Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan
pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan
sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata
halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian
pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik
menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih.
Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak
perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu
bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda
tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia
tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga
untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan
ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap
apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau
begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda
tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan
anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada
pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima
sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain
dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor
itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu.
Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya
segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya
supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang
kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang
terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad
untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya
diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan
kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai
demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil
tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah
itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang
tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi
helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu
membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum
tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian
terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya.
Tulisan itu berbunyi…
—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”
-Dr Howard Kelly-
—————————————
—————————————
Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943),
salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John
Hopkins, Amerika Syarikat.
Sumber: http://masrom76.blogspot.com/2011/06/segelas-susu.html
Sumber: http://masrom76.blogspot.com/2011/06/segelas-susu.html
No comments:
Post a Comment