9
“Assalamualaikum Een,” ucap Encik
Suffian seraya melangkah masuk ke ruangan pejabat Shaheen yang terbuka
pintunya.
“Waalaikumsalam Abi. Mari duduk,”
jemput Shaheen selepas bersalaman dengan Abinya. Tangan itu diciumnya. Encik
Suffian memeluk Shaheen dan seperti selalu ubun-ubun anak itu dikucup.
“Ada apa Abi, tentu ada urusan penting
Abi sampai ke office ni,” tanya
Shaheen memulakan bicara. Encik Suffian senyum sahaja.
Shaheen bangun menuju ke arah meja
kerjanya. Punat intercom ditekan. “Aida, tolong buatkan secawan kopi pekat
untuk Abi saya. Untuk saya seperti biasa ya,” ringkas sahaja pesanan Shaheen
pada pembantunya.
“Khamis ni Abi tak dapat ke Jakarta. Abi ada urusan di
pejabat tanah. Jadi Abi nak minta tolong Een gantikan Abi ke sana. Ada
perjumpaan dengan wakil kilang kayu jati di Jepara. Boleh Een?” tanya En Suffian
lembut.
“Kalau ikutkan schedule, Een akan ke
Terengganu petang Khamis tu. Ada lawatan sempena Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2012 (MIFF 2012). Lepas tu
Een nak ke perkampungan melayu di sana, meninjau perusahaan kayu jati and cari peluang niaga di sana. Kalau
rezeki kita di sana, dapatlah kita kembangkan perniagaan di Pantai Timur pula
Abi,” beritahu Shaheen.
Encik Suffian diam. Ligat dia
berfikir.
“Cik Sha, ini airnya.” Aida muncul di
muka pintu bersama dulang di tangan berisi secawan kopi serta satu mug milo
panas.
“Apa khabar Aida? Bagaimana kerja
dengan Shaheen ni, ada dia buli kamu?” sapa Encik Suffian pada bekas
setiausahanya.
Aida tersenyum sambil meletakkan minuman di atas meja kecil di hadapan Shaheen dan Encik Suffian. Sambil
memandang Shaheen, “ Alhamdulillah saya sihat. Saya happy kerja di bawah Cik Sha. Orangnya sama seperti Encik Suffian.
Cara layanannya juga sama seperti Encik layan saya dulu. Alhamdulillah saya
beruntung dapat bos yang baik,” ucap Aida senang hati. “Jemput la minum Encik
Sufian, Cik Sha. Saya keluar dulu,” pinta Aida dengan sopan. Tidak elok dia
berlama-lama di situ. Pasti ada perkara penting yang ingin dibincangkan, jika
tidak masakan Encik Sufian sampai datang ke pejabat.
Shaheen angguk. Aida pekerja paling
lama di syarikat Abinya. Banyak perkara yang Shaheen rujuk dengan Aida. Sejak
urusan perusahaan jati itu diserahkan kepada Shaheen, Encik Suffian jarang datang
ke pejabat. Kedatangannya hanyalah untuk menghadiri mesyuarat bulanan atau mesyuarat khas
bersama Lembaga Pengarah yang lain. Selebihnya, Encik Suffian hanya bertindak
sebagai penasihat atau pun perunding kepada syarikat. Semua urusan operasi
syarikat dan hal ehwal pentadbiran telah pun diserahkan kepada Shaheen.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar Encik Suffian Shaheen mampu mengendalikan
perusahaan jati tersebut dengan baik. Jika ada sebarang masalah atau pun
perkara-perkara berbangkit, cepat-cepat Shaheen merujuk kepada Abinya.
“Een, Abi rasa elok Een yang gantikan
Abi di Jepara tu,” usul Encik Suffian. “Seminar dan lawatan kerja di Terengganu
tu boleh wakilkan kepada staf kita yang lain.”
“Kalau begitu, baiklah Abi,” Shaheen
akur. “ Een risau la. Een tak pernah berurusan dengan wakil dari Indonesia tu
Abi. What if Een tak pandai nak
berurusan dengan mereka nanti.”
Encik Suffian senyum. Dia faham
situasi Shaheen. Namun dia yakin anak itu mampu menguruskan hal tersebut dengan
baik. Dilihat dari gaya komunikasi Shaheen dengan client mahupun pembekal yang
biasa berurusan dengan syarikat mereka, Encik Suffian tahu Shaheen boleh
melakukannya.
“Jangan risau ya. Ni Abi dah siapkan
semua dokumen dan juga proposal untuk
perjumpaan di sana nanti. Een rujuk fail ni ya,” ucap Encik Suffian sambil
menghulurkan satu fail berwarna kuning yang dibawanya bersama tadi. Shaheen
membelek-belek fail di tangan.
“Lagi pun Haji Luqman tu baik
orangnya. Abi yakin Een akan senang berurusan dengan dia nanti,” pujuk Encik
Suffian. “Kalau Een tak selesa ke sana sorang diri, bawa la Afzan sama."
Shaheen senyum. Matanya masih lagi
menatap dokumen di dalam fail kuning yang dipegangnya. “Baik Abi.”
Encik Suffian melirik jam di dinding
pejabat Shaheen. “Dah hampir lunch time
ni. Jom lunch sama Abi tengahari ni,”
ajak Encik Suffian.
“Boleh juga Abi. Kejab ya Abi,” kata
Shaheen lantas bangun sambil mengangkat cawan dan mug di atas meja menuju ke
pantri. Cawan dan mug yang dipegangnya dicuci dan diletakkan kembali di atas
rak di tepi sinki.
Shaheen berjalan pantas ke biliknya.
Abinya masih lagi berada di sofa tetamu. Tas tangan diambil dan sebuah fail
dijinjing bersama.
“Kita nak keluar makan je Een. Buat
apa dibawa fail tu,” tanya Encik Suffian.
“Een ada meeting with a client this afternoon, at 3 o’clock Abi. Tak perlu
la Een balik office nanti. Terus
gerak je. Client tu nak kan perabot
jati untuk bilik mesyuarat dan juga ruangan menunggu untuk tetamu mereka. Ni
fail katalog perabot pejabat untuk mereka refer
nanti,” jawab Shaheen.
“Ok la kalau gitu. Mari,” ajak Encik
Suffian berjalan mendahului Shaheen. Tiba di hadapan meja Aida, sempat Encik
Suffian mempelawa Aida untuk turut serta. Namun Aida menolak dengan alasan dia
berpuasa.
*******
Shaheen tiba di hadapan Menara Bank
Islam, Jalan Perak awal setengah jam. Dia masih ada masa sebelum naik ke
tingkat 32 bertemu dengan Cik Laila. Sebelum ini mereka hanya berhubung melalui
telefon sahaja. ‘15 min lagi baru naik ya Shaheen,’ucap Shaheen di dalam hati.
Tiba di hadapan kaunter pelanggan,
Shaheen disapa mesra. Setelah menyatakan tujuan kedatangannya, Shaheen diberikan
satu pas pelawat dan diarahkan untuk menunggu di dalam satu bilik menunggu di
bahagian kiri kaunter pelanggan.
Tidak sampai 5 minit muncul Cik Laila.
Orangnya kecil molek sahaja. Dengan senyuman menghiasi bibir orangnya nampak peramah.
“Cik Shaheen ya. Maaf menunggu,” tegur
Cik Laila ramah. “Ini kad I.” Tangan
dihulur menyambut salam Shaheen. Shaheen juga menghulurkan kad namanya.
“Tidak apa. Saya pun baru sahaja
sampai,” balas Shaheen menyambut kad nama dan berjabat tangan dengan Laila. ‘Hmm
Jabatan Komunikasi Korporat.’
“Duduk
la. Sekejab ya tunggu my colleague
dari
Jabatan Kewangan sekejab. Dia kat bilik bos tadi. By the way Cik Shaheen ada bawa katalog. Sambil tunggu my colleague
boleh
I tengok-tengok dahulu katalog perabot
tu.”
“Apa konsep perabut yang Cik Laila
mahukan,” tanya Shaheen. Dilihatnya Laila begitu asyik melihat katalog di
tangan.
“Assalamualaikum, maaf saya lambat,”
muncul seorang jejaka tinggi lampai dari balik pintu. Shaheen tergaman. Namun
cepat-cepat dia mengawal emosi. ‘Be professional
Shaheen,’ ucap Shaheen memujuk hatinya yang nyata masih terkejut.
“Come
Hisyam. Meet Cik Shaheen our potential supplier yang I inform you tadi,” ujar Laila
memperkenalkan Shaheen kepada Hisyam.
“Sha apa khabar?” sapa Hisyam sambil
senyum. “Laila she’s my junior masa I study dulu.”
Laila mengangkat kening. “Oh ya. Hmm
senang la I buat keje ni nanti. Cik
Sha you kena la bagi I diskaun, boleh.”
Shaheen senyum dalam paksa. Dia tidak
menyangka akan bertemu Hisyam di situ. Sungguh dia tidak tahu Hisyam bekerja di
Bank Islam. Kali terakhir dia bertemu Hisyam 8 tahun yang lalu, Hisyam bekerja
di Bank Rakyat. ‘Kecil sungguh bumi ini,” bisik Shaheen.
“Alhamdulillah saya baik. Oh bisa
diatur tu Cik Laila”
Perbincangan yang terhenti tadi
disambung semula. “You tanya I konsep kan tadi,” Laila mengulang kembali pertanyaan
Shaheen tadi. Shaheen angguk. “Company I looking
for Islamic and traditional concept untuk design perabot yang akan kami pilih nanti. Do you have such design?” tanya Laila lancar.
“Of
course ada Cik Laila. You boleh refer pada katalog yang warna hijau tu. Actually yang itu antara design yang pihak kami telah pun customize mengikut permintaan pelanggan.
Jika Cik Laila setuju dengan design
tu, pihak kami tiada masalah untuk memberikan quotation dalam masa terdekat ini. Tetapi jika Cik Laila mahukan design dengan konsep hiasan dalaman
bergaya eksklusif, sesuai dengan gaya terkini, pihak kami sedia menawarkan
reka bentuk terkini yang mengekalkan motif traditional serta islamik seperti yang Cik Laila mahukan.”
“Cik Laila mahukan perabot yang bagaimana?” tanya Shaheen inginkan
kepastian.
“Perabot ni nanti akan ditempatkan di dalam bilik mesyuarat. Meja oval with 20 seats. Then untuk ruangan
menunggu seperti di bilik ini, ada 3 semuanya, I rasa 1 meja bulat and 4 seats
ok kot. Hisyam what do you think?”
tanya Laila sambil berpusing mengadap Hisyam.
Laila banyak memberikan input dan
pendapat. Hisyam pula lebih banyak memerhati dan matanya lebih tertumpu pada
wajah Shaheen. Wajah itu dilihatnya tenang menjawab pertanyaan Laila. Hatinya
semakin terusik melihat Shaheen tidak sedikit pun menunjukan tanda-tanda
gelisah bertentang mata dengannya. Benarkah Shaheen sudah lupakannya, Hisyam
menebak sendiri.
“Err..I guess cam you
suggest tu ok Laila. I setuju,” balas
Hisyam mengiakan kata-kata Laila.
“Ok kalau begitu mungkin Cik Laila boleh tunjukkan saya bilik
mesyurat. Jadi saya boleh dapatkan the right
measurement tuk meja dan kerusi di bilik mesyuarat tu nanti. Sekejab ya
saya ambil ukuran di bilik ni.” Shaheen mengeluarkan pita pengukur yang
sentiasa dibawanya setiap kali menghadiri perbincangan bersama pelanggan.
Hisyam memerhati Shaheen mengambil ukuran. Dia berdiri hampir dengan pintu.
Sementara Laila berada di sebelah Shaheen.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. “Maaf mengganggu. Saya ada
pesanan untuk Encik Hisyam. Ada mesyuarat khas Finance Department in 15 minutes. Encik Hisyam diminta hadir.”
“Thank
you Shirley,” balas Hisyam. “Sorry
ya I have to go. Anything you update I ok,” kata Hisyam sambil memandang Laila. “Sha
nice meeting you. Hope to see you again,”
ucap Hisyam penuh mengharap. Dia kecewa sebenarnya tidak dapat membawa Shaheen
melihat bilik mesyuarat nanti. Dia berharap agar dapat berlama-lama dengan
Shaheen yang sekian lama hilang dari hidupnya. Namun dia gembira akhirnya jejak
Shaheen telah dapat dikesan.
Shaheen sangat lega mendengar pesanan
dari Shirley tadi. Dia akhirnya dapat bernafas lega. Dia terasa rimas apabila
sepanjang 30 minit di dalam bilik perbincangan itu, terasa dirinya diperhatikan
oleh Hisyam. Sepanjang perbincangan mereka bertiga, seboleh mungkin Shaheen
berlagak tenang. Dia tidak mahu Hisyam mengesan sebarang perubahan emosi
dirinya. Dia mahu dilihat tenang oleh Hisyam sebagaimana tenangnya lelaki itu
menghancur luluhkan hatinya.
Selepas melihat bilik mesyuarat dan
mengambil ukuran bilik tersebut, Shaheen meminta diri. Dia juga berjanji akan
menyerahkan lakaran design seperti
yang dikehendaki oleh Laila.
No comments:
Post a Comment