"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, January 1, 2018

2017 Selamat Tinggal, 2018 Selamat Datang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kawan-kawan pembaca,

   Apa khabar? Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya, aamiin. Alhamdulillah syukur padaNya, kita masih diberi nikmat usia dan kesihatan yang baik untuk menghadapi 2018. Pasti pelbagai warna dan lakaran menarik yang akan mewarnai kanvas kehidupan kita nanti. Yang baik itu datang dariNya, yang kurang baik itu dari tindakan kita sendiri. Oleh itu, niat yang baik-baik sahaja, fikir yang baik-baik sahaja, buat yang baik-baik sahaja, insya Allah semuanya akan baik dan pasti lukisan kehidupan kita cantik dan menarik.

  Tahun 2017 sudah pun melabuhkan tirai dan berlalu meninggalkan kita. Betullah masa yang berlalu tak akan kembali, malah tak akan menunggu kita juga. Jangan bertangguh melakukan kebaikan, takut nanti tak sempat. Faham kan maksud saya?

   Bagi Sha tahun 2017 adalah tahun pemulihan. Banyak perkara baru dan menarik yang berlaku. Semuanya menjadikan Sha lebih matang dan lebih berhati-hati menghadapi hari-hari yang mendatang. Sha belajar bukan hanya dari pengalaman sendiri namun  tatkala melihat gelagat orang-orang di sekeliling Sha juga mampu memberikan impak terhadap kehidupan Sha. Di tahun 2017 Sha menginjak ke usia yang lebih matang. Jadi tak boleh lagi nak berhuhu huha sangat. Tak sesuai you! Jadilah contoh yang baik kepada yang lain. Insya Allah dengan izinNya.

  Banyakkan berdoa agar tahun 2018 menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
   


No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim