"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, July 31, 2012

Jejak-jejak Para Anbia

   Terima kasih buat Prof. Madya Badlishah Sham Baharin yang telah memperkenalkan Sha dengan kisah sejarah di bumi Syams - Jordan. Perkongsian ilmu/pengalaman/perjalanan travelodge ini sangat bermakna di bulan Ramadhan ini.
   Masih ingat pada tahun lepas..genap setahun Program Ramadhan Highlights. Pada ketika itu, Prof. Madya Badlishah Sham Baharin turut menceritakan pengalaman beliau melawat Turki dan kisah Sultan Muhamad Al-Fateh menjadi sumber inspirasi. Sehingga kini Sha masih ingat kisah itu. Bukti bahawa umat Islam yang meletakkan sepenuh hati kepada Allah akan sentiasa mendapat rahmat dan bantuan dariNya.
   Selain Sepanyol, Sha akan masukkan Turki, Syams, Jordan serta beberapa lagi negara Timur Tengah ke dalam Wish List Sha. Tempat yang Sha ingin lawati, insyaAllah.
   Semasa Prof. Madya Badlishah Sham Baharin menceritakan bahawa beliau sempat menziarahi pusara sahabat-sahabat Nabi SAW seperti Khalid Ibnu Walid, Zaid bin Harithah, Muadz bin Jabal, Bilal bin Rabah, air mata bergenang menunggu untuk mengalir di pipi. Malah beliau sendiri mengalirkan air mata semasa berada di pusara sahabat-sahabat Baginda. Kisah pengorbanan dan ketabahan dalam menghadapi musuh-musuh Islam sangat memberi kesan.
   Banyak kisah2 yang berlaku di bumi Syams - Jordan. Ikuti kisah-kisah tersebut di web page yang Sha attach di bawah..blog yang Sha attach di bawah ..ya sama dengan perkongsian yang diberikan oleh Prof. Madya Badlishah Sham Baharin..gambarnya juga sama. Jadi bolehla kawan-kawan baca sendiri kesan peninggalan sejarah Islam di sana.

Kisah Peperangan Yarmouk yang sangat hebat..
http://lambaian-islah.blogspot.com/2010/11/jaulah-ke-bumi-urdun-siri-4-marakat.html

Kisah MuhammadAl-Fateh -Sabda Rasulullah S.A.W.ketika menggali Parit Khandaq "Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Iman Ahmad)
http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1794-sultan-muhammad-al-fateh.html

Monday, July 30, 2012

Puteri Lilin

Puteri Lilin sering dikaitkan dengan seseorang yang tidak tahan terkena panas matahari. Mudah berpeluh bila berada di bawah sinar mentari.

Sha labelkan diri sendiri sebagai Puteri Lilin. Mudah bepeluh bukan hanya di kala diri berjemur menggadap sang suria, kalau dalam keadaan panik pun Sha boleh berpeluh..atau mengejar dateline. Memang tak selesa bila mula berpeluh...Ada orang kata sihat keluarkan peluh..ya memang betul tapi kalau peluh tu buat kawan-kawan sekeliling tak selesa cam mana eih??

Jika dililihat dari segi bahasa, itu lah definasi Puteri Lilin yang merupakan satu simpulan bahasa yang kita pelajari di zaman sekolah dahulu. Namun jika dilihat dari sudut yang lebih luas, ada maksud tersirat Puteri Lilin iaitu satu simbol pengorbanan.

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
(Sumber: http://saifulislam.com/?p=3365)

Jangan jadi lilin yang terbakar, jadilah lampu pelita yang menyinar.

PESANAN BUAT LILIN

Janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

Soya..Soya RM2

Minggu ke-2 jualan air soya. Last week Sha tolong bungkus soya. :) minggu ni Sha tolong jual soya @ cashier.
Perkara paling best (dengan Cik Mira & En. Ijat), baki hampir 20 bungkus air soya yang tidak habis, kami letakkan di depan jalan di depan fakulti. Dengan kertas iklan ala-ala sepanduk piket, berdiri di depan laluan jalan..alhamdulillah habis juga air soya tu..hihik..TQ En. Ijat temankan Cik Mira & Cik Sha kat tepi jalan tadi..siap tolong masukkan air soya dalam plastik bila ada org berhenti untuk beli air soya..
1 sweet memory in Ramadhan 2012!

Saturday, July 28, 2012

F.A.M.I.L.Y

F - father
A - and
M - mother
I - i
L - love
Y - you

♥ FAMILY ♥

Kisah Burung Pipit

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran.
Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tidak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu, aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Wallahu'alam............
 
Sumber: ...ustazpenang...
 
**Hampir menitis air mata membaca kisah ini. Adakah aku akan bertindak seperti ini...
 

Seperti Hangatnya Matahari..

Apabila Meminati Seseorang

"Senyum je memanjang...ade ingat kat sesape ke?" Tegur kawanku. Aku tak perasan pulak sejak bila dia tenung aku.
"Ehhh.... Hehehe.... takdelah. Teringat sesuatu je." Balasku tersipu-sipu sambil membelek buku dengan otak yang kosong.
Entahlah. Sejak dua menjak ini aku tidak tahu apa yang sedang bermain di kotak fikiran. Melayang entah ke mana. Ada sesuatu yang telah mencuit hati dan perhatianku. Walaupun menyibukkan diri dengan tugasan amanah tetapi tanpa diundang bayangan tersebut sering juga muncul dengan muka tidak tahu malunya.
"Hemmm...... aku tak tahulah kenapa dengan aku sejak akhir-akhir ini. Aku tak pasti apa puncanya." Luah hatiku dengan nada yang lemah.
"Kau kenapa? Cuba kau 'cer citer ckit' bagi aku paham. Ada masalah hati ehhh?"
"Ish kau ni! Cepat saja menekanya. Entahlah .. aku rasa aku macam dah minat 'somebody'.
Walaupun pernah berjumpa dan berbincang semeja sebelum ini, tapi aku dapat rasakan sesuatu selepas berjumpa dengan dia di dalam program aritu. Lepas balik je program tu aku macam nak tahu lebih dalam pasal dia. Aku selidik biodata dia dan apa kesukaannya. Tapi bukan tahap angau lagi ye."
"Aiwahhh.... Dah jatuh cinta ke? Milik kepunyaan siapakah hatimu wahai sahabatku? Hehe.."
"Aku tak jatuh cintalah. Aku cuma minat je. Tapi bila aku fikir fikir balik, salahkah perasaan aku ini?"
"Adusssss....... soal hati ini aku payah sikit nak jawab. Bukan apa, aku takda pengalaman la. Tapi yang aku yakin, kalau perasaan tu suci kerana Allah SWT bukan bersadurkan pandangan nafsu, rupa, material mahu pun duniawi.. 'tafaddhol masykura ya akhy' ".
"Aku sendiri konfius dengan perasaan aku lagi. Aku tak nak lah perasaan ini menjadi permainan syaitan sehinggakan mengganggu kekhusyukkan solat dan ibadah aku. Aku nak ia suci supaya ada keberkatan dan keredhan Ilahi. Bagaimana harus untuk aku uruskan perasaan ini?"
************************
Dilema?
Sama ada untuk melayan perasaan tersebut dan meneruskan bayangan yang tak pernah muncul?
ATAU
Mengambil langkah berani dengan mencari orang tengah yang paling beriman dan dipercayai?
ATAU
Melupakan sahaja dengan menyibukkan diri dan fokus apa yang lebih penting?
**********************
Apa pilihannya? Keliru?
Ber'syura'lah. Berbincang elok-elok dengan orang yang paling dekat dengan kita, yang dalam ilmu dan pengalamannya. Arif dan alim tentang kemahirannya.
Selepas keputusan diputuskan bersama-sama, walau apapun pilihannya; ber-istikharahlah. Mohon Allah redhai setiap keputusan yang telah kita buat.
Apa yang penting?
Kesucian jiwa.
"Benar-benar beruntunglah orang-orang yang suka mensucikan jiwanya. Dan benar-benar rugilah orang-orang yang gemar mengotorkan jiwanya." (Asy-Syams: 9-10)
Percayalah. Bahawa sesungguhnya mensucikan jiwa itu tugas paling utama bagi umat manusia yang dibawa oleh Rasullah SAW yang diutuskan oleh Allah.
Kesucian jiwa itulah tujuan utama bagi semua orang yang bertaqwa serta beriman kepada Allah. Bagi seseorang yang beroleh keselamatan dan kebahagiaan atau pun kesengsaraan. Dan kecelakaan di sisi Allah Taala itupun tergantung kepada kesucian atau kekotoran jiwa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri.
Hanya Allah yang akan memberi penilaian namun kita wajib berusaha untuk mendapat penilaian yang baik dari Allah dengan izin dan kehendaknya.
***********************
Namun, andai kata kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah! Itulah namanya kehidupan. dikecewakan dan mengecewakan. Dilukai dan melukai.
Wallahu'alam............
 

Tahukah..

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.
Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlas.
Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)
Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.
Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.
Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).
Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.
Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.
Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.
Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.
Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.
Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.
Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.
Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.
Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.
Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.
Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.
Soal 21: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.
Soal 22: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.
Soal 23: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.
Soal 24: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.
Soal 25: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.
Soal 26: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlas
Soal 27: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.
Soal 28: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.
Soal 29: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)
Soal 30: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.
Soal 31: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.
Soal 32: Dalam berapa ayat Al-Qur'an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.
Soal 33: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi 'Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.
Soal 34: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammas, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).
Soal 35: Di dalam Al-Qur'an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.
Soal 36: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.
Soal 37: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba '.
Soal 38: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-'Alaq.
Soal 39: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.
Soal 40: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.
Soal 41: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.
Soal 42: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.
Soal 43: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.
Soal 44: Berapa surahkah di dalam Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..
Soal 45: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.
Soal 46: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nabi Musa as.
Soal 47: Kisah Al-Qur'an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.
Soal 48: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra'
Soal 49: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.
Soal 50: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.
Soal 51: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab:Surah al-Kautsar.
Soal 52: Nama surah manakah yang berarti "kaum wanita"?
Jawab: Surah an-Nisa'.
Soal 53: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-'Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.
Soal 54: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.
Soal 55: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.
Soal 56: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).
Soal 57: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur'an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu'adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka'b dan Abu Zaid Zaid bin Nu'man.
Soal 58: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur'an?
Jawab: Sa'id bin Jubair.
Soal 59: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur'an?
Jawab: Imam Ali as.
Soal 60: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur'an?
Jawab: Air susu.
Soal 61: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Nyamuk.
Soal 62: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur'an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.
Soal 63: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur'an?
Jawab: Tartil.
Soal 64: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur'an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.
Soal 65: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur'an (Saudari Al-Qur'an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.
Soal 66: Siapakah di antara imam ma'shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur'an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.
Soal 67: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan "Jantung Al-Qur'an"?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 68: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur'an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.
Soal 69: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 70: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.
Soal 71: Terdapat di dalam surah manakan angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.
Soal 72: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur'an (Saudara Al-Qur'an)?
Jawab: Nahjul Balaghah
Soal 73: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur'an.
Soal 74: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf alif.
Soal 75: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Huruf zha'.
Soal 76: Apakah kalmat Al-Qur'an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 77: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.
Soal 78: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur'an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.
Soal 79: Di manakah surah pertama Al-Qur'an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.
Soal 80: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.
Soal 81: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata "qul"?
Jawab: Surah al-Ikhlash..
Soal 82: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.
Soal 83: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.
Soal 84: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.
Soal 85: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.
Soal 86: Apakah hiasan Al-Qur'an?
Jawab: Suara yang indah.
Soal 87: Apakah musim semi Al-Qur'an?
Jawab: Bulan Ramadhan.
Soal 88: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur'an.
Soal 89: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.
Soal 90: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.........,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa......ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…
Wallahu'alam..........

Pemimpin

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA..

Sumber: http://husnabaek.blogspot.com

Pengorbanan

Sometimes we have to give up wonderful things just to make everything alright,
We have to bleed alone for somebody to smile,
We need those tears to flow just to save the tears of others,
We have to break our own heart to fill somebody else emptiness,
and there are times when we have to give up our own happiness just to rescue..
 
Sometimes we have to sacrifice
tq Cik Mushroom.

Dengan IzinNya

Kurniakan rasa cinta beliau kepadaku seperti mana rasa cinta aku kepada beliau, ya Allah

Tuhan…saat aku menyukai seorang sahabat, ingatkanlah aku bahawa ada sebuah pengakhiran sehingga aku tetap bersama yang tidak pernah berakhir.
Tuhan…jika aku hendak mencintai seseorang, temukanlah aku dengan orang yang mencintaiMU agar bertambah kuat cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku sedang jatuh cinta, jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku padaMU.
Tuhan…ketika aku mengucap aku cinta padamu, biarkanlah ku katakan kepada yang hatinya tertaut padaMU, agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan keranaMU.

Sumber: ...ustazpenang...

Kasihmu 4

4
 
Demam peperiksaan telah pun berlalu. Kertas terakhir Shaheen semalam telah pun berakhir dengan baik. Shaheen puas hati. Namun Shaheen masih diulit resah.
 
“Erny apa plan kau lepas ni,” tanya Shaheen. Erny Mariana teman satu fakulti dan teman rapat di kolej. Bezanya mereka berbeza program. Erny Mariana pelajar perakaunan manakala Shaheen mengikuti jurusan pentadbiran perniagaan.
 
“Aku tak balik la Sha. Lagi pun mak aku larang aku balik Maran. Aku dah dapat kerja part-time kat sini, beritahu Erny Mariana.
 
Shaheen angkat kening. Hairan. Si ibu melarang anaknya pulang. Hmm..macam-macam hal sekarang ini.
 
“Kerja kat mana?”
 
“Hotel Mint. Cashier.”
 
Shaheen angguk. Dia terdiam seketika. ‘Apa yang aku nak buat time cuti ni? Balik rumah pun Abi dan Ummi masih di Vietnam dengan urusan perniagaan mereka. Kat kolej pun dah tak ada kawan. Mereka dengan agenda masing-masing,’ Shaheen bermonolog sendiri.
 
Setiap kali cuti semester bermula, Shaheen pasti buntu. Pulang ke rumah, bosan la jawabnya. Abi dan Umminya sentiasa sibuk dengan urusan kerja. Shaheen anak tunggal pula. Jadi tiap kali pulang ke rumah hanya ada Mak Teh dan suaminya Pak Akob.
 
Di saat melayani diri, Shaheen teringat pelawan Afzan tempoh hari. Shaheen diajak pulang ke Arau, kampong halaman Afzan. Riak wajah Shaheen kembali ceria. Seulas senyum menghiasi bibirnya. ‘Bila lagi nak berjalan ke tempat orang,’ kat Shaheen di dalam hati.
 
“Eh Sha. Apa yang kau senyum tu. Aku tanya kau banyak kali kau diam je,” sapa Erny Mariana.
 
Sorry Erny. Aku tengah fikir apa aku nak buat cuti sem ni,” balas Shaheen. Dia tersenyum sendiri mengenangkan dia sempat mengelamun di depan Erny Mariana.
 
“Aku tanya kau nak pegi lunch ke? Soalan aku kau tak jawab,” ucap Erny Mariana.
 
“Eh mesti la nak. Lapar juga ni. Jom makan kat gazebo. Teringin lak nak makan nasi goreng cendawan. Jom Erny,” ajak Shaheen sambil menarik tangan Erny Mariana.
 
“Sha kau ni tak abis-abis nasi goreng cendawan kan. Aku rasa la kan kau dah kena mandrem dengan tukang masak tu la,” usik Erny Mariana ketawa kecil.
 
“Banyak la kau punya mandrem. Kan yang masak tu Acik Maimun. Apa kes dia nak mandrem aku,” bidas Shaheen turut ketawa.
 
“Aku rasa dia ada motif la. Dia berkenan dengan kau tuk dia jodohkan dengan anak dia la kot. Aku pernah jumpa anak Acik Maimun tu. Bleh tahan Sha. Kau blom jumpa dia. Hmm kau jangan tak tau Sha,” jawab Erny Mariana bersahaja diiringi senyum kambingnya.
“Eh ada-ada ja kau ni Erni. Jangan nak buat gossip ya. Dosa tau. Eh dah jangan nak merepek ya Cik Erny Mariana. Jom pegi makan. Aku dah lapar ni. Nanti kau yang jadi bahan makanan aku kat sini,” balas Shaheen.
Erny Mariana semakin galak ketawa. “Nak makan aku yang kurang isi ni. Baik kau lupakan saja niat kau tu. Hahahaha.”
Assalamualaikum...(^ ^)
   Bagi para peminat novel pasti kenal siapa itu Liana Afiera Malik... novelnya Bukan Puteri Lindungan Bulan menjadi novel yang paling laris dan tampil sebagai novel paling tebal di Malaysia! Sha pernah baca novel tu... memang memakan masa untuk membacanya!
   Cuma sejak kebelakangan ni beliau semakin menyepi dari menulis... akhirnya kesepian itu terbongkar apabila Sha dikejutkan dengan berita bahawa beliau telah meninggal dunia pada 31 Julai 2011 ketika berumur 38 tahun kerana masalah kesihatan... pemergian beliau ini pasti dirasai oleh para peminat novel beliau! Hampir setahun telah berlalu..
   Al-Fatihah kepada arwah Liana Afiera Malik... semoga beliau tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... amin!

sumber dari Berita Harian


Friday, July 27, 2012

Kasihmu (sambungan)

(Sambungan)
Shaheen tidak terus pulang ke kolej. Langkah dihayun ke bilik bacaan di bahagian tengah bangunan. Tempat kegemaran Shaheen mengulangkaji pelajaran. Masa berlalu pantas. Shaheen masih lagi tekun meneruskan ulangkajinya. Pelajar lain di kiri dan kanan tidak dihirau. Seluruh perhatian tertumpu pada buku di depan mata.
“Hi Sha, ralitnya baca buku.”
Shaheen tersentak. Matanya berpaling ke arah suara yang menyapa. “Engkau rupanya Wan.”
Wan Zaharuddin, rakan sekelas Shaheen. Wan seorang yang pendiam tapi pemurah orangnya. Murah dengan senyuman.
“Sorang je,” tanya Wan Zaharuddin.
Shaheen senyum. Aku sorang je la..ader kau nampak orang lain ker Wan?”  Shaheen memerhati raut wajah Wan Zaharuddin. “ Kau cari Rahida kan,” teka Shaheen bila dilihat Wan Zaharuddin seperti mencari seseorang. Wan Zaharuddin hanya senyum. “Apa kau buat kat sini Wan?”
“Aku cari Prof. pasal OM.”
“Ha bagus la. Nanti apa-apa info kasi tau aku ya. Prof tu bukan senang nak cari. Asyik takde kat bilik je.”
Wan Zaharuddin angguk tanda setuju dengan kata-kata Shaheen. Senyum lagi. “Sha, kau dah tengok markah HRM ke?”
“Belum. Dah keluar ke? Setau aku En Yaakob tak keluarkan la. Tak diumumkan. Aku dah jumpa En. Yaakob 2 hari lepas. Dia tak bagi aku tengok. Dia kata buat yang terbaik untuk final nanti.”
“Ya ka..abis apa kau buat kat sini. Masa aku lalu tadi, amboi tekun kau membaca.”
“Biasa la. Kan lagi 2 hari minggu exam. Get ready untuk exam la ni.”
“Lama lagi ke kau bertapa dalam ni Sha? Aku nak pegi lunch ni…kau nak join aku ker?”
Shaheen melihat jam di tangan. 5 minit melepasi angka 12. “May be sampai pukul 2.” Shaheen angkat kening. “ Hmm kau nak belanja ke Wan?"
Wan Zaharudin sekadar tersenyum.

Thursday, July 26, 2012

Meraih Bahagia

Sumber: Dari FB..

Sharing Is Caring

Sumber: seorang teman di FB..TQ Kak Anis..

Kasihmu (Sambungan)

(Sambungan)

