"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Saturday, July 21, 2012

Pelangi

Selepas hujan, pasti tertunggu-tungu munculnya pelangi..betulkan..sangat cantik..
Seperti juga kita semua..adakala kita menangisi nasib atau takdir hidup kita..tapi selepas segala duka itu pergi..senyuman dan bahagia menyusul..betul kan..mengapakah begitu?
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah... .sumber : iluvislam

Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan."(Surah An-Nahl: 53)

biarlah ape pun yang terjadi, kita harus kuat mengharunginya. seperti pelangi merentasi lautan awan dikala gerimis. belajarlah mengenal pelangi. kerana dari pelangi yang cantik itu kita mengenal Pencipta kita.

 


No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim