2 (sambung)
“Hey Sha, apa yang
tersenyum-senyum tu?” sergah Afzan tiba-tiba. Shaheen mengurut dada yang
berdegub laju lantaran terkejut dengan tindakan Afzan. Lamunannya terhenti.
Tangan kiri masih mengusap dada. “Ni mesti ingat pada Ari kan,” teka Afzan
sambil senyum.
Berkerut dahit Shaheen sambil
mengecilkan mata bundarnya. “Eh tolong sikit yer..apa kes nak ingat si mamat
tu,” balas Shaheen.
Afzan hanya ketawa dengan reaksi
Shaheen setiap kali nama Ari Iskandar disebut-sebut. Dia faham benar dengan
sikap Shaheen. “Ari kirim salam pada kau Sha. Kirim salam rindu katanya,” ucap
Afzan.
Shaheen menjuihkan bibir namun
salam tetap dijawab. ‘Eeee…bosan betul la mamat tu, bisik Shaheen di dalam
hati.
“Sha, aku rasa memang ya la Ari
tu dah angau giler dengan kau. Pantang nampak aku, mesti tanya pasal kau. Naik
letih dah aku nak jawab. Kau layan je la si Ari tu. Senang hidup aku,” usul
Afzan.
“Pleaseee. Tak kuasa la aku Ijan.
Kalau kau bosan and letih, ha aku lagi la. Terseksa tau tiap kali terserempak
dengan si Ari tu.” Shaheen tersenyum. “Lagi pun aku ke sini bukan untuk
bercintan-cintun ya Cik Ijan. Aku ada misi menimba ilmu tau,” sambung Shaheen.
Dia bangun lalu duduk di sebelah Ijan. “Bukan aku tak suka Ari, setakat
berkawan aku tak ada masalah. Lebih dari itu, sorry I’m not interested,” ucap
Shaheen lagi.
Afzan hanya tersenyum mendengar
jawapan Shaheen. Sudah acap kali kata-kata itu didengarinya. Dia sangat kagum
dengan ketegasan Shaheen. Biarpun ramai yang menghulurkan salam kasih, namun
semuanya dilayan sama sahaja seperti kawan-kawan lain. “Sha kau tak ada kelas
ari ni?”
“Tak ada. Naper?”
Afzan tersenyum. “Sha..aku..”
terhenti di situ kata-kata Afzan.
Shaheen yang tadinya leka
membelek majalah Jelita, memandang kea rah Afzan sambil mengangkat kening.
Isyarat untuk Afzan meneruskan bicara.
“Aku nak..nak pinjam kereta,”
ucap Afzan lambat-lambat.
Shaheen diam sambil matanya
memandang tepat ke arah Afzan. “Nak ke mana.”
“Pegi SS.”
“Ok tapi kau kena belikan aku
cendul pulut sama rojak untuk aku, boleh?” tanya Shaheen. “Satu lagi..tolong
isi minyak yer, risau pulak kalau nanti kawan aku ni kena tolak kereta tu,”
sambung Shaheen.
“Ok kawan, no problem punya.
Thanks” ucap Afzan dengan senyuman manisnya.
No comments:
Post a Comment