“Ijan aku pegi kejab tau. Jangan rindu aku ya,” gurau Shaheen sambil menuju ke muka pintu.
“Eh tolong la Sha. Sapa kau tu nak aku rindu-rindu. Kau pun bukan Miss World bagai,” pintas Afzan disambut gelak tawa mereka berdua.
“Aku pegi sekarang ya. Kalau dok layan kau ni, hmm tak abis punya. Bye Ijan, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Bye Sha.”
Shaheen berjalan pantas menuju ke tangga dan menuruni anak-anak tangga dengan hati-hati. Dia terus bergegas ke garaj kereta. Kereta ADP 4150 miliknya sedia menanti. Enjin dihidupkan. Kereta meluncur dengan hati-hati menuju le Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. Dalam 10 min, dah sampai. Mujur tempat parkir masih ada yang kosong. Mudah sahaja Shaheen meletakkan kenderaan di kawasan yang tersedia. Kalau tidak kena saman la jawabnya.
Shaheen menuju ke tingkat tiga bangunan pentadbiran. Anak-anak tangga didaki laju. ‘Ni yang malas nak ke bilik Dr. Khalili. Bilik kat top floor. Penat naik tangga ni.’ Bebel Shaheen di dalam hati. Semput juga bila sampai di muka pintu 317. Shaheen tersandar lesu di dinding. Setelah nafasnya kembali normal, Shaheen mengetuk kamar 317. Tiada jawapan. Shaheen mengetuk lagi buat kali kedua. Masih tiada jawapan. Shaheen memulas tombol pintu. Nyata berkunci. Maknanya Dr. Khalili tiada di biliknya. Rasa hampa bertamu di hati Shaheen. Jam di tangan dilirik. Sudah pukul 9.50 pagi.
‘Mana pulak Dr. ni,’ guman Shaheen sendirian. Sementara menunggu Dr. Khalili, Shaheen mengalih pandang ke arah papan kenyataan di kanan bilik Dr. Khalili. Menyemak markahnya. ‘Ya betul la apa Erny bagi tau semalam,’ ujar Shaheen sambil matanya masih lagi menatap senarai nama pelajar yang dilekatkan di papan kenyataan tersebut. Markahnya sebanyak 20 peratus itu kosong. Hanya markah Ujian 1 dan Ujian 2 sahaja yang dipaparkan. Dengan markah 46 daripada 50 peratus, Shaheen belum puas hati. Dia gelisah menunggu Dr. Khalili. Dilirik lagi jam di pergelangan tangan kanannya. Sudah 10 minit berlalu. Selama itu juga dia menunggu.
Akhirnya Shaheen mengambil keputusan meninggalkan nota di bawah pintu Dr. Khalili. Selesai. Dituruni anak tangga. Tiba di tangga terakhir, Shaheen terfikir untuk mencari Dr. Khalili di Pejabat Am Jabatan Pengurusan. Apalagi bergegas Shaheen menuruni anak tangga ke tingkat paling bawah.
“Assalamualaikum Puan Siti, hari ni Dr. Khalili masuk ofis tak?, tanya Shaheen.
“Waalaikumsalam Shaheen. Dr. Khalili ke bilik cetak. Awak tunggu kejab. Dia akan ke sini semula untuk pulangkan kunci bilik cetak,” beritahu Puan Siti ramah.
Sebaik sahaja Dr. Khalili muncul di ambang pintu, Shaheen terus menyapa pensyarah pertengahan tahun itu. “Assalamualaikum Dr. Boleh saya jumpa Dr. kejab?” pinta Shaheen.
“Waalaikumsalam Shaheen. Boleh. Ada apa boleh saya bantu,” ucap Dr. Khalili diiringi senyuman.
“Dr. saya nak semak markah tutorial marketing saya. Dr. tak masukkan markah saya,” ujar Shaheen.
Dr. Khalili tergamam. “Siapa tutor awak Shaheen?” tanya Dr. Khalili.
“Puan Norizan.”
Dr. Khalili lantas tersenyum. “Oh Puan Norizan belum serahkan markah tutorial group awak pada saya. Date line hari ni sepatutnya.”
‘Pergh lega,’ ucap Shaheen di dalam hati. Shaheen merasa lega. Bibirnya mengulas senyum. “Ya ker Dr. Risau saya, ingatkan nama saya tercicir atau Dr. terlupa masukkan markah saya.”
Dr. Khalili membalas senyum Shaheen. “ Dah sedia paper saya 15 haribulan ni? Buat betul-betul ya. 40 peratus tu.”
“InsyaAllah. Saya akan buat yang terbaik.”
Dr. Khalili angguk. Bibirnya masih tersenyum. “Awak boleh Shaheen.” Dr. Khalili percaya Shaheen akan berjaya. Malahan dari awal semester Shaheen antara top student di dalam kelasnya. Tidak pernah mengecewakannya.
Setelah mengucapkan terima kasih, Shaheen meminta diri. Hilang rasa cemas dan risaunya semalam. Rasa lapang dadanya.

Kasihmu 3

3
 
“Eh Sha, aku ke fakulti tadi. Aku tengok result marketing. Markah tutorial kau tak ada la,”  beritahu Erny Mariana. Carried marks kau 50/60,” sambung Erny lagi.

Shaheen tercenggang. “Biar betul ni Erny.” Shaheen resah. “Kat mana kau tengok marks tu,” tanya Shaheen.

“Kat depan bilik Dr. Khalili.”

Shaheen terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Erny Mariana. Subjek pemasaran umpama tiket terpenting buat Shaheen meneruskan cita-citanya. ‘kalau carried marks pun dah sikit, macam mana aku nak score,’ Shaheen bermonolog di dalam hati. ‘Tak boleh jadi ni. Aku kena jumpa Dr. Khalili ASAP, if not I’m in trouble.’

Esoknya Shaheen bangun lebih awal dari biasa. Selesai solat subuh, Shaheen mengejutkan Afzan yang masih berselimut diulit tidur nan nyenyak. “Ijan bangun. Solat, masa dah suntuk ni,” Shaheen memanggil lembut sahabatnya. Shaheen mencuit hujung kaki Afzan.

Afzan lambat-lambat membuka matanya. Dia menggeliat ke kanan dan ke kiri sebelum dia bangun dan duduk di birai katil. Shaheen tersenyum melihat gelagat Afzan yang masih belum betul-betul sedar itu. “Eee dah la tu Ijan. Bangun and pegi mandi. Tu air liur basi meleleh sampai ke dagu,” usik Shaheen.

Afzan bangun dan cepat-cepat berlalu ke bilik air. Dalam masa 10 minit Afzan selesai mandi dan seterusnya menunaikan kewajipannya pada Maha Pencipta. Usai solat, tangan diangkat menadah memohon doa kepada Ilahi.

"Ijan kau nak nasi lemak. Aku nak turun bawah ni,” ucap Shaheen sesudah Afzan selesai menunaikan tanggujawab seorang muslimah Islam. Afzan sekadar menggangguk.

Tidak sampai 10 minit Shaheen muncul semula di muka pintu. “Amboi  cepatnya Sha. Naik roket ker,” usik Afzan.

“Tak main la roket, naik bullet train suda,” Shaheen senyum. “Orang tak ramai la, tu yang cepat. Dah jom makan,” ajak Shaheen sambil menyusun sudu garfu serta 2 biji mug di atas meja. Mereka bersarapan bersama-sama. Masing-masing diam menikmati rezeki di pagi itu.

"Pagi ni aku nak ke fakulti."

“Buat apa Sha?”

Marketing aku ada problem sikit. Nak jumpa Dr. Khalili.”

Afzan angguk. Matanya memerhati Shaheen yang sedang bersiap. Afzan cukup senang mendapat seorang sahabat seperti Shaheen. Orangnya peramah, lincah dan mudah dibawa berbincang. Sifatnya itu membuatkan Shaheen disenangi ramai. Lebih memikat Shaheen mudah tersenyum. Tatkala senyuman menguntum, kedua-dua lesung pipitnya pasti menyejukkan mata yang memandang serta melembutkan jiwa insan yang melihat. Tidak hairan jika Shaheen dikelilingi ramai kawan di kolej mereka, hinggakan ada yang menaruh minat pada Shaheen. Buktinya Ari Iskandar yang tidak jemu-jemu cuba memikat Shaheen. Namun Shaheen tidak pernah ambil serius hal itu. Baginya Ari sekadar seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Puas Ari Iskandar mencuba namun Shaheen tetap tidak berubah hatinya.

“Ok dah siap.” Shaheen mengenakan brooch kecil di kiri dan kanan bahu kecil bagi mengemaskan kedudukan tudung yang dipakai.

Afzan menatap wajah Shaheen. Di dalam hati memuji kecantikan semula jadi sahabatnya itu. Biarpun tanpa solekan dan penampilan yang ringkas, Shaheen masih kelihatan menawan. Sebelum ini rambutnya yang panjang dilepas bebas. Namun sejak minggu pertama minggu orientasi lagi Sheheen sudah mula mengenakan tudung. Terserlah Ayumu, bagaikan tajuk lagu dendangan Kumpulan Exist.
(Sambung)
This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim