"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...
Jika ada sesiapa yang pinta untuk di HATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Tuesday, November 20, 2012

Palestin: Bumi Wakaf Umat Islam

                  

Bismillahirrahmanirraheem...

Sejak kecil, kisah pergolakan di negara Israel (baca : Palestin) dengan golongan pemberontak (baca : rakyat Palestin) telah kita dengari di kaca televisyen.
Sehingga kini, umur kita pun menjangkau puluhan...Kisah-kisah pergolakan itu masih berkumandang..
Bilakah keamanan akan lahir di bumi bergolak itu?
Pernahkah persoalan ini menjelma di fikiran kita?

Mungkin, hari ini kita perlu mengubah soalan kita kepada;
"Apa yang telah aku lakukan untuk merealisasikan pembebasan Palestina?"
Bumi Palestina itu telah diisytiharkan oleh Saidina Umar (semasa peristiwa pembebasan Baitul Maqdis) sebagai tanah wakaf untuk umat Islam...Pabila sesuatu tanah diwakafkan, ia bererti tanah itu bukan lagi milik pewakaf (baca : Saidina Umar) sebaliknya segala manfaat tanah itu adalah untuk orang yg diwakafkan tanah itu (baca : umat Islam).

Hari ini, hak umat Islam telah dirobek dan dicabuli oleh segala macam perjanjian-perjanjian. Perjuangan membebaskan Palestina ini adalah suatu perjuangan yang luar biasa istimewa dan luar biasa tempohnya. Bahkan, Rasulullah SAW yang tercinta telah menyampaikan kepada kita melalui hadis baginda SAW;

Perjuangan ini adalah perjuangan hingga akhir zaman. Bumi Baitul Maqdis itu adalah tanah suci umat Islam yang ketiga namun sukar sekali kita hendak bermusafir ke sana,kan?

Mengapa begitu?

Seolahnya ada suatu paradoks. ALLAH mengisytiharkan ia sebagai destinasi musafir yang ketiga tertinggi nilainya selepas Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah namun DIA telah memilih bumi itu sebagai bumi paling bergolak.

Tanpa kita sedari, bumi itulah syiar bahawa jihad adalah jantung deen ini. Bahawa perjuangan yang tak pernah henti untuk melawan kebatilan itu adalah suatu kehidupan, sehingga ALLAH telah menentukan bila islam menang ke atas Baitul Maqdis kelak maka akan berakhirlah dunia ini seluruhnya.

Sesungguhnya, jihad terbesar adalah jihad melawan hawa dalam diri! Itulah jihad terbesar yang harus kita mulakan sebelum kita mampu untuk berjuang membebaskan bumi Palestina daripada cengkaman Zionis.

Faktor bebasnya bumi Palestina bukan hanya bergantung kepada mereka yang tinggal di sana tetapi juga pada diri kita, yang mengaku muslim di mana jua kita berada...

Maka, selagi diri kita belum benar-benar mampu dikuasai oleh iman, selagi islam belum menjadi sistem kehidupan di dunia ini, selagi itulah pergolakan akan terus wujud di Palestina dan selagi itulah laungan-laungan memanggil kesedaran kepada isu Palestin akan terus berlaku...

No comments:

Post a Comment

This Blog Is Protected. Copyright 2009 © Design By Cik Sha Hashim