"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Sunday, November 4, 2012

Memaafkan dan Melupakan

Senang disebut agak sukar dilaksanakan. Memaafkan lebih mudah. Melupakan akan mengambil masa juga.

Teringat mantan bos pernah cakap," Sha jadi lah seperti laut. Laut yang bisa menerima apa sahaja yang dibuang ke dalamnya. Jadilah seperti laut yang mampu menelan apa sahaja."

Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Memaafkan...semudah ucapan, "saya minta maaf" ataupun bahasa lagi mudah, "sorry ye". Tapi orang yang telah disakiti, dimalukan dan sewaktu dengannya tu bukan semua berhati kristal, sentiasa memaafkan segala perbuatan orang lain terhadap diri. Jauh di sudut hati, jauh di minda paling hujung, selagi tak hilang ingatan memang takkan lupa.
Setiap orang ada kisah tersendiri yang mungkin tak sama tahap penerimaannya dengan orang lain. Kadang-kadang bila kita maafkan orang, terasa lepas beban yang begitu berat. Urusan dengan manusia ni membingungkan, dosa dengan manusia ni membebankan. Apatah lagi dosa denganNya...
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
 

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim