1
“Hello..Assalamualaikum..boleh bercakap dengan
Sha?” sapa suara di hujung talian.
“Waalaikumsalam..ya Sha bercakap.” sambut Shaheen
tenang.
"Sha ni aku la Ijan.” ujar
pemanggil.
Shaheen kegirangan. Teman baik
menghubunginya. “Eh apa cerita? Apsal lama tak
call? Ooo..dah lupa pada kita yea,” bertubi-tubi soalan keluar dari bibir
Shaheen. Terdengar ketawa kecil di hujung
talian.
“Sorry la Sha. Aku busy keja tau.
Hmm.. bukan lupa.. tapi tak ingat je, “ usik Afzan sambil ketawa kecil.
“Ha yea la tu. Kau dah call
Unitek? Emmm..pasal programme bachelor tu?” tanya Shaheen. Nadanya serius.
“Ni yang aku call kau Sha. Aku
dah call semalam,” Afzan sengaja melambatkan cerita.
Shaheen gelisah. Risau kalau
keputusan peperiksaan akhirnya teruk. Tidak layak mengikuti program bacelor di
UPM. “Habis aku cam mana?” tanya Shaheen.
“Relax aar.. aku tenggokkan jugak
result kau. Tahniah Sha. Kau pun berjaya gak. Hihik nak jadi businesswoman la
katakan,” beritahu Afzan penuh semangat dan gembira sekali.
Shaheen yang begitu gembira
menjerit kegirangan. Mujur tiada sesiapa di dalam rumah tatkala itu. Kalau
tidah pasti kecoh jadinya. “Eh ya ke ni,” Shaheen seolah-olah tidak percaya.
“La kau ni Sha, betul la. By the
way kita kena mendaftar 26 Mei ni Sha. Kita pegi sana sama-sama yer. Family aku
tak boleh hantar aku. So aku tunggu kau kat Makmur yer,” ucap Afzan.
“Ok set. Sama juga parents aku pun masih di Melaka. Abi ada mesyuarat di sana. Umi aku temankan Abi. Next week baru Abi dan Umi balik sini. Tunggu aku ya. Aku sampai sana 25
nanti,” balas Shahaeen.
“Ok Sha..see you then. Bye and
take care.”
Shaheen tersenyum sendiri.
Impiannya untuk menjejakkan kaki ke menara gading telah pun tercapai. Dia
berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi mengejar cita-citanya. Teringat Shaheen
akan pesanan arwah nenek yang mahukan dia berjaya ke universiti lalu
menggenggam seguluh ijazah. Namun apakan daya arwah nenek tidak sempat melihat
kejayaannya. Allah lebih sayangkan arwah neneknya. Tanpa sedar menitis
airmatanya. Shaheen menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah dengan diiringi doa agar
arwah tenang di sana dan ditempatkan di dalam golongan hamba-hambaNya yang
beriman. Amin.
kak sya..pendek dan menarik...hehe
ReplyDeleteall the best kak sya....=))
TQ Zamr..
ReplyDeletedone part 1,
ReplyDeleteentry yg menrik~
simple & mudah utk faham,
dapat sikit gmbrn sifat shaheen^^
:) selamat membaca nia..
ReplyDeleteShaheen simple je orgnya..