Otak hanyalah aktiviti-aktiviti
bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk
melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan
sempurna.
Setiap hari
14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16
juta saraf tubuh yang lain. Semua
aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah
natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu,
apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf
otak tersebut.
Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan
saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara
keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang
sebelum berzikir otak tidak
begini. Otak yang segar dan cergas secara
tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima
kebenaran.
Hasil kajian
makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific
American, keluaran Disember 1993. Satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan
diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang
berkaitan.
Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini
mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila
senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat
di kawasan pertama. Ini sekali gus
membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti
perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah
kemampuannya.
Marilah
sama-sama kita cuba amalkannya. Insyallah.
Sumber: http://wira2u.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment