"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, June 9, 2023

Buat Duit dengan Affiliate Involve Asia


Buat duit dengan affiliate adalah salah satu cabang online marketing yang paling berkesan. Tanpa modal, tak perlu setup kedai online, simpan stok, atau pos barang. Apa yang perlu anda buat hanya promosi di media sosial secara santai.

Apa itu affiliate?

Dalam bahasa mudah, affiliate adalah memasarkan/mengiklankan produk menggunakan link affiliate. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut.

Banyak program affiliate yang boleh anda sertai. Daftar PERCUMA. Salah satunya Involve Asia, dan anda pun patut cuba! 

Cara promosi link affiliate?

Teknik mempromosikan link affiliate amat mudah. Ia tak sama macam buat duit dengan dropship tau. Tak perlu jadi agen atau keluarkan modal. Malah, tak perlu jadi famous seperti sosial media influencers.

Macam mana nak promosi? Cuma kongsikan produk menarik lain di sosial media, blog, atau lain-lain.

Cara 1: Promosi di sosial media

Kongsikan produk menarik atau viral. Selain nyatakan kelebihan dan harga, sertakan juga link pembelian. Kalau ada yang berminat, mereka akan beli guna link tersebut dan anda akan dapat komisen. Ia adalah cara buat affiliate tanpa website paling berkesan.

Cara 2: Tulis artikel dalam blog

Begitu juga kalau nak buat duit dengan website/ blog. Selitkan link affiliate dalam setiap artikel yang anda terbitkan. Katakan anda review barang make-up, baju, atau barangan dapur, di samping tulis ulasan akan keberkesanan produk, selitkan juga link pembelian. 

Contohnya saya tulis artikel tentang baju kanak-kanak, saya senaraikan  maklumat penting baju tersebut berserta link Shopee/Lazada.

Cara buat link Affiliate Involve Asia

Langkah 1 - Daftar akaun di sini  https://involve.asia 

Masukkan segala butiran yang diperlukan seperti email, password, nama, dan alamat. Di ruangan 'Property Details', masukkan alamat Facebook/Instagram/Twitter/blog atau mana-mana platform yang anda guna untuk buat promosi. Seterusnya klik 'Create Account'.

Langkah 2: Tambah 'Property' 

Ulang seperti Langkah 1. Masukkan blog atau sosial media yang ada guna untuk promosi link affiliate. Boleh masukkan lebih dari 1 sosial media. Kemudian tekan 'Next'.

Lepas dah isi semua maklumat yang disediakan, tunggu sehingga permohonan diluluskan. Semak status di Manage your account > Website/Property. 

Langkah 3: Isi butiran akaun bank.

Masukkan butiran bank untuk urusan pembayaran komisen kelak. Pergi ke Manage your account > Payment setting. 

Siap! Sekarang tunggu sehingga permohonan anda diluluskan. Status akan bertukar dari 'pending approval' kepada 'Beta'.

Cara Buat Link Affiliate

Once dah approved, anda kini dah boleh create link affliate untuk dipromosikan. 

Langkah 1: Generate affiliate link

Contohnya anda nak promosi SKINTIFIC Mugwort Acne Clay Stick 40g di Shopee. Cari produk tersebut di laman Shopee dan copy URL. 

Pilih 'Generate link' di bahagian kiri skrin. Paste URL tadi dalam ruangan yang disediakan. Pilih Shopee MY dan klik 'Generate'. 

Link affiliate akan terpapar dan anda boleh copy link tersebut, dan sedia untuk promosi! 

Siap! 🥰🥰

Kepelbagaian produk di Involve Asia

Banyak kelebihan kalau anda guna Involve Asia. Salah satunya adalah kepelbagaian produk dan servis untuk anda promosikan. Sejumlah marketplace dan jenama besar seperti Puma, Zalora, Shopee, Lazada, Watsons, Malaysia Airlines, Focus Point, Samsung, dan banyak lagi. 

Banyak produk yang boleh anda promosikan seperti:

  • Pakaian
  • Produk Kosmetik
  • Gajet/ Peralatan Elektronik
  • Peralatan Rumah
  • Buku 
  • Pelancongan
  • Servis
  • Food & Beverages

Cubalah buat duit dengan affiliate Involve Asia. Jangan sia-siakan platform media sosial tu. Kongsi je dengan pengikut FB apa yang ada beli atau rasakan menarik. Sebab bisnes afiliate ini memang menguntungkan. Daftar sini - Involve Asia 










No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim