"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, October 12, 2012

Perasaan

Renungan 32: Gembira dengan kejayaan orang lain

 
Kisah lelaki kudung
 
Suatu masa dahulu ada seorang lelaki kaya tinggal di banglo atas bukit. Di lereng bukit ada kampung bernama Kampung Permai.Di kampung tinggal kawannya yang bertangan kudung. Lelaki kaya bersahabat dengan lelaki kudung sejak di sekolah rendah. Dia sering melawat lelaki kudung dan membelikan kawannya baju baharu bila tiba hari raya.

Suatu hari lelaki kudung memberitahu lelaki kaya bahawa dia ingin berkahwin.

“ Saya boleh tolong menguruskan majlis perkahwinan awak,” kata lelaki kaya dengan senang hati. Tetapi lelaki kaya tidak bertanya siapakah bakal isteri lelaki kudung.

Lelaki kudung sangat gembira kerana sahabatnya merestui perkahwinannya.

Hari perkahwinan telah tiba. Lelaki kudung selamat bernikah dengan isterinya, Isabela yang paling jelita di kampung mereka. Lelaki kaya amat terkejut kerana Isabela memilih lelaki kudung sebagai suami. Sedangkan dia pernah meminang Isabela.Tetapi peminangannya ditolak.

Suatu hari di kedai kopitiam, lelaki kaya bertanya bagaimana Isabela boleh tertarik hati dengan lelaki kudung.Jawab lelaki kudung,” Kerana awak dia tertarik pada saya,”

Jawapan itu menghairankan lelaki kaya. “Apa kaitannya dengan saya? Saya pernah meminang Isabela tetapi dia menolak. “

Lelaki kudung menerangkan. “Isabela sering ternampak awak membantu saya memberi ayam makan di reban. Dia juga sering terlihat awak membantu saya mengumpulkan kayu api di belakang rumah. Juga dia kagum melihat awak membantu saya mengangkat air dari perigi. Almaklum saya ni bertangan kudung.”

“Maksudnya?” Tanya lelaki kaya lebih hairan.

“Suatu hari Isabela berterus-terang dengan saya. Bahawa dia tidak pernah terjumpa dengan orang kaya seperti awak yang sudi menolong orang miskin seperti saya.Dia ingin mencontohi awak. Dia ingin membantu saya seperti awak menolong saya.Jadi dia memilih saya sebagai suami.Dia ingin hidupnya diberkati Allah jika berhati mulia,” jawab lelaki kudung dengan panjang lebar.

Lelaki kaya rasa terharu dan tidak menyangka ada orang mengagumi dirinya. Semenjak hari itu, dia bukan sahaja menjadi orang yang sentiasa berhati mulia tetapi dia telah menjadikan anak-anak Isabela dan lelaki kudung sebagai anak angkatnya. Mereka dilayan dengan mesra dan disayangi.
 
Renungan:Gembira dengan kejayaan orang lain
 
Sumber: http://jewelindapalace.wordpress.com/2012/07/18/renungan-32-gembira-dengan-kejayaan-orang-lain/

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim