7
“Mak Teh, Een ada call
ke,” tanya Puan Asyikin pada pembantu rumahnya.
“Ada minggu lepas. Tapi
Puan dan Tuan tak ada masa tu. Een ikut kawannya ke Arau,” jawab Mak Teh
lancar. “Katanya lagi mungkin dia lama di sana. Dia kirim salam pada Puan dan
Tuan,” sambung Mak Teh.
“Waalaikumsalam,” Puan
Asyikin menjawab salam. Dia merenung jauh. Terdetik juga rasa bersalah di hati.
Anaknya seorang yang sering ditinggalkan. Seingatnya sejak suaminya bergelar
usahawan kayu jati, dari mula suaminya berjinak-jinak dengan perniagaan sudah 5
tahun berlalu. Tiada masa bersama anak tunggalnya. Apa kan daya dia sentiasa
perlu di sisi suaminya. Encik Sufian sentiasa ke luar daerah hinggakan ke luar
negara. Semuanya untuk tujuan mengembangkan perniagaan milik suaminya. Puan
Asyikin akur dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tempatnya di sisi
suami tercinta. Malah Encik Suffian sendiri mahu isterinya mengikut ke mana
sahaja dia berurusan di kala dia menguruskan perniagaan mereka. Puan Asyikin
juga terkilan tidak dapat melihat perkembangan Shaheen. Dia juga terlepas saat
menghantar anaknya ke menara gading. Kasihan Shaheen. Bahkan sudah beberapa
kali Shaheen merajuk panjang akibat keterlupaan Puan Asyikin menunaikan janji
yang dibuat bersama anak kesayangannya.
Kesal bertamu di hati
Puan Asyikin. Selama 5 tahun itu hanya hadiah serta wang ringgit yang
mengantikan kasih sayang terhadap Shaheen. ‘Ada masa akan kuhabiskan dengan
permata hatiku,’ bisik Puan Asyikin berjanji pada diri dengan penuh keazaman.
“Jauh mengelamun
pagi-pagi ni,” tegur Encik Sufian.
Tersentak seketika Puan
Asyikin. Namun senyum terukir di bibir. “Teringatkan Een,” ringkas jawapan Puan
Asyikin.
“Anak dah besar panjang.
Usah risau,” bersahaja Encik Suffian berbicara. Tangannya mencapai surat khabar
di atas meja. Matanya laju membaca tajuk-tajuk utama akhbar.
“Bang sebab dia dah
besar la Qin risau,” balas Puan Asyikin. Tangannya lincah menuang kopi dan
menyendukkan nasi goreng kegemaran suaminya. Matanya dipandang tepat ke muka
sang suami. Tiada reaksi. Encik Sufian masih leka dengan akhbar di tangan. Ruangan
ekonomi menarik minat Encik Suffian untuk terus membaca. Kata-kata Puan Asyikin
berlalu begitu sahaja.
“Ada dia telefon?” tanya
Encik Suffian sebelum menghirup air kopi yang masih berasap itu. Aroma kopi itu
sudah cukup membangkitkan selera Encik Suffian di pagi minggu itu. Ditambah
lagi dengan bau nasi goreng kegemarannya. Surat khabar dilipat dan diletak ke
tepi.
“Ada. Een di Perlis.
Rumah kawan,” ucap Puan Asyikin. Pandangan matanya masih lagi ke arah suaminya
yang sedang menyudu nasi goreng ke mulut. “Dia kirim salam pada abang.”
“Waalaikumsalam,” jawab
Encik Suffian sambil meneruskan suapan. “Bagus la tu. Biarla dia berjalan.
Suasana baru, kenal tempat orang. Tak lama lagi balik la tu. Usah la sayang
risaukan. Anak kita tu dah besar.Tau la dia jaga diri,” kata Encik Suffian
menenangkan Puan Asyikin.
“Abang semalam Puan Sri
Sofia ada call. Dia ingatkan kita untuk hadir ke majlis ulang tahun
perkahwinannya dengan Tan Sri Amiruddin tu. Abang nak pergi,” tanya Puan
Asyikin.
Encik Sufian yang baru
selesai menjamu selera paginya tunduk sambil tangan kirinya memegang dagunya yang
berlekuk. “Elok la kita pergi. Lagi pun awal-awal lagi Tan Sri dah jemput
kita,” putus Encik Suffian.
Puan Asyikin hanya
mengangguk. Kemudian Mak Teh dipanggilnya. “Mak Teh malam ni tak usah masak
banyak ya. Saya dan tuan akan makan di luar. Di rumah Tan Sri Amirrudin. Masak
untuk Mak Teh, Pak Akob dan Amat sudah la,” beritahu Puan Asyikin lembut.
Wanita separuh abad itu mengangguk faham dan terus berlalu ke dapur menyambung
kerja-kerja yang terhenti tadi.
kak sha..next..
ReplyDeletehehe..
gud luk kak sha..=))
tq zamr..sudi baca...next chapter in making..
ReplyDelete