"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, July 22, 2014

Doakan MH17

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
 
       Setiap kali berita mengenai tragedi yang berlaku kepada MH17, disiarkan di media massa,  pasti akan melintas rasa sayu di sanubari. Walau pun semua mangsa, bukanlah ahli keluarga mahu pun sahabat handai namun kesedihan tetap menyapa. Bagaikan mencubit paha kanan, paha kiri berasa sakit juga.
 
       Jika kita yang tiada pertalian darah dengan mangsa nahas MH17, tetap terkesan apatah lagi ahli keluarga mangsa, sahabat-sahabat mereka dan sesiapa sahaja yang mengenali mereka. Pasti mereka lebih-lebih lagi menanggung rasa kehilangan.
 
       Pemergian semua mangsa di bulan Ramadan yang mulia ini, sungguh istimewa. Mudah-mudahan roh mereka berada di kalangan hambaNya yang beriman. Kesemua mangsa telah pergi menemui Yang Maha Pencipta. DariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Redakan pemergian mereka. Kita juga pasti akan menyusul mereka nanti. Cuma masanya sahaja yang belum kita ketahui.
 
Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim