"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, September 18, 2012

Kasihmu 11 (samb)

Sampai di bilik, “Terima kasih Tuti,” ucap Afzan dan Shaheen serentak.

Sama-sama Mbak. Kalo mahu apa-apa, bilang sama Tuti.”

“Baik Tuti,”balas Shaheen senyum memandang Tuti.

Tuti lantas menutup pintu bilik. Dia turun semula ke dapur meneruskan kerja-kerja yang tertangguh tadi.

Shaheen memerhati dekorasi keseluruhan bilik. Baru dia sedar perabot-perabot di dalam bilik itu diperbuat daripada kayu jati. Di ruang tamu juga sama. Shaheen menyentuh kerusi di hadapannya. ‘Halus buatannya.’ Urat kayu yang lurus menandakan kayu jati itu adalah yang berkualiti baik.

“Ijan, cuba kau tengok ni. Cantiknya,” panggil Shaheen. Dia membelek-belek kotak tisu di atas meja. Juga diperbuat daripada kayu jati. Reka bentuk yang dihiasi dengan corak ukiran bunga-bungaan itu sangat halus buatannya. ‘Dah tidur rupanya,’ getus Shaheen di saat dia berpaling ke arah Afzan yang langsung tidak memberi respon pada kata-katanya tadi. ‘Patut la diam je. Penat sangat la tu,’ ngomel Shaheen sendirian.

Shaheen mengambil keputusan untuk turun ke bawah dan ingin melihat sekitar rumah Haji Halim. Dia menuruni tangga dengan hati-hati. Sampai di hujung tangga, Shaheen terdengar suara Bu Kartika berbual dengan Tuti. Langkah dibawa ke dapur.

“Sha ngapa in kamu di sini. Mau minum,” tanya Bu Kartika apabila menyedari kehadiran Shaheen.

“Bukan Bu,” jawab Shaheen. Matanya melihat Tuti yang sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk masakan tengahari. “Ada yang boleh saya bantu,” Shaheen menawarkan bantuan. Dia menghampiri meja tempat Tuti sedang mengopek bawang.

“Ngga usah Mbak. Aku bisa beres in semuanya. Mbak istirehat dulu kok. Pasti capek, iya kan,” larang Tuti bersungguh-sungguh.

“Ya bener lho,”sokong Bu Kartika.

“Mau masak apa ni Bu,” soal Shaheen ingin tahu.

“Tante mau bikin sambal ijo sama ayam goreng. Juga sayur sop,” jawab Bu Kartika. Tangannya lincah menyediakan bumbu ayam goreng. “Tuti ini udah siap. Bentar lagi goreng ayam sama ini,” arah Bu Kartika menunjukkan bumbu ayam goreng yang telah disiapkannya. “Tuti hantarkan minuman buat Ibu sama Mbak ke depan ya.”

Tuti mengangguk pantas, “Baik Bu.”

“Ayuh Sha. Tante mau tunjuk bungaan favourite Tante,” ajak Bu Kartika sambil memegang tangan Shaheen.

Shaheen mengikut sahaja langkah yang dibawa oleh Bu Kartika. Akhirnya Bu Kartika berhenti di satu sudut di luar rumah. Bibirnya menguntum senyum. Matanya memerhati satu persatu koleksi pokok orkid yang ditanamnya.

Shaheen terpegun melihat dekorasi laman orkid milik Bu Kartika. Shaheen turut memerhati keseluruhan laman orkid tersebut. Dia menghampiri rumah teduhan yang menempatkan banyak spesis orkid dengan pelbagai warna. Bentuk rumah teduhan seperti cendawan yang dibuat daripada kayu. Bumbungnya dilapisi dengan jaring teduhan berwarna hitam. Tambah menarik bila diselitkan dengan beberapa ekor itik hiasan di sekitar kawasan itu. Matanya ralit memerhati. Kolam ikan koi bersebelahan laman orkid mendamaikan mata yang memandang. Ditambah dengan ikan koi yang meliuk lintuk di dalam kolam berlari ke sana sini menarik perhatian Shaheen.

Shaheen memuji cara Bu Kartika menggunakan ruang yang terhad untuk menanam gabungan tumbuhan makanan dan hiasan. Selain menjimatkan ruang, cara ini meringankan belanja dapur. Antara tumbuhan makanan di laman comel milik Bu Kartika adalah daun kari, cili api, bayam, sawi, pegaga, selom, pudina, ulam raja, kangkung, kacang panjang, halia, kunyit, limau purut, limau kasturi dan bendi.

“Cantik,” sepatah kata meletus keluar dari bibir Shaheen. “Rajinnya Tante berkebun, bela ikan,” puji Shaheen sambil memandang Bu Kartika.

“Tante senang sekali. Tiap hari Tante pasti di sini,” akui Bu Kartika. Kolam ikan dan laman orkid dipandang tanpa jemu. “Yang ini paling Tante suka,” tunjuk Bu Kartika pada sepohon orkid yang mempunyai tangkai bunga yang sungguh banyak dalam satu pasu. Tangannya sudah memegang setangkai bunga. Menarik sungguh disebabkan bunganya mempunyai empat warna iaitu merah jambu, ungu, putih dan kuning.

“Ini orkid dari jenis Spathoglottis atau dipanggil orang orkid pinang Sha. Namanya seperti itu barangkali kerna daunnya,” jelas Bu Kartika.

“Tante pokoknya seperti gubahan bunga plastik jika dilihat dari jauh. Bunganya menarik dan menyegarkan,” puji Shaheen. “Patut la Tante sangat ceria. Nampak muda. Jadi ini ubatnya ya,” usik Shaheen.

“Iya iya lah Sha,” balas Bu Kartika senang hati. “Ayuh ke sana,” ajak Bu Kartika lalu duduk di sebuah kerusi kayu berdekatan pergola orkid. Shaheen turut melabuhkan punggung di kerusi berhadapan Bu Kartika. Di atas meja telah tersedia air teh panas dan sepiring oatmeal chocolate chip cookies.

"Silahkan minum," jemput Bu Kartika sambil tangannya menuang air ke dalam cawan. Cawan berisi air teh itu dihulur kepada Shaheen.

“Terima kasih,” ucap Shaheen menyambut cawan dari tangan Bu Kartika. Matanya masih memerhati bunga-bunga orkid milik Bu Kartika. Ada bermacam-macam jenis dan warna. Langsung ingatannya terbang ke Malaysia. Umminya juga peminat orkid. Bunga orkid pertama dari jenis Cattleya putih bersih umminya dibeli ketika Pesta Flora di Putrajaya 2 tahun yang lalu. Sejak itu minat uminya terhadap orkid membuak-buak. Serta-merta rasa rindu bertamu di hati. Walhal tak sampai sehari dia berjauhan dari umminya.

"Sha asyik sekali kamu. Sedang mikirin apa?" tanya Bu Kertika yang sedar fikiran Shaheen sedang melayang jauh.

“Oh maaf Tante. Sha teringat ummi. Dia juga sangat suka orkid,”lamunan Shaheen terhenti akibat teguran Bu Kartika.

“Oh ya. Pasti kamu kangan sama ibu kamu ya. Baru di sini lantas kamu bisa ingat sama dia. Bagus ya punya anak perempuan. Tante hanya ada Luq saorang. Dia lagi sibuk setiap hari. Kali ini pulangnya agak lama,” luah Bu Kartika.

“Jadi anak Tante tidak tinggal di sini,” tanya Shaheen.

“Ngga la Sha. Luq itu urus in business kami di Malaysia. Jadi Tante jarang ketemu sama dia. Ini pulangnya mau ke Jepara sama kamu besok Sha. Mau lihat lattest furniture katanya,” balas Bu Kartika.

“Oh jadi Haji Luqman tinggal di Malaysia ya Tante?” tanya Shaheen ingin kepastian. Bu Kartika hanya menganggukkan kepala.

“Sha panggil aja Luq. Usah Haji segala,” tegur Bu Kartika. Shaheen tersenyum mendengar permintaan Bu Kartika.

“Tante jadi sunyi lho sendirian. Om Halim juga sibuk di kantor. Orkid ini jadi teman Tante. Mujur juga ada kolam ikan ini. Dapat juga Tante berlibur sendirian di rumah. Lebih tenang gitu,” ucap Bu Kartika. “Sha kalau kamu ke Jakarta, datang yuk ke rumah Tante. Tante punya teman berbual kok.”

“InsyaAllah Tante. Ini pun Sha diminta oleh Abi untuk ke mari. Abi ada urusan lain di sana. Kalau bukan permintaan Abi, pasti kita tidak bertemu di sini Tante.”

Shaheen senang sekali dengan wanita di hadapannya. Orangnya ramah. Walau pun baru pertama kali berjumpa, Shaheen terasa seperti telah lama kenal dengan Bu Kartika. Layanan yang diberi seperti keluarga.

“Sejak bila Tante mula menanam orkid ni?” tanya Shaheen mengubah topik perbualan mereka.

“Ini baru aja Tante usahakan. Sekitar 4 atau 5 tahun kebelakangan ini Sha,” kata Bu Kartika.

“Ini banyak sekali orkidnya. Bagaimana Tante berminat menanam orkid?”

“Mulanya Tante lihat di rumah teman Tante. Bunganya cantik sekali. Kata teman bunganya senang mau dijaga. Jadi dia kasi sama Tante satu keratan orkid. Dia bilang bisa aja tanam atas tanah atau di dalam pasu. Sekitar empat bulan kemudian, bunganya muncul. Cantik bangat,” Bu Kartika teringat kembali detik pertama dia menanam orkid.

“Yang mana satu pokok yang pertama itu Tante.”

“Ke sini Sha. Tante tunjuk in bunganya,” ajak Bu Kartika.

Bu Kartika menghampiri sepohon orkid monopodial yang hidup di atas tanah. Pokoknya mengeluarkan tangkai bunga yang bercabang-cabang dengan bunga yang sangat lebat.

“Ini Sha first orkid Tante. Bunganya merah. Ini dari genusRenanthere atau nama singkatannya Ren. Selain merah ada juga warnanya light yellow atau orange. Udah hampir lima tahun bunga ini di sini. Alhamdulillah panjang umurnya sama Tante,” Bu Kartika menceritakan kisah bunga pertama yang ditanamnya.

“Ayuh Sha kita masuk. Udah panas ni,” ajak Bu Kartika. “Sebentar lagi kita makan siang.”

Shaheen bangun lantas meletakkan cawan dan piring serta teko ke dalam dulang. Sebaik sahaja dia mengangkat dulang tersebut, Bu Kartika menegur Shaheen. “Eh biar in aja di situ Sha. Sebentar lagi Tuti pasti akan beres in semuanya. Ayuh masuk,”ajak Bu Kartika.

“Oh tak apa Tante. Sha biasa buat ni semua. Senang je,” balas Shaheen dengan senyuman. Terserlah kedua-dua lesung pipit Shaheen. Bu Kartika terpempan. Lantas dia teringatkan seseorang yang sangat dekat dengannya suatu masa dahulu. Bu Kartika memerhati Shaheen yang melangkah ke dapur. ‘Oh anak itu mirip sekali,’ kata hati Bu Kartika.

“Sha di kamar ya,” beritahu Shaheen sebelum melangkah menaiki tangga ke bilik. Dia ingin mengejutkan Afzan yang tertidur tadi.

Sebaik pintu bilik dibuka, Afzan yang sedang mengeringkan rambut menyapa, “Kau tak ajak pun aku tengok-tengok rumah ni.”

Shaheen tersenyum memerhati mimik muka Afzan yang seperti merajuk.“Macam mana aku nak ajak, cepat sangat terlelap. Bosan la tengok kau tidur. Tu yang aku turun bawah. Tante Kartika tunjukkan laman orkid dia. Lagi kolam ikan dia. Hmm cantik tau.”

“Seronok berbual aku tengok. Apa yang korang borak kat bawah tu?”

Shaheen melangkah ke tepi tingkap. Dia menjengguk ke bawah. Dilihatnya pandangan dari atas kolam ikan dan laman orkid serta kerusi kayu yang didudukinya tadi. ‘Patut la dia tau aku borak dengan Tante Kartika tadi.’

“Borak pasal koleksi bunga orkid je Ijan,” jawab Shaheen ringkas.“Tau-tau dah panas. Tu yang kami masuk.”

“Takde ke kau risik pasal anak dia? Hensem la. Ada iras Dude Harlino la.”

“Hah Dude Harlino! Saper tu?”

“Ala pelakon dalam citer Aqso dan Madina, Nikita dan Dia Jantung Hatiku tu sinetron terkini lakonan Dude di TV3 kau tak tengok ke Sha?”

“Eh mana la aku tau. Aku tak tengok sinetron ok.”

“Rugi kau tak tengok Sha. Best tau.”

“Dah cepat siap. Sempat kau mandi ya. Hmm jab lagi boleh kita makan tengahari. Dah pukul 12.00 ni.”

“Malu la. Lepas bangun tidur tu aku mandi la.”

“Jadi baru bangun la ye, sakan tidur.”

Sedang asyik berbual, pintu bilik diketuk. Tuti memanggil mereka untuk sama-sama menikmati makan tengahari. Afzan cepat-cepat mengenakan tudung ke kepala. Mereka berdua turun ke ruang makan. Pakcik Halim, Bu Kartika dan Luqman telah pun menunggu di meja makan.

“Silahkan Sha, Afzan. Jemput duduk,” ramah sekali Bu Kartika memanggil mereka.

“Maaf buat semua menunggu kami,” ucap Shaheen.

“Oh tak apa. Mari duduk,” panggl Haji Halim.

Sebaik mereka duduk, Luqman memulakan bacaan doa makan. Shaheen duduk di sebelah Afzan dan berhadapan dengan Luqman. Usai mengaminkan doa, Haji Halim menghulurkan pinggan berisi buah mangga dan watermelonkepada Bu Kartika dan pinggan buah-buahan bergerak kepada semua di meja makan. Shaheen senyum melihat tindakan Haji Halim. Lantas teringat dia pada Abinya yang juga mengajar dia untuk mulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah makanan utama. Mereka makan hidangan yang disediakan. Sekali lagi Shaheen teringatkan Abi dan Umminya. ‘Apa yang mereka buat sekarang ni ya.” Jika di Indonesia pukul 12 tengahari, di Malaysia sudah pun melangkau ke pukul 1 petang. Ini disebabkan perbezaan waktu GTM, jam harus diputar 1 jam ke belakang.

Afzan dan Shaheen melihat kemesraan dan betapa rapatnya keluarga Haji Halim. Bu Kartika menceduk sup sayur ke dalam mangkuk dan menghulurkan kepada suaminya. Mangkuk yang kedua diisi dengan sup dihulur kepada Luqman pula. Ayam goreng di depan Haji Halim dihulur kepada Afzan yang duduk di sebelahnya.

“Kena rasa ayam goreng isteri pakcik ni. Sedap hingga menjilat jari tau. KFC pun kalah ni,” kata-kata Haji Halim mengundang tawa semua. Bu Kartika tersipu malu dipuji suaminya.

“Ini apa?” tanya Afzan pada hidangan seperti sambal goreng di depan pinggannya.

“Itu sambal ijo, rasa la,” balas Bu Kartika. Afzan menceduk sesudu sambal ijo ke dalam pinggannya.

“Afzan, Shaheen ni semua masakan padang. Ayam goreng ni masakan Padang juga. Ni rencah semua Tante yang sediakan. Kena rasa. Kalau tak rugi tau.” Haji Halim mengambil seketul ayam goreng lalu dimasukkan ke dalam pinggan Bu Kartika.

Luqman makan tanpa banyak bicara. Namun matanya sesekali menjeling Shaheen. Luqman mengambil mangkuk kecil lalu diceduk sup sayur dan dihulur kepada Shaheen. Lambat-lambat Shaheen menyambut mangkuk tersebut. Shaheen menghulurkan mangkuk tersebut kepada Afzan.

“Akim jangan tak tau Sha ni anti sayur. Tak makan sayur ini orang,” getus Afzan sambil memandang Shaheen di sisi.

“Sayang sekali kok. Harus dicoba sayur sop ini. Enak bangat. Silahkan dicoba,” pujuk Luqman lantas menghulurkan semangkuk kecil sup sayur kepada Shaheen.

“Iya Sha. Coba dikit aja,”pujuk Bu Kartika pula.


Shaheen lantas mengambil sudu sup di tepi pinggannya. Kuah sup diceduk lalu dibawa ke mulut. Kuah sup dicicip perlahan. Terasa rencah sup beraroma harum itu di dalam mulut. Manis sayur juga terasa. ‘Sedap juga.’ Sudu berisi sup sayur disua ke mulut buat kali kedua.

“Ah gitu dong. Gimana, enak ngga?” tanya Luqman ceria. Shaheen mengangguk sambil tersenyum. Luqman terpana melihat senyuman Shaheen. Baru dia tersedar sesuatu. Barangkali itu la persamaan yang dilihat oleh Luqman sejak pertama kali bertemu Shaheen di lapangan terbang pagi tadi.

Bu Kartika nampak perubahan air muka Luqman. Cepat-cepat dia mengambil ayam goreng lalu diletakkan di dalam pinggan anaknya.

“Luq ini ayam gorengnya. Mama bikin paling enak buat anak mama.”

Selepas itu masing-masing makan dengan berselera. Afzan sangat suka sambal ijo. Makanan pedas menjadi kesukaannya. Walaupun malu, dua kali juga Afzan menambah nasi ke pinggannya. Bu Kartika gembira sekali bila tetamu yang datang menikmati hidangan yang disediakan.

Selesai makan seperti biasa Shaheen mengemas meja makan bersama Afzan. Walaupun dilarang oleh Bu Kartika, Shaheen dan Afzan dengan rela hati mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk serta gelas yang digunakan. Bu Kartika akhirnya duduk di ruang makan menemani Afzan dan Shaheen sehingga mereka selesai mengemas.

“Yuk ke mari. Bentar lagi Tuti beres in semuanya,” panggil Bu Kartika mengajak Afzan dan Shaheen ke ruang tamu. “Tante senang sekali kalo punya anak perempuan kayak kamu.”

Afzan dan Shaheen tidak berkata apa-apa. Mereka mengekori Bu Kartika ke ruang tamu. Di situ Haji Halim dan Luqman duduk santai. Bu Kartika mengambil tempat di sebelah Haji Halim.

“Sore in mau jalan-jalan?” tanya Luqman pada Afzan dan Shaheen.

“Boleh juga,” pantas sekali Afzan menjawab. Luqman senyum.

“Baik Mbak, siap. Saya supirnya Pak Luqman bisa bawa Mbak berdua jalan-jalan di kota.”

Afzan sudah ketawa. Shaheen membulatkan mata memandang Luqman. Luqman turut ketawa. Matanya yang sedia sepet bertambah kecil.

Haji Halim dan Bu Kartika memandang Luqman silih berganti. Perubahan yang berlaku di depan mata sudah lama mereka impikan. Sejak kejadian 3 tahun lalu, Luqman Hakim berubah menjadi seorang yang pendiam. Emosinya juga cepat berubah. Sehinggakan Luqman membawa diri ke Malaysia. Selama itu Bu Kartika sentiasa berdoa agar Allah mengembalikan Luqman menjadi seperti sebelumnya. Bu Kartika rindukan anaknya yang periang, mudah bergaul, penyayang dan suka bergurau.

“Ayuh Mama ikutan ya,” ajak Luqman. “Papa juga.”

Haji Halim dan Bu Kartika hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Luqman. Petang itu mereka semua keluar bersama-sama.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim