"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, July 19, 2012

In Love...

Ya jatuh cinta..bagaimana..pada siapa..bila..usah ditanya semua itu. Aku hanya tahu..diri dilanda rasa cinta..rasa bahagia..
Aku sendiri tidak pasti bagaimana cinta itu hadir..Aku juga tidak dapat mengesahkan kehadiran cinta..Yang aku tahu..cinta sememangnya ada dalam hati ini..

Siapa yang aku cinta??
Terbayang di minda..siapa ya..owh pastinya cinta yang agung buat Ilahi..serta kekasihNya..ya Muhammad SAW..selepas itu terbayang wajah ibu ayah..keluarga..teman-teman sahabat handai..sungguh aku tidak sangka cinta ini mampu disebarkan sebegitu besar..hampir aku lupa...aku juga cinta dan sayangkan diriku sendiri..Berilah peluang diri ini mengenali lebih ramai insan agar aku bisa membahagikan rasa cinta dan sayang buat kalian.
Salam kasih sayang..I Love U!



No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim