Haha..nak gelak lagi bila teringat 'kuih salai hidung'. Kisah di hari raya ke-2 di rumah Mak Long Saadiah di Trong, Perak.
Sha ikut sepupu sepapat beraya ke Trong. Petang tu sampai umah Mak Long Saadiah, kami dihidangkan dengan menu wajib hari raya, ada nasi impit, lemang, kuah kacang, rendang, kuih muih dan 1 menu yang 1st time Sha rasa sambal tahun. Next time Sha citer pasal sambal tahun ya..
Lepas makan nasi impit & lemang dengan rendang sambal tahun, Sha & sepupu sepapat makan kuih raya.. ada satu kuih ni warna coklat diselaputi cam kelapa pun ada..x pasti lak kuih apa (tak teringat pulak nak ambik gambar, jab Sha cari gambar kuih tu di internet), tetiba Mak Long Saadiah cakap, "hmm tu salai hidung la tu."
Sha pandang yang lain. Then Ana cakap, " 1st time dengar nama kuih salai hidung." Yang lain dah mula senyum gelak.
"Kat umah ni pun ada sorang yang suka salai hidung," sambung Mak Long Saadah lagi.
Adeh..kami semua dah gelak tak ingat. Kelakor bebenor la nama kuih salai hidung ni.
Rupanya Mak Long Saadiah maksudkan orang yang merokok tu sebagai salai hidung. Kami semua salah faham sebab masa Mak Long Saadiah cakap tu kami semua tengah dok belek kuih yang Sha cakap tadi. Tak pasal-pasal kuih tu dapat nama 'kuih salai hidung'.
p.s.: ok Sha dah dapat nama kuih tu snow almond dan gambarnya sekali
No comments:
Post a Comment