"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, June 26, 2015

Lovely Journey, New Zealand Part 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
Sha mulakan dari Sydney Airport ya. Dari Sydney ambil masa 3 jam dengan Qantas 139. Ya Allah naik Qantas ni macam tak sempat nak hadam, banyak betul makanannya. Alhamdulillah. Tapi disebabkan Sha dah ngantuk sangat Sha skip dinner. Hihi sebenarnya sebelum naik flight tadi dah makan burger, fries sebab flight delay so dapat kupon makan banyak. So kami berlapan makan la sebelum check-in. Save budget kan dan jangan bazirkan kupon tu... Bila dah dalam flight dah tak fikir lain nak tidur je. Penat berjalan di Sydney. So sempat la tidur. Then terjaga sebab seat Sha di laluan tengah. So each time troli makanan lalu memang Sha akan sedar. Tapi dek ngantuk memang Sha tak lalu nak makan. At last minum sky juice dan makan aiskrim coklat.
 
Ok tutup bab makan. Berbalik pada perjalanan ke NZ. Beza waktu antara Sydney dengan Christchurch 2 jam. Jadi tiba di Christchurch pukul 10.35 malam waktu tempatan. Waktu Sydney 8.35 malam dan waktu Malaysia 6.35 petang.
 
Kami berlapan setuju untuk mengambil kereta selepas pukul 12 malam. Rasionalnya jika ambil pada pukul 11.59 pun pasti sewanya dikira sebagai 1 hari juga. Kan rugi tu. So sementara menunggu masa berlalu, kami 'lepak' di airport.
 
Lepas dapat kereta kami masih perlu tunggu di airport sebab kami perlu beli bahan basah. Lebih mudah beli di pasar di Christchurch. Pasar buka sekitar jam 10 pagi. Jadi 4 orang pergi pasar beli barang basah. Selepas itu, baru kami meneruskan perjalanan ke Twizel, Canterburry. 4 jam perjalanan dan jaraknya 285km. Macam Sha balik kampung jauhnya perjalanan tu. Dalam perjalanan makan buah pisang dan epal. Lapar memang ya. Tapi masih boleh bertahan.
 
~bersambung~
 
p.s While I'm writing this, I miss NZ especially my stay at Queenstown.

Wednesday, June 24, 2015

Lovely Journey, New Zealand Part 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

First of all, I am so sorry late posting.

Balik dari Bumi Kiwi agak sibuk dengan tugasan dan urusan kerja. Selepas kembali dari NZ ni  ditugaskan ke Terengganu dan Pahang untuk pantau program, Sha akan update pasal program tu next time  ya.

Sha ke New Zealand pada 24 April 2015 hingga 3 Mei 2015. Ini sebenarnya program yang dianjurkan oleh UPM, Program UPM Talent Outreach Programme (UPMTACT)

Marhaban Ya Ramadan 1436H

Assalamualaikum Semua,
Harapannya agar belum terlewat untuk Sha ucapkan Selamat Menyambut Ramadan. Ahlan wa sahlan ya Ramadan.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Semoga Ramadan 1436H ini memberi keberkatan dalam hidup kita, insyaAllah.
Salam Ramadan,
Sha Hashim


Saturday, April 18, 2015

Countdown: 7 Days, New Zealand I'm Coming

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
     Macam tak percaya pun ada...Sha akan ke NZ next week 25 April 2015. Hari ni 18 April 2015, masa semakin hampir. Trip ni sebenarnya lawatan kerja ke University of Otago di NZ bawah Program UPMTACT. Tapi dah alang-alang ke sana for almost a week (3 Mei 2015 baru touch down di KLIA), so banyak la berjalan sambil cuci mata.

Sunday, February 1, 2015

Homemade Cookies

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Homemade Cookies in d'house!

Sedia untuk dijual. 
Dengan 7 pilihan untuk dinikmati.
 
 RM13 sahaja!
 
Homemade Cookies:
1. Almond
2. Cashew
3. Oat
4. Coffee
5. Sunflower Seed
6. Chocolate
7. Nestum

Berminat?

Sila WhatsApp (019-2646320) atau PM Sha







Sunday, January 25, 2015

Bengkel Hala Tuju 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
     Alhamdulillah 2015 bemula dengan baik. Masa berlalu dengan pantas. Sudah 26 hari berada dalam bulan Januari.
     Mudah-mudahan 2015 ini menjadi lebih baik daripada 2014, insya-Allah. Aamiin.

Ya Allah permudahkanlah urusanku sepanjang tahun 2015 ini, hanyalah padaMu kumeminta.

23 - 25 Januari 2015
Keluarga PKPP

Friday, January 2, 2015

Maulidur Rasul 1436H

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
      Permulaan 2015 yang sangat baik. 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiul Awal 1436H merupakan satu tarikh yang sangat bermakna. Sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh seluruh umat Islam. Kelahiran Nabi Besar Junjungan kita, Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam. Kelahiran Baginda membawa rahmat ke seluruh Allah. Insan yang mulia ini akan sentiasa berada dalam ingatan kita. Selawat dan salam ke atas baginda serta seluruh kaum keluaraga dan para sahabat baginda.
 
     Tahun ini juga merupakan tahun yang istmewa kerana Maulidur Rasul akan disambut sekali lagi pada Disember 2015. Bermakna pada 2015 ini, umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul sebanyak dua kali. Fenomena ini hanya berlalu pada setiap 33 tahun. Walau pun begitu, diharapkan umat Islam akan sentiasa mengingati Baginda sebagai mana Baginda sentiasa mengingati kita, umat di akhir zaman ini. Malah Baginda sudah merindui kita umatnya, walau pun ketika itu, kita belum lagi wujud. Masya-Allah begitulah sayangnya Baginda pada kita semua. Kasih sayang Baginda terhadap kita umatnya begitu kuat hinggalah Baginda berada di hujung nyawa. Jadi sebagai tanda kasih dan sayang kita kepada Baginda, sama-samalah kita berselawat dan mengikut sunnah-sunnah Baginda.
 
 
 
(pesanan untuk diri sendiri)

 

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim