10
“Shaheen,” tegur seorang lelaki muda
yang ditemani seorang wanita bersama sepasang kembar lelaki.
Shaheen berpaling ke arah suara yang
memanggilnya. Dia sedikit teruja bertemu dengan Dr. Hadif Mirza.
“Dr. Hadif Mirza , apa khabar?” sapa
Shaheen dalam senyum. Tangan dihulur kepada wanita di sisi Dr. Hadif Mirza.
“Alhamdulillah saya sihat. Kenalkan wife saya, Almira dan 2 orang permata
hati saya, yang ni Imran and yang ini
pula Irfan. Salam Aunty sayang,” arah
Dr. Hadif Mirza pada anak-anak kembarnya. Malu-malu Imran dan
Irfan maju ke arah Shaheen sambil menghulur tangan.
“Ayah, kenapa kita tak pernah pun
jumpa Aunty ni. Ini saudara kita ke
ayah,” tanya Imran yang petah.
“Bukan sayang. Aunty Sha ni student ayah
kat universiti dulu,” terang Dr. Hadif Mirza kepada
Imran.
“Abis tu why called Aunty, kalau Aunty
Sha bukan Aunty Irfan,” tanya Irfan
pula sambil matanya tidak lepas memandang Shaheen.
Shaheen tergelak mendengar pertanyaan
Irfan. Dr. Hadif Mirza dan Almira juga tersenyum.
“Imran, Irfan, kita panggil Aunty pada orang yang lebih dewasa
daripada kita sebagai tanda hormat. Tak boleh ya Imran dan Irfan panggil nama
jer. Aunty tu nama ganti kepada orang
lebih tua daripada kita,” jelas Almira pada anak-anaknya.
“Oh ya ke ibu,” balas Imran dan Irfan
serentak. Almira angguk.
“Wah dah besar anak-anak Dr. Kembar
lagi. Seronoknya. Keletah dan bijak nampaknya.”
“Tengok la daddynya.” Serentak mereka ketawa mendengar kata-kata Dr. Hadif
Mirza.
“Dr. tak jemput pun saya ke majlis Dr.
kan,” ucap Shaheen seakan-akan berjauh hati.
“Maaf la Sha. I tak jemput you. I tak ada contact number you. Lepas
you grad tu, within 6 months majlis nikah I. My wife pun blom abis master that time. Diam tak diam almost 5 years dah kan,” ujar Dr. Hadif
Mirza sambil memandang isteri di sisi.
“Sha how is your progress now?” tanya
Dr. Hadif Mirza mengingatkan Shaheen pada
perbincangan mereka 5 tahun yang lalu. “I ingat lagi tau. I nak
tengok progress you in 5 to 10 years from that time kan.”
Shaheen ingat lagi perbincangan mereka
berkaitan kertas cadangan perniagaan yang perlu disiapkan pada semester akhir
Shaheen di universiti.
“Come
join us Sha,” ajak Almira. “Kebetulan kami nak ke Kenny Rogers’s kat depan
tu. Ni si kembar dari semalam merengek nak makan mufin Uncle Kenny. Besides boleh kita sembang panjang.”
“Terima kasih Puan. Tapi Sha tak dapat
join. Tengah tunggu Afzan ni, janji kat sini,” pelawaan Almira terpaksa Shaheen
tolak.
“You
mean Afzan Ghazali?” tanya Dr. Hadif Mirza inginkan kepastian.
“Ya betul la tu.”
“I
ingat lagi, both of you are like twins.
Dari zaman matriks di PJ. Then
sambung di UPM as roommates and
classmates. Aha don’t you tell me
both of you keje kat tempat yang sama,” teka Dr. Hadif Mirza.
Shaheen hanya senyum sambil
menganggukkan kepala. Isyarat mengiakan tekaan Dr. Hadif Mirza.
“Serious
ni? Oh so lovely..both of you memang
sahabat sejati.”
Shaheen ketawa kecil melihat telatah
Dr. Hadif Mirza. “Ok Dr. ni kad nama saya.”
Dr. Hadif Mirza meneliti kad nama Shaheen,“Jati
Holding. Hmm from this card I believe you
have progress a lot. You tak cakap pun I
dah tau. I’m impress Sha.”
“Dr. tak nak bagi kad Dr. ker?” tanya
Shaheen.
“Oh ya. One moment,” sambil mengeluarkan kad nama yang terselit di dalam
dompet.
“Oppps
sorry Prof. Tahniah. Hmm nampaknya Prof. lagi hebat. Dah naik pangkat.
Boleh la belanja saya camni,” ucap Shaheen sebaik membaca kad nama Prof. Dr. Hadif
Mirza.
Prof. Dr. Hadif Mirza senyum, “Jangan
la cakap camtu. Biasa jer, kalau Prof.
pun I masih seorang pensyarah yang sama yang you kenal Sha.” ucap Prof. Dr. Hadif Mirza merendah
diri. “Marilah join my family and I,
untuk student I yang hebat ni, for sure I akan belanja.”
Shaheen sungguh-sungguh menolak
pelawaan Prof. Dr. Hadif Mirza. Dia sekadar bergurau dengan bekas pensyarahnya
yang dilabelkan cerewet suatu masa dahulu. Shaheen lantas minta diri apabila
telefon bimbitnya berdering. Panggilan daripada Afzan yang telah pun tiba di
tempat yang dijanjikan.
Sebelum Shaheen berlalu, sempat Prof. Dr. Hadif Mirza memesan agar Shaheen menghubunginya apabila senang nanti. Dia sedang mencari pereka hiasan taman untuk rumah barunya nanti.
No comments:
Post a Comment