5
‘Apasal belum sampai
ni.’ Shaheen resah. Dilirik lagi jam di tangan. ‘Kejab lagi Encik Yaakob
sampai.’ Shaheen benar-benar risau. Linda dan Emily belum sampai. Biasanya
mereka tidak selambat ini. Lagi 5 minit cukup masa. Jangan harap dapat masuk ke
dalam kelas Encik Yaakob bila mana dirinya telah pun berada di dalam kelas. Kalau
mahu menadah telinga mendengar leteran Encik Yaakob, cubalah. Hiruk-pikuk suara
rakan-rakan sekelas tidak dihiraukannya. Matanya memandang lagi ke arah pintu
kelas. Jam di tangan dilirik sekali lagi.
Shaheen ingat lagi hari
pertama mengikuti kelas di bawah seliaan Encik Yaakob. Panjang lebar Encik
Yaakob berleter petang itu. Ada teman-teman sekuliah Shaheen menggelarkan Encik
Yaakob sebagai ‘singa’ hanya disebabkan sikap dan sifatnya yang tegas serta
garang. Disiplin amat dititikberatkan. Tiada pelajar yang dibenarkan masuk
lewat ke kelas hatta 10 saat sekali pun. Pelajar lelaki mesti memakai baju
berkolar jika tidak berkemeja. Selipar jangan sesekali dibawa pakai ke kelas.
Begitu teliti Encik Yaakob mendidik pelajar-pelajarnya yang masing-masing bakal
bergelar pegawai pengurusan, akauntan, ahli perniagaan, ahli ekonomi mahupun pensyarah
atau kerani sekalipun suatu masa nanti.
“Awak bertiga ni kawan?”
Shaheen, Linda dan Emily
mengangguk serentak.
“Kawan baik ker?”
Sekali lagi ketiga-tiga
mereka mengangguk serentak.
“Hmm patutla kasut pun
sama. Sepesen je,” ucap Encik Yaakob bersahaja.
Lantas Shaheen, Linda
dan Emily tunduk memandang kasut masing-masing. Mereka saling berpandangan
sambil tersenyum.
“Ish.. tu pun nak jadi
isu ker,” bisik Emily perlahan semasa Encik Yaakob menulis sesuatu di white board.
“Aaah la. Kan trend
kasut camni sekarang. Apa yang kecoh sangat kan,” runggut Linda pula. “Ala relax aar, warna lain-lain kan,” sambung
Linda.
Shaheen tidak terkata
apa-apa. Bibirnya menguntum senyum. Kata-kata sahabatnya itu mencuit hati.
Namun dia gembira. Sekurang-kurangnya pensyarah itu menyedari kewujudan mereka.
Shaheen tersedar dari
lamunannya bila Amir pelajar paling tinggi di kelasnya tiba-tiba masuk dan
mengumumkan ketibaan Encik Yaakob. “Mana la Linda, Emily ni. Masa dah suntuk
benar.” Shaheen bangun menuju ke muka pintu. Baru selangkah dia menapak, muncul
Linda dan Emily berlari-lari anak masuk ke kelas. Menuju ke arah Shaheen. Tadi
Shaheen bagaikan berada di atas bara api. Kini Shaheen berasa lega. “Eh
apsal lambat sangat? Risau tau. Nasib Encik Yaakob belum sampai. Kalau tidak
abis la korang. Bukan korang tak tau cam mana nasib orang lambat ni,” Shaheen mula
membebel.
Linda dan Emily
tersandar keletihan di kerusi. Masing-masing diam membisu. Turun naik nafas
mereka. “Penat tau. Ni semua Emily la punya pasal. Aku dah siap awal. Minah
ni bersolek macam nak keluar dating,”
balas Linda sambil menjeling Emily yang duduk di sebelah kanannya.
Belum sempat Emily
meneruskan ayat-ayat bela diri, Encik Yaakob muncul di muka pintu. Seperti
biasa Encik Yaakob melangkah penuh gaya di hadapan kelas. Wajahnya serius.
Kelas yang tadinya riuh kini tiada satu suara pun kedengaran. Seisi kelas diam.
Sunyi sepi. Emily, Linda dan Shaheen berpandangan.
“Eh Linda, apsal Encik
Yaakob bawa botol besar air mineral tu,” tanya Emily. “ Siap dengan mug lagi,”
sambungnya lagi.
Linda angkat bahu.
Matanya terus tertumpu ke arah Encik Yaakob. Pelajar lain juga begitu.
“Saya tak berapa sihat
hari ini.”
Semua pelajar
berpandangan sesama sendiri. Ada yang tersenyum, ada yang berbisik. Majoritinya
mereka suka hati. Ada peluang kelas habis awal. Semua berharap dapat pulang
awal pada petang itu.
“Walau pun begitu, kelas
saya berjalan macam biasa.”
Hancur harapan. Ada yang
mengeluh tanpa sedar. Harapan yang dianyam sebentar tadi hilang begitu sahaja.
Begitulah Encik Yaakob. Penuh dedikasi. Biar pun dirinya kurang sihat, tugas
seorang pensyarah digalas sehabis baik. Tugasnya tidak diabaikan. Sesuai benar
dengan jawatan Encik Yaakob Ibrahim sebagai Penyelaras Pengurusan Sumber
Manusia di Jabatan Pengurusan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Di dalam hati Shaheen terbit
rasa kagum. Sejak itu, Shaheen menanamkan azam agar sikap yang baik hasil
didikan pensyarah berusia 40-an itu akan menjadi satu amalan yang boleh dicontohi. “Pekerja
yang betul ada 4 ciri iaitu pengetahuan yang betul, kemahiran yang betul, sikap
yang betul dan kesihatan yang baik,” tergiang-ngiang kata-kata Encik Yaakob semasa
kelas Pengurusan Sumber Manusia di awal semester dahulu.
Kelas diteruskan.
Sesekali diiringi batuk-batuk kecil Encik Yaakob. Ada ketika Encik Yaakob
terpaksa meneguk air untuk membasahkan tekak yang kering. Tiba-tiba Encik Yaakob
berhenti bercakap. Matanya memandang jam dinding. Lantas beg kulit jenama Kenneth Cole dibuka.
Sampul-sampul putih berisi ubat dikeluarkan.
“Doktor kata saya kena
makan ubat tepat pada masanya.”
Seluruh kelas gelak
besar dengan telatah Encik Yaakob manakala Encik Yaakob hanya tersenyum. Kelas
diteruskan selepas itu. Kelas tamat tepat pada pukul 4 petang.
Habis sahaja kelas Encik
Yaakob, Emily, Linda dan Shaheen bergegas keluar. Kejar masa. Linda paling laju
di hadapan. Masing-masing ada kelas Operation
Management selepas itu.
"Linda kalau ya pun tak
kan kau nak tinggalkan si Emily tu," Shaheen menjerit memanggil Linda yang telah
pun menuruni anak-anak tangga.
Linda berhenti
melangkah. Berpusing ke belakang. “Cepat la sikit.”
“Aku tau la kau nak
kejar Abang Salman kau tu. Tapi sabar la. Sempat lagi ni. Jatuh tangga nanti.
Ha baru kau tau. Mahu aku gelak tergolek-golek kat sini,” balas Shaheen.
Linda tidak menghiraukan
kata-kata Shaheen. Laju dituruni anak tangga. Malang tidak berbau kata orang. Entah apa silapnya. Linda terjelepok di anak
tangga terakhir. Apa lagi terburai juga tawa Shaheen diikuti oleh Emily.
Beberapa orang pelajar yang berdekatan
terkejut melihat Linda tiba-tiba terduduk di atas tangga.
“Are you ok?”
Linda cepat-cepat bangun.
Malunya jatuh di khalayak ramai. “Korang ni bukan nak simpati. Gelak lagi ada.”
“Kan aku dah kasi
warning tadi. Kau yang tak nak dengar.”
Linda memandang Emily
dan Shaheen silih berganti. Akhirnya dia turut ketawa. Dia yang cuai. Bukan
salah sesiapa. “Eh nasib baik tak ramai orang kat sini. Kalau Dr. Salman lalu
sini tadi, malu ni beb,” kata Linda
sambil mengutip failnya yang jatuh bersama tadi.
“Dah la Linda. Lain kali
jangan tinggalkan aku tau. Ni maknanya berdosa dengan aku la,” balas Emily masih
tersenyum.
Ketiga-tiga gadis ceria
itu menghayun langkah ke Bilik Kuliah G08. Masa untuk Dr. Salman Lutfi ,
pensyarah muda yang menjadi kegilaan
Linda ini baru kembali dari cuti belajar di negara matahari terbit yang
terkenal dengan bunga sakuranya. Dr. Salman Lutfi baru 3 bulan bertugas di Jabatan Pengurusan.
Linda mengambil tempat
duduk paling hadapan. Emily dan Shaheen duduk bersebelahan Linda. Sementara
menanti Dr. Salman, mereka berbual-bual kosong.
“Kenapa lambat tadi,”
tanya Shaheen memulakan bicara.
“Emily ni bersolek lama
sangat. Dah nak keluar telefon pula berbunyi. Call dari buah hati si Emily ni.”
“Erm patut la lambat.
Layan borak dengan buah hati ya Emily.”
Emily hanya senyum. “Jangan
la kecoh sangat. Kan kita sampai on time
tadi,” balas Emily dengan pelat Sabah. Emily Johnny berketurunan Kadazan ini telah lama menetap di
Semenanjung. Bapanya seorang guru. Jadi Emily sekeluarga mengikut bapanya yang
ditugaskan di semenanjung semasa Emily berusia 8 tahun lagi.
“On time kau kata. Tak ingat cam ribut kita pecut tadi,” pintas Linda.
Shaheen yang mendengar jawapan Linda sudah ketawa. “Mana taknya masa sampai
tadi, kita orang nampak Encik Yaakob tu dah naik tangga depan. Apa lagi aku dengan
Emily amik langkah seribu naik ikut tangga tenggah tu. Nasib baik sampai dulu,” sambung Linda.
“Haha..patut la macam
pelari pecut je aku tengok tadi. Sampai kelas tercunggap-cunggap. Berlumba
dengan Encik Yaakob lagi tu. Wah kira hebat la korang. Encik Yaakob pun kalah,”
usik Shaheen. Ketawanya masih bersisa.
“Sha kau jangan perli
kita orang ya. Kang aku cepuk baru kau tau,” kata Linda. Linda memang terkenal dengan lagak boyish. Tidak pernah berbaju kurung. Baju rasmi Linda adalah kemeja kotak-kotak dan jeans. Berbeza 360 darjah dengan Emily yang ayu serta sopan orangnya.
“Hai marah ke Cik Senah.
Relaks la. Emily ok je tu,” ucap Shaheen memandang Emily yang tenang di sebelah kiri
Linda.
“Eh dah-dah. Ni Mr. Charming
aku blom sampai. Mana plak dia ni. Sesat ke.”
Emily dan Shaheen
sama-sama senyum. Sejak kelas Pengurusan Operasi diambil alih oleh Dr. Salman
Lutfi, Linda paling rajin ke kelas. Berbeza sewaktu kelas dikendalikan oleh
Prof. Dr. Ali. Prof. Dr. Ali mengambil Cuti Sabatikal dan kini berada di Netherland. Jadi sepanjang tempoh ketiadaan Prof. Dr.Ali, Dr. Salman Lutfi yang akan mengantikan tempat Prof. Dr. Ali.
“Ala Prof. Ali tu dah veteran.
Perut buncit. Kepala pun dah boleh buat landing helicopter,” ulas Linda bila
ditanya perubahan mendadak dirinya. “Yang ni baru best. Semangat aku datang.
Baru feel nak masuk kelas.
“Amboi baik punyer kutuk.
Tak berkat tau ilmu yang dia curahkan pada kau. Tak baik cakap cam tu,” Emily
mengingatkan Linda. Linda hanya senyum ditegur Emily. Shaheen menyokong
kata-kata Emily.
Yang ditunggu telah
tiba. Kelas yang dulunya cukup membosankan, subjek yang paling dibenci Linda. Namun disebabkan kehadiran Dr. Salman
Lutfi, Linda berubah habis. Emily dan Shaheen yang
selalu score pun boleh kalah kalau macam ni. Bagus juga kan. Makin sengit
persaingan di antara mereka.
waa makin rindu zaman stdy pula...hehe
ReplyDeletekak sha..all the best..=))
sha pun..zaman belajar itu indah..
ReplyDelete