"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Thursday, July 26, 2012

Kasihmu (Sambungan)

(Sambungan)

“Ijan aku pegi kejab tau. Jangan rindu aku ya,” gurau Shaheen sambil menuju ke muka pintu.
“Eh tolong la Sha. Sapa kau tu nak aku rindu-rindu. Kau pun bukan Miss World bagai,” pintas Afzan disambut gelak tawa mereka berdua.
“Aku pegi sekarang ya. Kalau dok layan kau ni, hmm tak abis punya. Bye Ijan, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Bye Sha.”
Shaheen berjalan pantas menuju ke tangga dan menuruni anak-anak tangga dengan hati-hati. Dia terus bergegas ke garaj kereta. Kereta ADP 4150 miliknya sedia menanti. Enjin dihidupkan. Kereta meluncur dengan hati-hati menuju le Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan. Dalam 10 min, dah sampai. Mujur tempat parkir masih ada yang kosong. Mudah sahaja Shaheen meletakkan kenderaan di kawasan yang tersedia. Kalau tidak kena saman la jawabnya.
Shaheen menuju ke tingkat tiga bangunan pentadbiran. Anak-anak tangga didaki laju. ‘Ni yang malas nak ke bilik Dr. Khalili. Bilik kat top floor. Penat naik tangga ni.’ Bebel Shaheen di dalam hati. Semput juga bila sampai di muka pintu 317. Shaheen tersandar lesu di dinding. Setelah nafasnya kembali normal, Shaheen mengetuk kamar 317. Tiada jawapan. Shaheen mengetuk lagi buat kali kedua. Masih tiada jawapan. Shaheen memulas tombol pintu. Nyata berkunci. Maknanya Dr. Khalili tiada di biliknya. Rasa hampa bertamu di hati Shaheen. Jam di tangan dilirik. Sudah pukul 9.50 pagi.
‘Mana pulak Dr. ni,’ guman Shaheen sendirian. Sementara menunggu Dr. Khalili, Shaheen mengalih pandang ke arah papan kenyataan di kanan bilik Dr. Khalili. Menyemak markahnya. ‘Ya betul la apa Erny bagi tau semalam,’ ujar Shaheen sambil matanya masih lagi menatap senarai nama pelajar yang dilekatkan di papan kenyataan tersebut. Markahnya sebanyak 20 peratus itu kosong. Hanya markah Ujian 1 dan Ujian 2 sahaja yang dipaparkan. Dengan markah 46 daripada 50 peratus, Shaheen belum puas hati. Dia gelisah menunggu Dr. Khalili. Dilirik lagi jam di pergelangan tangan kanannya. Sudah 10 minit berlalu. Selama itu juga dia menunggu.
Akhirnya Shaheen mengambil keputusan meninggalkan nota di bawah pintu Dr. Khalili. Selesai. Dituruni anak tangga. Tiba di tangga terakhir, Shaheen terfikir untuk mencari Dr. Khalili di Pejabat Am Jabatan Pengurusan. Apalagi bergegas Shaheen menuruni anak tangga ke tingkat paling bawah.
“Assalamualaikum Puan Siti, hari ni Dr. Khalili masuk ofis tak?, tanya Shaheen.
“Waalaikumsalam Shaheen. Dr. Khalili ke bilik cetak. Awak tunggu kejab. Dia akan ke sini semula untuk pulangkan kunci bilik cetak,” beritahu Puan Siti ramah.
Sebaik sahaja Dr. Khalili muncul di ambang pintu, Shaheen terus menyapa pensyarah pertengahan tahun itu. “Assalamualaikum Dr. Boleh saya jumpa Dr. kejab?” pinta Shaheen.
“Waalaikumsalam Shaheen. Boleh. Ada apa boleh saya bantu,” ucap Dr. Khalili diiringi senyuman.
“Dr. saya nak semak markah tutorial marketing saya. Dr. tak masukkan markah saya,” ujar Shaheen.
Dr. Khalili tergamam. “Siapa tutor awak Shaheen?” tanya Dr. Khalili.
“Puan Norizan.”
Dr. Khalili lantas tersenyum. “Oh Puan Norizan belum serahkan markah tutorial group awak pada saya. Date line hari ni sepatutnya.”
‘Pergh lega,’ ucap Shaheen di dalam hati. Shaheen merasa lega. Bibirnya mengulas senyum. “Ya ker Dr. Risau saya, ingatkan nama saya tercicir atau Dr. terlupa masukkan markah saya.”
Dr. Khalili membalas senyum Shaheen. “ Dah sedia paper saya 15 haribulan ni? Buat betul-betul ya. 40 peratus tu.”
“InsyaAllah. Saya akan buat yang terbaik.”
Dr. Khalili angguk. Bibirnya masih tersenyum. “Awak boleh Shaheen.” Dr. Khalili percaya Shaheen akan berjaya. Malahan dari awal semester Shaheen antara top student di dalam kelasnya. Tidak pernah mengecewakannya.
Setelah mengucapkan terima kasih, Shaheen meminta diri. Hilang rasa cemas dan risaunya semalam. Rasa lapang dadanya.

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim