"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, September 29, 2012

Hadapi Dengan Senyuman

Hari ke-2 dilanda sakit gigi, gara-gara gigi bongsu yang tumbuh tidak mengikut susunan. Masa makan pun sakit bila gigi berlaga. Apapun Sha bersyukur diberi sakit yang sedikit ini.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah bersabda: “Tiada seorang Muslim tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, kecuali Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa.” (Hadis riwayat Bukhari).
 
Di dalam hadis lain yang mempunyai maksud yang sama, Rasulullah bersabda: “Barang siapa dikehendaki oleh Allah kebaikan baginya, maka dia (diuji) dengan suatu musibah. “(Hadis riwayat Bukhari).
 
Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya, maka Allah menguji dan mencubanya agar dia dapat mencapai darjat itu.” (Hadis riwayat Thabrani).
 
Lantaran itu, penyakit harus dihadapi dengan sikap, pemikiran dan perilaku yang positif. Umpamanya ketika sakit, kita berfikiran positif dan cakap pada diri sendiri bahawa kita sihat, kuat dan sabar. InsyaAllah, kita pasti cepat sembuh.
 
 

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim