Sha
labelkan diri sendiri sebagai Puteri
Lilin. Mudah bepeluh bukan hanya di kala diri berjemur menggadap
sang suria, kalau dalam keadaan panik pun Sha boleh berpeluh..atau mengejar dateline. Memang tak
selesa bila mula berpeluh...Ada orang kata sihat keluarkan peluh..ya memang
betul tapi kalau peluh tu buat kawan-kawan sekeliling tak selesa cam mana eih??
Jika
dililihat dari segi bahasa, itu lah definasi Puteri
Lilin yang merupakan satu simpulan bahasa yang kita pelajari di
zaman sekolah dahulu. Namun jika dilihat dari sudut yang lebih luas, ada maksud
tersirat Puteri Lilin iaitu satu simbol pengorbanan.
“Jadilah
lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang
lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.
Guru
umpama lilin.
Kekasih
umpama lilin.Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
(Sumber: http://saifulislam.com/?p=3365)
Jangan
jadi lilin yang terbakar, jadilah lampu pelita yang menyinar.
PESANAN
BUAT LILIN
Janganlah
dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang
sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya
berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat
kerana mangsa korban… korban sendiri.
Banyakkan
usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.
No comments:
Post a Comment