"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Monday, July 16, 2012

KASIHMU 2

2
 
Hari dinanti telah pun tiba. Shaheen dan Afzan sama-sama menuju ke Kuala Lumpur dengan bas Metro nombor 10. Tiba di Hentian Kotaraya, mereka turun dan menanti pula bas Metro nombor 17 atau nombor 18 untuk menuju ke UPM Serdang.
 
“Ijan.. penat la,” bisik Shaheen. Manik-manik jernih memercik di dahi. Rambut yang menutupi dahi diseka ke belakang. Tangan mencari botol air mineral yang dibawa bersama. Nikmatnya apabila air jernih itu menyusuri ke tekak yang ternyata dahaga. Puas diteguk lalu botol air disimpan semula.
 
“Aku pun Sha. Berat aah beg ni. Dahaga lak tu,” balas Afzan sambil tangan mencapai botol air.
 
Lama mereka menunggu. Akhirnya bas yang ditunggu tiba. Ramai rupanya yang turut sama menanti bas untuk ke Serdang. Perjalanan selama 45 minit itu tiba di destinasi terakhirnya. Tidak sampai 10 orang pun yang turun di hentian terakhir tersebut.
 
Shaheen dan Afzan turun dengan hati-hati. Mata masing-masing memerhati sekeliling. Bertentangan dengan mereka adalah kolej kediaman paling lama di UPM, Kolej Mohammad Rashid yang lebih dikenali sebagai KMR di kalangan warga universiti.
 
“Sha kita kena ke Bangunan Pentadbiran ambil surat tawaran. Kat tingkat 3. Lepas tu baru bleh masuk kolej kediaman,” beritahu Afzan.
 
Shaheen hanya angguk. Mereka melangkah laju ke arah Bangunan Pentadbiran setinggi 4 tingkat. Mujurlah bangunan tersebut tidak jauh dari tempat mereka turun bas tadi. Laluan mereka lebih mudah dengan adanya penunjuk arah yang jelas. Sampai di kaunter pertanyaan, mereka disapa mesra oleh petugas kaunter. Sampul surat masing-masing diserahkan selepas mereka menurunkan tandatangan pada senarai pelajar yang bakal mendaftar pada keesokkan harinya.
 
“Ijan, kau kat mana? Aku kat Kolej Keenam,” tanya Shaheen selepas sampul dibuka.
 
“Eh sama la. Best la camni..tak la aku takut sangat, “ balas Afzan dengan nada gembira. Bibirnya menguntum senyuman. “Camana nak ke sana. Kolej Keenam tu kat mana,” soal Afzan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
 
“Entah la labu,” gurau Shaheen. “Cuba kau pegi tanya pakcik guard tu,” tunjuk Shaheen pada Afzan yang masih terpinga-pinga. Lantas kedua-dua gadis itu pun berjalan bersama-sama ke arah pengawal keselamatan yang berdiri di muka pintu laluan utama Bangunan Pentadbiran.
 
“Assalamualaikum Encik,” ucap Afzan sopan. “Kami nak ke Kolej Keenam. Kat mana ya kolej tu?” soal Afzan.
 
“Awak berdua ambil ni,” pengawal keselamatan tersebut menghulurkan sekeping kertas kepada mereka.
 
‘Orang tanya, dia bagi kertas je.’ Shaheen mengomel di dalam hati. Shaheen memandang Afzan sambil mengangkat kening. Isyarat agar berlalu dari situ. “Terima kasih Encik,” ucap Shaheen dengan senyuman.

(samb)

4 comments:

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim