"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, September 2, 2012

Kasihmu 11


11

“Aida petang ni saya tak masuk pejabat.”
“Baik. Cik Sha dah ambil tiket flight yang saya letak atas meja tadi.”
Shaheen membuka beg tangannya. “Ermm dah . Thanks Aida.”
“Selamat pergi dan selamat kembali. Saya doakan Cik Sha bertemu jodoh di sana.”
Bulat mata Shaheen memandang Aida. “Eh ke situ pula. Saya ke sana atas urusan kerja la Aida.”
Aida ketawa kecil. “Mana tau Cik Sha. Jodoh ni rahsia Allah. Kalau dah sampai waktunya, Cik Sha tentu akan bertemu si dia. Mungkin di sana.”
Shaheen senyum. Dia berserah pada Ilahi. Namun usai solat, dia sentiasa memanjatkan doa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang beragama, yang beriman, yang berakhlak mulia, yang dapat membimbing dia ke arah yang diredhaiNya serta dapat menerima dirinya dengan apa adanya. Dia juga berdoa agar ditemukan jodoh dengan lelaki yang sesuai dengannya dan terbaik buatnya.
“Amin Aida,” balas Shaheen tidak mahu memanjangkan isu jodoh yang diutarakan oleh Aida. “Oh ya Aida sepanjang saya tak ada ni, saya benarkan awak balik awal. Please update saya jika ada perkara yang urgent ya Aida,” pesan Shaheen.  “Saya pergi dulu ya.”
Sebelum pulang, Shaheen singgah ke bilik kerja Afzan. Sahabatnya itu sedang mengemas meja. Akhir sekali Afzan menutup suis komputernya.
“Jom balik,” ajak Shaheen.
“Ok.”
“Esok pagi aku datang ambil kau ya. Jadi tak payah la kau drive ke KLIA.”
“Thanks Sha.”
*******
Shaheen tiba di rumah saat Puan Asyiqin sedang menyusun pinggan di atas meja makan.
“Assalamualaikum Ummi,” sapa Shaheen lantas memeluk Umminya erat. “Ummi masak apa hari ni?”
“Masak lomak daging salai.”
“Hmm favourite Abi tu. Mesti Abi makan bertambah jab lagi kan Ummi.”
Encik Suffian yang mendengar namanya disebut, masuk ke ruang makan. “Sebut-sebut Abi ni, ada apa-apa ke?”
Shaheen tersenyum sambil memandang Umminya.
“Abang mari makan. Qin dah siapkan hidangan makan tengahari.”
Encik Suffian, Puan Asyiqin mengambil tempat duduk. Encik Suffian mulakan dengan bacaan doa makan.
“Hmm my favourite fruit,” Encik Suffian mengambil sepotong buah betik lalu disua ke mulut. “Manisnya.”
Puan Asyiqin dan Shaheen juga mengambil buah betik sebagai pembuka selera. Encik Suffian mengajar keluarganya untuk makan buah-buahan segar dahulu sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna, boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain atau buah bertemu makanan lain dalam perut, maka buah akan terperangkap, bercampur dalam perut. Ini akan menyebabkan fermentasi iaitu proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen.
Hasil pembacaan Shaheen mengetahui bahawa proses fermentasi buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri. Fermentasi ialah proses pemecahan molekul berat karbohidrat kepada molekul ringkas oleh bakteria. Proses ini akan menghasilkan asid dan gas dalam perut. Apabila buah terfermentasi bercampur dengan keseluruhan makanan dan enzim pencernaan maka keseluruhan makan akan rosak. Gas pula akan menyebabkan kembung perut.
Shaheen memahami rational makan buah-buahan hasil pembacaannya daripada satu laman web. Dia juga maklum bahawa amalan tersebut telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan cara pemakanan buah yang betul membolehkan badan memanfaatkan kebaikan nutrisi yang terkandung di dalam buah dan juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.
Tengahari itu Shaheen menikmati hidangan makan tengahari dengan berselera sekali. Air tangan Puan Aisyiqin. Masak lemak daging salai bersama ayam goreng berempah kesukaan Shaheen juga disediakan. Ulaman dan sambal belacan juga tidak dilupakan. Encik Suffian selalu berpesan agar makanan keluarga hanya disediakan oleh Puan Asyiqin. Mak Teh membantu hal-hal lain selain daripada memasak.
Flight pukul berapa Een,” tanya Puan Asyiqin.
“Pukul 7 pagi Ummi,” jawab Shaheen. “Kena keluar awal la esok.”
“Nanti Abi hantarkan.”
“Abi nanti boleh singgah ke rumah Ijan. Ambil dia dan gerak sama,” tanya Shaheen.
“Boleh.”
“Kenapa Een tak ajak jer dia tidur kat sini malam ni,” cadang Puan Asyiqin.
Shaheen senyum. “Ya lah Ummi. Tak terfikir Een. Jab lagi Een call Ijan.”
“Esok Een sampai sana tunggu Haji Luqman. Dia akan jemput Een di Bandara Soekarno Hatta, Jakarta. Mungkin gerak terus ke Jepara atau mungkin bermalam di Jakarta dahulu. Depend pada plan Haji Luqman.”
“Jauh ke Jepara tu Abi.”
“Naik flight 45 min dari Jakarta ke Semarang. Lebih kurang 2 jam lepas tu baru sampai Jepara naik teksi. Kalau dengan kereta dari Jakarta ke Semarang lama juga 8 jam baru sampai Een.”
“Oh ya ke Abi. Jauh tu.” Shaheen mebayangkan perjalanan yang pasti memenatkan. Dia fikir ada baiknya jika menginap dahulu di Jakarta. Boleh juga jalan-jalan.
“Sampai sana sampaikan salam Abi pada Haji Luqman serta kelurganya ya,” pesan Encik Suffian. Dia senyum.
“InsyaAllah Abi.” Shaheen memandang Umminya yang hanya menjadi pendengar dari tadi. “Ummi ada nak kirim apa-apa dari sana?”
“Jangan susah-susah Een. Een ke sana sebab kerja kan. Bukan pegi melancong. Lain kali kalau ada rezeki kita ke sana satu keluarga, ya bang,” cadang Puan Asyiqin.
Selesai makan tengahari, Shaheen membantu Puan Asyiqin dengan kerja-kerja mencuci. Encik Sufian turut membantu mengemas meja makan. Meja dilap bersih.
*******
Seawal pukul 4 pagi Shaheen dan Afzan telah pun bergerak ke LCCT, Sepang. Perjalanan pagi itu lancar sahaja. Tiba di LCCT, Encik Suffian mengeluarkan bagasi mereka berdua. Shaheen beria tidak mahu Encik Suffian menunggu bersama mereka. Selepas bersalaman dengan Abinya, Shaheen dan Afzan berjalan masuk menarik bagasi masing-masing.
“Sha awal lagi ni. Flight kita kul 7 kan.”
“Ya. Jom la pi check in baggage dulu. Lepas tu kita isi perut dulu ya.”
Selesai custom luggage check, Shaheen dan Afzan terus ke kaunter untuk timbang berat beg. Staf di kaunter tersebut menjalankan tugasnya dengan senyuman. Bar code dicetak dan ditampal atas boarding pass sebagai bukti. Shaheen dan Afzan simpan semula boarding pass dalam beg sandang masing-masing. Masa masih ada. Mereka cuma alas perut dengan roti Gardenia dan Waffles Gardenia dengan air mineral.
Mereka duduk di kerusi yang tersedia. Shaheen membuka pembungkus waffles perisa Maple Wholemeal sementara Afzan sedang mengunyah roti Gardenia jagung. Masing-masing diam.
“Ijan dah masuk waktu la. Jom.” Shaheen dan Afzan berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat subuh. Selesai menunaikan solat subuh, masih ada 45 min lagi sebelum waktu penerbangan.
Langkah diatur ke kaunter Imigresen. Selepas urusan scanning imigresen, Shaheen dan Afzan berlalu ke balai berlepas. Di sana mereka menunggu pengumuman pesawat penerbangan. Sebaik sahaja pengumuman diumumkan, mereka berdua beratur dan menghulurkan boarding pass serta paspot sebelum keluar pagar ke kapal terbang yang menanti. Sekali lagi mereka menunjukkan boarding pass kepada pramugari semasa nak ke tangga kapal terbang. Afzan duduk di tepi tingkap dan Shaheen di tempat duduk tengah.
“Sha berapa jam flight ni?”
“Lebih kurang 2 jam.”
“Ok nanti kejutkan aku ya. Ngantuk la. Awal kita bangun tadi.”
“InsyaAllah. Hihik aku pun rasa ngantuk gak ni Jan.”
Lagi 15 min pesawat akan mendarat di Bandara Sukarnoe Hatta. Pengumuman yang dibuat oleh cik pramugari mengejutkan Afzan dan Shaheen yang sempat melelapkan mata.
Selesai urusan mengambil bagasi, mata mereka mencari-cari Haji Luqman. Afzan yang menolak troli berjalan perlahan di sebelah Shaheen.
“Eh Sha, tu,” kata Afzan menunjuk ke kanan sebaik sahaja matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang memegang kertas yang tertera nama Shaheen Suffian.
“Assalamualaikum,” sapa Shaheen sebaik sahaja berada di hadapan lelaki itu. “Saya Shaheen. Haji Luqman mana?”
“Waalaikumsalam. Selamat siang nona manis. Saya Akim, supirnya Pak Luqman.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Matanya memerhati dua orang gadis di depan mata. Bibirnya menguntum senyum penyambut tetamu jauh.
Dia membantu menarik troli dari tangan Afzan. “Ayuh, Pak Luqman menunggu di rumah,” katanya lagi.
Afzan dan Shaheen mengikut Akim dari belakang. Shahaeen memerhati Akim. ‘Kemasnya ‘supir’ Haji Luqman. Dengan gaya Adidasnya. Dari baju-T, ke track bottom hingga ke kasut sukan juga jenama Adidas. Tak ada gaya driver pun,’ ucap Shaheen di dalam hati.
Sebuah kereta Avanza menunggu mereka. Cepat-cepat Akim membuka pintu untuk Afzan dan Shaheen. Selepas menyimpan bagasi, Avanza hijau itu meluncur laju menuju ke kediaman Haji Luqman. Tidak sampai 10 minit, Avanza yang dipandu berhenti di sebuah rumah yang tersergam tanpa pagar. Di Jakarta rumah seperti itu dipanggil rumah cluster. Kediaman keluarga Haji Luqman terletak di Perumahan Daan Mogot Baru, Cangkareng, Jakarta Barat.
“Silakan,” Akim menjemput Afzan dan Shaheen masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa empuk warna putih. “Sebentar ya.” Pemuda itu berlalu laju meninggalkan mereka di ruang tamu.
Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki dan wanita seusia Abi dan Ummi Shaheen. Lantas Shaheen dan Afzan bangun dan bersalaman dengan tuan rumah. Mereka memperkenalkan diri masing-masing.
“Apa khabar anak berdua,” sapa si isteri ramah.
“Alhamdulillah kami baik-baik saja Ibu, Bapak Luqman,” ucap Shaheen mewakili Afzan. “Abi saya kirim salam sama Pak Luqman sekeluarga.”
Meletus tawa tuan rumah. Afzan dan Shaheen sedikit terkejut. ‘Aku salah cakap ker,’ fikir Shaheen.

“Sebenarnya Luqman itu anak kami. Saya kenalkan diri, saya Halim dan ini isteri saya Kartika. Anak kami Luqman Hakim. Mungkin kamu berdua telah pun berjumpa dia tadi,” Haji Halim memperkenalkan diri.
Afzan dan Shaheen berpandangan. ‘Jadi ‘supir’ tadi tu adalah Haji Luqman?’
“Pakcik bukan orang Indonesia?” tanya Afzan.
Haji Halim tersenyum. “Pakcik asal dari Gombak. Bekerja di sini hampir 20 tahun di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Pakcik bertemu jodoh dengan isteri pakcik di sini.”
“Oh patut la pakcik boleh berbahasa melayu. Abi tak ada pulak bagi tau mengenai pakcik. Abi sebut nama Haji Luqman. Sha ingatkan pakcik ni Haji Luqman.”
Haji Halim tersenyum. DIa memandang isterinya. “Mana Luqman Mama?”
“Luq tadi buru-buru ke kamarnya. Mau mandi katanya. Dia sebetulnya baru pulang dari jogging Pa sebelum Mama minta dia jemput mereka,” jawab Ibu Kartika. “Sebentar ya, Tante ke dapur dulu,” kata Bu Kartika sambil berjalan ke dapur.
“Er tak usah susah-susah Tante,” balas Afzan.
“Ngga apa-apa kok. Bentar aja,” ucap Ibu Kartika.
Ibu Kartika muncul semula dengan menatang dulang berisi minuman dan sepiring lumpia pisang. Hidangan diletakkan di atas coffee table di hadapan Shaheen dan Afzan. “Silakan.”
“Terima kasih Tante,” ucap Shaheen dan Afzan serentak. “Om sama Tante jemput minum,” Shaheen berbahasa.
“Silakan Sha, Afzan. Jangan segan,” ucap Haji Halim. “Mama panggilkan Luqman. Dia belum minum dari pagi tadi kan.Udah hampir jam 10 ni.”
“Baik Pa.”
Belum sempat Ibu Kartika ke bilik anak bujangnya, Luqman Hakim muncul dengan penampilan yang lebih kasual. Kemeja kotak-kotak warna hitam merah juga dari jenama Adidas dengan sepasang jeans hitam.
“Assalamualaikum,” sapa Luqman Hakim lalu duduk di sofa bersebelahan Haji Halim.
“Kamu sudah kenal di airport kan,” tanya Haji Halim. Luqman Hakim memandang wajah Haji Halim. Dia senyum.
“Sudah Papa.” Luqman memandang lama ke arah Shaheen. Dia senyum menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun cantik.
Shaheen memandang tajam ke arah Luqman Hakim. ‘Jadi inilah Haji Luqman yang Abi maksudkan. Dia tidak menyangka orangnya masih muda. Sebaya barangkali dengannya. Pertama kali mendengar nama Haji Luqman, Shaheen membayangkan orangnya sebaya Abinya. Nyata tekaannya meleset sama sekali.”
“Tapi tadi Akim tu siapa?” tanya Afzan.
Luqman terus ketawa. Dia teringat semasa menjemput Shaheen dan Afzan dia memperkenalkan diri sebagai Akim ‘supir’nya Pak Luqman. 

“Akim? Luq kamu bercanda dengan menyamar sebagai apa sekarang?” tanya Ibu Kartika pada Luqman yang masih tersenyum. Ibu Kartika kembali dengan segelas susu serta sepiring lumpia pisang dan diletakkan di hadapan anaknya Luqman Hakim.
“Ngga Ma,” balas Luqman Hakim sambil senyum memandang mamanya.
“Maaf ya Sha sama Afzan. Anak tante ini suka sekali bercanda. Maaf jika dia bikin repot sama kalian,” ucap Ibu Kartika dalam nada cemas.
“Errmm tak apa tante,” balas Afzan.
“Luqman esok kamu temankan mereka ke Jepara. Seperti yang Papa bincangkan dengan kamu. Di sana kamu jumpa Bapak Ahmad Saroni dari Ukiran Jepara. Papa dah pun booking tiket flight esok. Hari ni biar mereka rehat dan boleh juga jalan-jalan sekitar kota,” kata Haji Halim ditujukan kepada Luqman Hakim yang sedang menyisip susu.
‘Macam tau-tau aja plan aku,’ getus Shaheen dalam hati.
“Tuti,” panggil Haji Halim.
Terkocoh-kocoh seorang wanita muda berbadan sedikit gempal datang ke ruang tamu.
“Ya Pak,” jawab wanita yang dipanggil Tuti oleh Haji Halim.
“Kamu udah kemas kamar tamu buat nona manis ini. Sebentar lagi bawa mereka ke kamar ya,” pinta Haji Halim.
“Sudah diberes in sebentar tadi Pak. Baik Pak,” jawab Tuti. “Ayuh Mbak.”
“Shaheen, Afzan rehat la dulu. Buat macam rumah sendiri. Makan tengahari pukul 12.30 ya,” Haji Halim berusaha memastikan tetamunya selesa.
Shaheen dan Afzan bangun mengikut Tuti yang sedang menunggu di anak tangga. “Terima kasih Pakcik, Tante,” ucap Shaheen sebelum berlalu.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim