Pagi ini sebelum kembali ke Lembah Klang, Sha sempat menziarah seorang rakan sekolah yang baru kehilangan Bonda tercinta ke rahmatullah pada semalamnya. Perkhabaran tersebut telah dimaklumkan oleh seorang rakan sekolah yang merupakan senior kepada kami di sekolah menengah.. innalillahiwainnailaihirojiun. Terima kasih Abang Ramlan maklumkan berita tersebut.
Sewaktu berkunjung ke rumah Nora, ahli keluarga dan sanak saudara masih lagi ramai berkumpul. Majlis Tahlil akan diadakan pada waktu tengahari. Sha tak dapat ikut serta kerana perlu bergerak balik.
Nora dikhabarkan demam. Sahabatku, moga dirimu redha dan tabah. Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman..amin. Al-Fatihah..
Sha sendiri gagal menahan air mata..jika Sha ditempatnya, entah bagaimana agaknya diri Sha.
Yang paling dekat dengan kita adalah
"MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang
bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
No comments:
Post a Comment