan tersebut telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan cara pemakanan buah yang betul membolehkan badan memanfaatkan kebaikan nutrisi yang terkandung di dalam buah dan juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.
Tengahari itu Shaheen menikmati hidangan makan tengahari dengan berselera sekali. Air tangan Puan Aisyiqin. Masak lemak daging salai bersama ayam goreng berempah kesukaan Shaheen juga disediakan. Ulaman dan sambal belacan juga tidak dilupakan. Encik Suffian selalu berpesan agar makanan keluarga hanya disediakan oleh Puan Asyiqin. Mak Teh membantu hal-hal lain selain daripada memasak.
Flight pukul berapa Een,” tanya Puan Asyiqin.
“Pukul 7 pagi Ummi,” jawab Shaheen. “Kena keluar awal la esok.”
“Nanti Abi hantarkan.”
“Abi nanti boleh singgah ke rumah Ijan. Ambil dia dan gerak sama,” tanya Shaheen.
“Boleh.”
“Kenapa Een tak ajak jer dia tidur kat sini malam ni,” cadang Puan Asyiqin.
Shaheen senyum. “Ya lah Ummi. Tak terfikir Een. Jab lagi Een call Ijan.”
“Esok Een sampai sana tunggu Haji Luqman. Dia akan jemput Een di Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. Mungkin gerak terus ke Jepara atau mungkin bermalam di Jakarta dahulu. Depend pada plan Haji Luqman.”
“Jauh ke Jepara tu Abi.”
“Naik flight 45 min dari Jakarta ke Semarang. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru sampai Jepara naik teksi. Kalau dengan kereta dari Jakarta ke Semarang lama juga 8 jam baru sampai Een.”
“Oh ya ke Abi. Jauh tu.” Shaheen mebayangkan perjalanan yang pasti memenatkan. Dia fikir ada baiknya jika menginap dahulu di Jakarta. Boleh juga jalan-jalan.
“Sampai sana sampaikan salam Abi pada Haji Luqman serta kelurganya ya,” pesan Encik Suffian. Dia senyum.
“InsyaAllah Abi.” Shaheen memandang Umminya yang hanya menjadi pendengar dari tadi. “Ummi ada nak kirim apa-apa dari sana?”
“Jangan susah-susah Een. Een ke sana sebab kerja kan. Bukan pegi melancong. Lain kali kalau ada rezeki kita ke sana satu keluarga, ya bang,” cadang Puan Asyiqin.
Selesai makan tengahari, Shaheen membantu Puan Asyiqin dengan kerja-kerja mencuci. Encik Sufian turut membantu mengemas meja makan. Meja dilap bersih.
*******
Seawal pukul 4 pagi Shaheen dan Afzan telah pun bergerak ke LCCT, Sepang. Perjalanan pagi itu lancar sahaja. Tiba di LCCT, Encik Suffian mengeluarkan bagasi mereka berdua. Shaheen beria tidak mahu Encik Suffian menunggu bersama mereka. Selepas bersalaman dengan Abinya, Shaheen dan Afzan berjalan masuk menarik bagasi masing-masing.
“Sha awal lagi ni. Flight kita kul 7 kan.”
“Ya. Jom la pi check in baggage dulu. Lepas tu kita isi perut dulu ya.”
Selesai custom luggage check, Shaheen dan Afzan terus ke kaunter untuk timbang berat beg. Staf di kaunter tersebut menjalankan tugasnya dengan senyuman. Bar code dicetak dan ditampal atas boarding pass sebagai bukti. Shaheen dan Afzan simpan semula boarding pass dalam beg sandang masing-masing. Masa masih ada. Mereka cuma alas perut dengan roti Gardenia dan Waffles Gardenia dengan air mineral.
Mereka duduk di kerusi yang tersedia. Shaheen membuka pembungkus waffles perisa Maple Wholemeal sementara Afzan sedang mengunyah roti Gardenia jagung. Masing-masing diam.
“Ijan dah masuk waktu la. Jom.” Shaheen dan Afzan berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh. Selesai menunaikan solat subuh, masih ada 45 min lagi sebelum waktu penerbangan.
Langkah diatur ke kaunter Imigresen. Selepas urusan scanning imigresen, Shaheen dan Afzan berlalu ke balai berlepas. Di sana mereka menunggu pengumuman pesawat penerbangan. Sebaik sahaja pengumuman diumumkan, mereka berdua beratur dan menghulurkan boarding pass serta paspot sebelum keluar pagar ke kapal terbang yang menanti. Sekali lagi mereka menunjukkan boarding pass kepada pramugari semasa nak ke tangga kapal terbang. Afzan duduk di tepi tingkap dan Shaheen di tempat duduk tengah.
“Sha berapa jam flight ni?”
“Lebih kurang 2 jam.”
“Ok nanti kejutkan aku ya. Ngantuk la. Awal kita bangun tadi.”
“InsyaAllah. Hihik aku pun rasa ngantuk gak ni Jan.”
Lagi 15 min pesawat akan mendarat di Bandara Sukarnoe Hatta. Pengumuman yang dibuat oleh cik pramugari mengejutkan Afzan dan Shaheen yang sempat melelapkan mata.
Selesai urusan mengambil bagasi, mata mereka mencari-cari Haji Luqman. Afzan yang menolak troli berjalan perlahan di sebelah Shaheen.
“Eh Sha, tu,” kata Afzan menunjuk ke kanan sebaik sahaja matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang memegang kertas yang tertera nama Shaheen Suffian.
“Assalamualaikum,” sapa Shaheen sebaik sahaja berada di hadapan lelaki itu. “Saya Shaheen. Haji Luqman mana?”
“Waalaikumsalam. Selamat siang nona manis. Saya Akim, supirnya Pak Luqman.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Matanya memerhati dua orang gadis di depan mata. Bibirnya menguntum senyum penyambut tetamu jauh.
Dia membantu menarik troli dari tangan Afzan. “Ayuh, Pak Luqman menunggu di rumah,” katanya lagi.
Afzan dan Shaheen mengikut Akim dari belakang. Shahaeen memerhati Akim. ‘Kemasnya ‘supir’ Haji Luqman. Dengan gaya Adidasnya. Dari baju-T, ke track bottom hingga ke kasut sukan juga jenama Adidas. Tak ada gaya driver pun,’ ucap Shaheen di dalam hati.
Sebuah kereta Avanza menunggu mereka. Cepat-cepat Akim membuka pintu untuk Afzan dan Shaheen. Selepas menyimpan bagasi, Avanza hijau itu meluncur laju menuju ke kediaman Haji Luqman. Tidak sampai 10 minit, Avanza yang dipandu berhenti di sebuah rumah yang tersergam tanpa pagar. Di Jakarta rumah seperti itu dipanggil rumah cluster. Kediaman keluarga Haji Luqman terletak di Perumahan Daan Mogot Baru, Cangkareng, Jakarta Barat.
“Silakan,” Akim menjemput Afzan dan Shaheen masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa empuk warna putih. “Sebentar ya.” Pemuda itu berlalu laju meninggalkan mereka di ruang tamu.
Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki dan wanita seusia Abi dan Ummi Shaheen. Lantas Shaheen dan Afzan bangun dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka memperkenalkan diri masing-masing.
“Apa khabar anak berdua,” sapa si isteri ramah.
“Alhamdulillah kami baik-baik saja Ibu, Bapak Luqman,” ucap Shaheen mewakili Afzan. “Abi saya kirim salam sama Pak Luqman sekeluarga.”
Meletus tawa tuan rumah. Afzan dan Shaheen sedikit terkejut. ‘Aku salah cakap ker,’ fikir Shaheen.

“Sebenarnya Luqman itu anak kami. Saya kenalkan diri, saya Halim dan ini isteri saya Kartika. Anak kami Luqman Hakim. Mungkin kamu berdua telah pun berjumpa dia tadi,” Haji Halim memperkenalkan diri.
Afzan dan Shaheen berpandangan. ‘Jadi ‘supir’ tadi tu adalah Haji Luqman?’
“Pakcik bukan orang Indonesia?” tanya Afzan.
Haji Halim tersenyum. “Pakcik asal dari Gombak. Bekerja di sini hampir 20 tahun di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Pakcik bertemu jodoh dengan isteri pakcik di sini.”
“Oh patut la pakcik boleh berbahasa melayu. Abi tak ada pulak bagi tau mengenai pakcik. Abi sebut nama Haji Luqman. Sha ingatkan pakcik ni Haji Luqman.”
Haji Halim tersenyum. DIa memandang isterinya. “Mana Luqman Mama?”
“Luq tadi buru-buru ke kamarnya. Mau mandi katanya. Dia sebetulnya baru pulang dari jogging Pa sebelum Mama minta dia jemput mereka,” jawab Ibu Kartika. “Sebentar ya, Tante ke dapur dulu,” kata Bu Kartika sambil berjalan ke dapur.
“Er tak usah susah-susah Tante,” balas Afzan.
“Ngga apa-apa kok. Bentar aja,” ucap Ibu Kartika.
Ibu Kartika muncul semula dengan menatang dulang berisi minuman dan sepiring lumpia pisang. Hidangan diletakkan di atas coffee table di hadapan Shaheen dan Afzan. “Silakan.”
“Terima kasih Tante,” ucap Shaheen dan Afzan serentak. “Om sama Tante jemput minum,” Shaheen berbahasa.
“Silakan Sha, Afzan. Jangan segan,” ucap Haji Halim. “Mama panggilkan Luqman. Dia belum minum dari pagi tadi kan.Udah hampir jam 10 ni.”
“Baik Pa.”
Belum sempat Ibu Kartika ke bilik anak bujangnya, Luqman Hakim muncul dengan penampilan yang lebih kasual. Kemeja kotak-kotak warna hitam merah juga dari jenama Adidas dengan sepasang jeans hitam.
“Assalamualaikum,” sapa Luqman Hakim lalu duduk di sofa bersebelahan Haji Halim.
“Kamu sudah kenal di airport kan,” tanya Haji Halim. Luqman Hakim memandang wajah Haji Halim. Dia senyum.
“Sudah Papa.” Luqman memandang lama ke arah Shaheen. Dia senyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.
Shaheen memandang tajam ke arah Luqman Hakim. ‘Jadi inilah Haji Luqman yang Abi maksudkan. Dia tidak menyangka orangnya masih muda. Sebaya barangkali dengannya. Pertama kali mendengar nama Haji Luqman, Shaheen membayangkan orangnya sebaya Abinya. Nyata tekaannya meleset sama sekali.”
“Tapi tadi Akim tu siapa?” tanya Afzan.
Luqman terus ketawa. Dia teringat semasa menjemput Shaheen dan Afzan dia memperkenalkan diri sebagai Akim ‘supir’nya Pak Luqman. 

“Akim? Luq kamu bercanda dengan menyamar sebagai apa sekarang?” tanya Ibu Kartika pada Luqman yang masih tersenyum. Ibu Kartika kembali dengan segelas susu serta sepiring lumpia pisang dan diletakkan di hadapan anaknya Luqman Hakim.
“Ngga Ma,” balas Luqman Hakim sambil senyum memandang mamanya.
“Maaf ya Sha sama Afzan. Anak tante ini suka sekali bercanda. Maaf jika dia bikin repot sama kalian,” ucap Ibu Kartika dalam nada cemas.
“Errmm tak apa tante,” balas Afzan.
“Luqman esok kamu temankan mereka ke Jepara. Seperti yang Papa bincangkan dengan kamu. Di sana kamu jumpa Bapak Ahmad Saroni dari Ukiran Jepara. Papa dah pun booking tiket flight esok. Hari ni biar mereka rehat dan boleh juga jalan-jalan sekitar kota,” kata Haji Halim ditujukan kepada Luqman Hakim yang sedang menyisip susu.
‘Macam tau-tau aja plan aku,’ getus Shaheen dalam hati.
“Tuti,” panggil Haji Halim.
Terkocoh-kocoh seorang wanita muda berbadan sedikit gempal datang ke ruang tamu.
“Ya Pak,” jawab wanita yang dipanggil Tuti oleh Haji Halim.
“Kamu udah kemas kamar tamu buat nona manis ini. Sebentar lagi bawa mereka ke kamar ya,” pinta Haji Halim.
“Sudah diberes in sebentar tadi Pak. Baik Pak,” jawab Tuti. “Ayuh Mbak.”
“Shaheen, Afzan rehat la dulu. Buat macam rumah sendiri. Makan tengahari pukul 12.30 ya,” Haji Halim berusaha memastikan tetamunya selesa.
Shaheen dan Afzan bangun mengikut Tuti yang sedang menunggu di anak tangga. “Terima kasih Pakcik, Tante,” ucap Shaheen sebelum berlalu.
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim