"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Friday, July 20, 2012

Berjalan Dalam Hujan??

Kenapa ya? Nanti demam macam mana?
   Sebenarnya hidup kita dikelilingi oleh keluarga, sahabat handai, teman dan rakan taulan yang sentiasa ada untuk memberi sokongan di kala kita gembira mahu pun di saat kita bersedih.
   Namun sedarkah kita ada juga insan yang sering kali mahu melihat kita gembira tanpa mahu kita tahu dirinya di dalam fasa kesedihan. Semuanya disembunyikan agar dia melihat kita tersenyum. Pengorbanan ini tanpa kita sedar berlaku. Cuma agak lambat kita tahu insan yang telah banyak berkorban untuk kita itu memerlukan sokongan kita..di kala dia dilambung perasaan duka..
   Ada juga teman yang tidak mahu membebankan kita dengan masalah mereka. Jadi cara terbaik mereka sentiasa tersenyum sambil menyembunyikan duka di hati...luka di jari nampak darahnya, luka di hati siapa yang tahu...
   Sha teringat ada kata-kata, " Teman ketawa bersama senang dicari, teman menangis bersama sukar ditemui"
    Owh ya...kawan-kawan tentu dah tengok citer Kuch Kuch Hota Hai. Kisah persahabatan serta cinta 3 segi Rahul, Anjali & Tina. Ingat tak situasi di mana Rahul bagi tau Anjali dia telah jatuh cinta pada Tina..di padang rumput yang luas.. Anjali terdiam ..kebetulan hujan turun. Air mata Anjali mengalir tanpa disedari oleh Rahul yang nyata sedang diulit bahagia dengan rasa cintanya kepada Tina..Itulah dia cinta sejati Rahul..dia berbahagia melihat Rahul bahagia..seperti kata Rahul, "Love Is Friendship"

Love u my dear friends..

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim