Malam itu Shaheen rasa kurang selesa.
Sekejab dia duduk, sekejab dia berdiri. Akhirnya dia menuju ke jendela.
Memerhati dada langit yang ditaburi bintang serta bulan separa penuh. Hatinya
resah. Memikirkan Hisyam itu rupanya ada hubungan keluarga dengan Mak Ngah
Sofi. Pelariannya belum selesai. Dia ingin lari jauh dari anak muda itu. Benar
juga kata orang, dunia ini kecil sahaja. Hampir 7 tahun dia berjaya menjauhkan
diri, apatah lagi melupakan insan yang pernah menghuni dan beraja di hatinya.
Kini tanpa dirancang, bertemu lagi mereka setelah berpisah tanpa ucapan selamat
tinggal. Shaheen memandang ke langit nan luas. Andai dia mampu membawa diri
sejauh langit dan bumi, itulah yang akan dia lakukan.
*******
Insiden 8 tahun lalu kembali berputar
di dalam ingatan Shaheen. Bagaikan sebuah filem yang dimainkan semula. Semuanya
bermula di malam terakhir minggu suai kenal Shaheen di Kolej Keenam.
“Malam Penutup Minggu Suai Kenal: Tak
Kenal Maka Tak Cinta ini nampaknya akan diakhiri dengan satu penyampaian anugerah
khas,” pengumuman dari Hisyam selaku
Yang Dipertua Persatuan Pelajar (IPTPM). Seluruh isi dewan sunyi sepi. “Ok
adik-adik semua, sila semak kad pengenalan masing-masing. Ada tak dalam purse,”
ucap Hisyam lagi. Kalau takde tu maknanya IC yang kat tangan saya ni la dia
punya. Saya tak akan baca nama. Saya akan bacakan nombornya sahaja,” sambung
Hisyam lagi.
Shaheen sudah panik. Kad pengenalan
yang dipegang oleh Hisyam itu pasti miliknya. ‘Aduh..malang betul. Malunya,’ Shaheen
berkata perlahan. Afzan di sebelah kanan Shaheen sedar keresahan Shaheen. Dia
memandang Shaheen dengan matanya yang sengaja dibesarkan. Bibirnya menguntum
senyum walaupun hati terasa kasihan melihat Shaheen yang serba tak kena.
Hisyam melirik gambar kad pengenalan
di tangan. ‘Comel,’ guman Hisyam sambil senyum. “Saya minta pemilik kad pengenalan
ni tampil ke hadapan. Baik saya bacakan nombornya, kita lihat siapa yang kena, A35..05..2..2..5.,” Hisyam menunggu dengan
sabar.
Sekali lagi seisi dewan diam membantu.
‘Nak pegi ke tak ni,” Shaheen masih mendiamkan diri di tempat duduk.
“ Hai takkan tak ada tuan kad ni.
Baiklah kalau tak nak ambil tak apa. Rasanya ramai yang nak kenal ni kalau saya
edarkan ke Blok Putra. Orangnya cun juga,” kata Hisyam menutup sesi ‘penyampaian
anugerah’.
Selepas majlis selesai,
terkocoh-kocoh, Shaheen mencari Hisyam. Dilihatnya Hisyam berada tidak jauh
dari pentas utama. Dalam debar dia menuju ke arah Hisyam yang leka menguruskan
PA System.
“Abang Hisyam,” panggil Shaheen
takut-takut.
Hisyam menoleh ke arah Shaheen. “Ya
ada apa?”
“Saya nak ambil IC saya.”
“ Lain kali hati-hati ya. Susah kalau
hilang IC ni,” nasihat Hisyam. “ Oh by
the way, minggu orientasi awak akan bertambah lagi 2 hari. Kalau awak tak
setuju saya simpan je la IC ni,” ucap Hisyam sambil senyum.
Bermula dari hari tersebut, hubungan
Hisyam dan Shaheen semakin baik. Hari demi hari hubungan baik bertukar kepada
hubungan cinta. Namun panas yang disangka hingga ke petang, rupanya angin badai
menguji mereka. Ketika Shaheen di semester kedua, Hisyam telah pun tamat
pengajian dan telah memulakan kerjaya di sebuah bank di ibu kota. Kesibukan
kerja dengan peluang kerjaya yang terbentang luas, Hisyam mula mengabaikan
hubungannya bersama Shaheen.
“Maafkan Abang ya. Abang hargai
perasaan Sha. Abang harap Sha akan bertemu lelaki yang sesuai dengan Sha nanti,”
ucap Hisyam pada pertemuan yang menghancur luluhkan hati Shaheen.
Shaheen tertunduk membisu. Dia
terdiam. Perasaan sedih mula bercambah di dalam hati. Mujur emosinya dapat
dikawal. Tiada setitik air mata pun yang menitis di hadapan Hisyam, lelaki yang
telah mengecewakannya.
“Abang harap Sha masih sudi berkawan
dengan Abang. Jangan lah kerana hal ni, Sha jauhkan diri dari Abang,” pinta
Hisyam.
Awalnya Shaheen masih berhubung dengan
Hisyam sehinggalah Hisyam sering bekerja di luar kawasan. Shaheen terasa Hisyam
semakin jauh dari hidupnya. Sejak itu Shaheen mula belajar melupakan Hisyam.
Biarpun perit dirasakan Shaheen sungguh-sungguh memadamkan semua kenangan indah
bersama Hisyam. Hanya Afzan yang setia menjadi tempatnya mengadu.
Tumpuannya lebih terarah kepada
pengajiannya. Sejak itu bermulalah
perjuangan tanpa kenal erti jemu dalam kamus hidupnya. Seluruh masa dan tenaga
dicurahkan kepada pengajiannya. Berkat kesabaran dan penat lelahnya, Shaheen
berjaya mengharungi saat-saat sukar dalam tempoh pengajiannya. Tamat sahaja pengajian,
Shaheen terus menyahut cabaran Abinya untuk menguruskan Perusahaan Jati Holding.
Afzan juga turut menerima tawaran bekerja dengan Encik Suffian. Mereka
sama-sama berganding bahu memajukan perniagaan keluarga Shaheen.
*******
Terasa panas matanya. Baru Shaheen
tersedar dia menangis rupanya. Dilirik jam di dinding. Sudah 10.30 malam. Cepat-cepat
tingkap ditutup. Langkah dihayun ke bilik air. Mengambil wuduk. Solat isyak belum
lagi dikerjakan. Akibat terlalu melayan perasaan. Tadi selepas makan malam,
terus sahaja dia berkurung di dalam bilik.
Selesai mengambil wuduk, dia bingkas
ke bilik. Langkahnya diperhatikan oleh Hisyam yang berada di ruang tamu.
Suasana yang suram membuatkan Shaheen tidak menyedari kewujudan Hisyam yang
sedang berehat di situ.
Perasaan kesal menerpa ke dalam hati
Hisyam. Dia akur, semuanya salah sendiri. Keegoan diri menjadi punca dia
terlepas orang yang dicintainya. Hanya selepas tiada berita daripada Shaheen
barulah Hisyam sedar gadis itu sebenarnya sangat dekat di hatinya. Hisyam
berjanji untuk membetulkan kesilapannya. Matanya masih memandang bilik Shaheen
yang masih terang-benderang.
kesiannya shaheen...
ReplyDeletekesetiaan hubungan yang lama akhirnya putus di tengah jalan...
jika itu takdirnya...zamr redha pasti ada rancangan Allah yang lebih baik..
ReplyDeleteBoleh ikuti sambungan Kasihmu di blog sha www.ladykirana.blogspot.com
ReplyDeleteSelamat membaca :)