"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, April 13, 2009

Pesan Sang Ayah

Dahulu kala ada 2 orang adik beradik. Sebelum ayah mereka meninggal dia berpesan dua perkara: pertama jangan menagih hutang daripada orang yang berhutang kepadamu, dan kedua, jika pergi dari rumah ke tempat kerja jangan sampai mukanya terkena sinar matahari.

Waktu berjalan terus. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal anak yang sulung bertambah kaya sedang yang bongsu menjadi semakin miskin.

Ibunya yang masih hidup menanyakan hal itu kepada mereka. Jawab anak yang bongsu : Inilah kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang daripada orang yang berhutang kepadaku, dan sebagai akibatnya modalku susut kerana orang yang berhutang kepadaku tidak membayar sementara aku tidak boleh menagih. Juga ayah berpesan supaya kalau saya pergi atau pulang dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik beca. Sebenarnya dengan jalan kaki saja cukup, tetapi kerana pesan ayah demikian maka akibatnya perbelanjaanku bertambah banyak.

Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, ibunya pun bertanya hal yang sama. Jawab anak sulung : Ini semua adalah kerana saya mentaati pesan ayah. Ayah berpesan supaya saya tidak menagih daripada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak beri hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut. Juga ayah berpesan jika saya berangkat ke tempat kerja atau pulang dari tempat kerja tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya berangkat ke tempat kerja sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Akibatnya perniagaan saya buka sebelum perniagaan orang lain buka, dan tutup sesudah perniagaan yang lain tutup. Kerana kebiasaan itu, orang menjadi tahu dan perniagaanku menjadi laris , akibat mempunyai waktu kerja lebih lama.

Bagaimana dengan anda (Sha juga)?
Kisah ini menunjukkan bagaimana dengan persepsi yang berbeza, melihat dengan positif attitude maka segala kesulitan sebenarnya adalah sebuah perjalanan yang akan membuat kita berjaya...pilihan ada di tangan kita.

“Berusaha melakukan hal biasa yang dikerjakan dengan cara yang luar biasa.”

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim