"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, June 25, 2013

Irama Hati


Dambaan Hati


Saturday, June 22, 2013

ILU

Pagi ni di NLKO lagu ni berkumandang ..I Love You oleh Najwa Latif..dari last week lagi dah dengar lagu ni kat office..terasa dekat saja lagu ini di hati..apa pun Sha..semuanya dah ditentukan olehNya..hadapi semuanya dengan senyuman..

Sunday, June 16, 2013

Dear Neighbor

Alahai jiran..bertimbang rasalah sedikit..Porch awak luas kan..dah renovate baik punya..kenapa nak juga parking 2 kereta awak di luar?? Macam mana Sha nak parking ni? Hmm sabar sahaja lah..

Friday, June 14, 2013

Ketawa Penawar Duka

Tengahari tadi penat bergelak tawa bersama seorang sahabat, Ita. Sambil makan McD, kami berborak pasal kenangan lama, gelagat rakan-rakan lama, aktiviti yang pernah kami lalui bersama serta plan kami untuk aktiviti yang akan datang.
 
Paling kelakar bila masuk bab kawan-kawan yang buat lawak tak henggat tapi muka stone je..Ya Allah terima kasih kerana menemukan diri ini dengan sahabat & rakan-rakan yang bisa membuat daku tersenyum
 
Happy..
 
 

Thursday, June 13, 2013

Monday, June 10, 2013

Hadirmu



Saturday, June 8, 2013

Hadapi dengan Senyuman

Ya apa lagi yang boleh Sha buat. Senyum sahaja. Kisahnya masa on the way ke Dusun Eco Resort (DER) singgah kejab di Genting Sepah for breakfast. Then baru gerak nak ke DER tut-tup cermin depan sebelah kanan retak. Crack tu sikit je. Just ralat sikit sebab masa tu Sha duduk di sebelah pemandu. Apa hendak kukata. Perkara nak jadi. Redhakan saja.
 
Jumaat pagi dah gerak ke DER. Ahad baru balik. Retak tu makin panjang. Hmm kesian pulak tu my Mr. Blackie. So at last Sha ambil keputusan untuk tukar cermin depan tu. Adeh yang sakit sikit tahun ni Sha pulak tak ambil insurans cermin. Huhu. Namun tetap bersyukur sebab income dari home tutor banyak membantu. Terima kasih ya Allah.
 
Lebih kurang ginilah retaknya. Ni gambar hiasan ya.

Spagetti Hailam

Yup..biasa kan mee hailam..this time Sha buat spagetti hailam.
 
Tetiba saja mau makan mee hailam..hmm mee tak ada. Teringat ada spagetti. Hmm ok juga tu. So keletung-keletang kat dapur. Tadaaa dinner malam ni with spagetti hailam. Hmm yummy makan depan TV sambil layan Cinta Jangan Pergi. :) & a mug of hot nescafe..alhamdulillah nikmatnya..
 
Ni gambar hiasan ya. Tadi tak sempat pun nak snap picture my spagetti hailam. 
 

Memilih @ Dipilih

Meaningful..
 
 
 

100+

Penat!

Kelas pagi kul 10am - 12 noon. Then petang pula 3pm - 5pm. Sib baik kelas malam 8.30pm -10.30pm cancel. Hmm sabar ya Sha.

Seronok pergi kelas. Macam kerenah anak murid dengan parents/guadian masing-masing. Apa pun syukur padaMu Ya Allah atas semua anugerah dariMu.

Wednesday, June 5, 2013

Pengalaman Disengat Penyengat

Itulah pertama kali Sha kena. Ya Allah sakitnya. Bergenang juga mata menahan sakit yang rasa seperti berdenyut kebas dan panas. Disengat di tiga tempat iaitu di jari kelinking, pipi dan lengan. Rupanya penyengat tu tinggakan 'penyengat'. Kalau tak cepat-cepat buang, bisa tu akan terus diinjet masuk ke dalam badan..huhu mana Sha tau.
 
Mujur juga Dr. Samsul ada bawa minyak panas. Terima kasih Kak Has yang bersusah-payah menyapu minyak panas. Sha tak rasa panas minyak tu sebab bisa sengatan tu dah panas.
 
Sha ingat lagi, Kak Has tanya, "Sha panas tak minyak tu? Tangan akak rasa panas." Sorry Kak Has, sebab Sha akak pulak yang terkena panasnya.
 
Kisahnya sebelum kena sengat tu, Sha berdiri sambil memegang DSLR untuk ambil gambar kumpulan B2. Dah cantik semua masuk frame, tetiba terasa jari kelinking sangat sakit. Nampak serangga macam lebah. Sha dah jerit kuat bila terasa pipi pulak disengat. Nyaris DSLR di tangan dicampak. Jika tidak apa Sha nak jawab pada Dr. Samsul. Mahal DSLR Canon tu. At last gambar kumpulan ke mana, ahli kumpulan dok sibuk layan Sha dengan Kak Syida yang juga menjadi mangsa penyengat. Hihikk..kesian Sha..
 
 
 
 

Monday, June 3, 2013

Permudahkan Urusan Sahabatku Ya Allah

Di ketika ini, sahabatku sedang berdepan dengan ujian dariNya. Daku bermohon padaMu, permudahkanlah urusannya, berikanlah kesabaran serta ketabahan buat sahabatku itu mengharungi semua dugaan dariMu. Janganlah Engkau jauhi sahabatku itu dari rahmatMu..
 
Buatmu sahabatku, NBH tabahlah hadapi semuaNya..

Sunday, June 2, 2013

Diri Sendiri

Gambar ehsan dari laman FB milik seorang teman.

Manusia ini hebat. Allah ciptakan manusia dengan kelebihan akal. Kita juga ada emosi. Ada masa sedih, gembira, takut, rasa sakit dan macam-macam lagi yang akan kita lalui sepanjang hayat dikandung badan.
 
Semua itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana mahu mengurus dan mengawal sekeping hati milik kita. Jika baik hati itu baik juga segala yang akan kita lakukan serta sebaliknya.
 
Cabaran paling besar adalah mencabar diri sendiri. Teruskan berusaha!

31 Mei - 2 Jun 2013 Team Building @ Dusun Eco Resort, Bentong

Best!

Team Building PPPA di Dusun Eco Resort. Macam-macam pengalaman menarik. Ini merupakan kali kelima Sha ke sana. Sekali sebagai peserta dan empat kali sebagai fasilitator program tersebut. Best sangat sebab ini seperti perjumpaan reunion semua fasi yang terdahulu sekitar tahun 2005-2006. Namun ada juga beberapa orang fasi baharu. Ada juga beberapa fasi terdahulu yang tidak dapat ikut serta disebabkan oleh komitmen lain terhadap keluarga serta kerja mereka. Cuma kali ini Komandan Team Building dan juga orang kuat fasi terdahulu menjadi peserta. 

Terima kasih Dr. Samsul dan Kak Hasliza yang sudi menjemput Sha untuk kembali menyumbangkan tenaga dalam aktiviti teambuilding di pejabat Dr. dan Kak Has.

Petikan kata-kata yang disampaikan oleh oleh Dr. Samsul, "Jangan dengar apa orang itu kata, tapi dengarlah apa yang orang itu tidak kata."

Peserta pun ok..biasa la here and there..nobody is perfect. Hanya Allah sahaja yang Maha Sempurna.

p.s. picture Sha insert later ya..





 













Apa Yang Penting - Wonderpet

Banyak perkara yang penting dalam hidup ini. Just hari ni nak kupas isu kerjasama dan hormat orang lain.
 
Kerjasama sepertinya dua perkataan yang maksudnya bekerja bersama-sama dalam kumpulan yang besar atau ramai orang. Hidup ini bukan diri kita sahaja. Sebaliknya meliputi semua orang di sekeliling kita.
 
Hormat orang lain atau respek? Muda atau tua seseorang itu kita masih perlu hormat orang itu. Biasa dengarkan yang tua dihormati yang muda disayangi. Bagi Sha tua atau muda, dua-dua kita kena hormat dan kita sayang.
 
Jadi kita perlulah berbaik sangka dengan semua orang agar hidup ini lebih tenang.
 
 
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim